Sunday, December 30, 2012

Mimpi...

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Demam final exam mesti tgh melanda pelajar2 degree seperti aku...dalam sibuk study tu aku masih lg sempat berhibur sementara masih ada masa. Baru jer tadi aku singgah kat blog cik Cartieca entry yang ringkas tapi menarik. 

Mimpi.. siapa yang x pernah bermimpi?? baik mimpi ngeri mahupun mimpi yang indah2 belaka... ada sesetengah orang berpendapat mimpi hanya sekadar mainan tidur. Segelintir pula berpendapat sesetengah mimpi itu mempunyai makna tersendiri. Bagaimana pula dgn korg??

Ape pun mimpi yang korg ade sama ada dalam tidur atau pun jaga perlu diingat 

Mimpi waktu tidur nampak mudah...

Mimpi waktu jaga susah kalau x USAHA

*Kalo kite pkai jin... Jin nak pakai ape?? tgk jawapan Kat SINI

*nak menang iPad Mini?? Voucher Rm200?? Samsung Camera?? jom Daftar SINI

Wednesday, December 26, 2012

Bila Kuih pilih PARTI [WW]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera



Nak jadi UNIK?? Jom tgk koleksi KASUT yg Unik2 kt SINI

Nak Menang iPad Mini?? Baucer RM200 dll JOM join SINI

Friday, December 14, 2012

Wordless Wednesday & Friday

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

klik utk zoom secara melampau...

*nak Rm100K?? jom tgk camne kt SINI

**How to spend ur Holiday?? go HERE for more FUN!!!



Sunday, December 09, 2012

Aku & Mamat Holland

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Kali ni aku nak share dgn korg pengalaman aku dgn sorg mamat dari Holland. Kisahnya, pada hari Khamis kelmarin waktu MechyFest berlangsung Dr. Rasidi (my lecturer) minta tolong jadi pengiring untuk amek foreigner dari Belgium kat Airport Senai. Then aku pikir2 Senai tu sejam lebih jer perjalanan aku on je laa...

Pukul 4.30 ptg aku dpt call dr org Pusat Sukan suruh aku datang ke Pusat Sukan sbb driver dah tggu lama. Then around pukul 5 kami (aku & driver) keluar ikot tol Ayer Hitam menuju ke KLIA. Kami Maghrib di R&R Seremban. Kami sampai di KLIA pkul 8.30 mlm dan terus patah balik ke Bt. Pahat.

Sepanjang perjalanan balik tu aku berborak laa dgn si Pieter nih...even English aku broken giler punyer tp sbb dah amanah aku try jugak laa... aku tny la si Pieter nih pasal kerja dia... dah ade bini ke blom... pastu boleh plak dia tny aku balik dah kawen ke blom... siap tny ade makwe ke x... aku ckp laa... "i have some1 but i din't like to declare as couple but i love her.." si Pieter bleh plak tny "but u going to marry her rite??" dgn yakin aku jwb "Yeah! i'm going to marry her" hahaha... aku punyer la segan kt abg driver tuh....

Tapi ape yg buat aku kagum dgn si Pieter nih dia berhenti keje semate2 nak travel kt Malaysia, Thailand & Indonesia tok blaja Silat. Dalam bulan 2 dia akan ke Thailand untuk amek lesen diving lepas tu mungkin dia akan ke Indonesia tok jalan2... itu pon dia kate bergantung pada duit yg ade kt dia... bila aku tny dia kerja mcm mane dia ckp "it's ok my boss said i can work again with him when i get back there" perghh seronok giler... korg bayangkn korg berenti keje kt Msia nih then lpas 3-4 bulan korg xyah mohon keje kt tmpt lain dah.... mcm amek cuti tanpa gaji & xde limit...

Dalam 11.30 mlm kami smpi di Felda Ulu Dengar, Kluang. Aku tinggalkan si Pieter ni dekat rumah Ayahanda Kuningan (guru silat yg akan mengajar si Pieter). Kemudian aku balik ke bilik...

Pieter tgh mkn nasik ambeng kt R&R Pagoh

dr kiri : Ayahanda Kuningan, Pieter & aku
penat tp seronok... esoknye ponteng kelas Teknologi Pembuatan... hahaha

*korg nk buktikn CINTA korg?? bgtaw kt SINI 1 Msia bleh dgr...

**You don't need to go for audition to be a superstar. Just play this GAME

Wednesday, December 05, 2012

Argghhh gua pon KENA!!! [WW]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Tadi bukak blog Dkna then aku laju2 bukak blog ak... skali tgk...


naseb bkak kt Mozilla Firefox ok... so kpd semua followers yg gunakan Google Chrome jgn riso... still boleh bace... same ade proceed or bukak kat Mozilla k??


*Adakah Idea ANDA untuk Komuniti Bernilai RM100,000? find out HERE >> http://bit.ly/TDa50K



Wednesday, November 21, 2012

Just Married

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

11.11.2012 lepas aku menghadiri 2 kenduri kahwin. Kenduri pengurus team Pencak Silat UTHM Kak Odi di Mantin, N9 dan kenduri BroFramestone dekat dgn rumah sewa aku time dip dulu... jom tgk gambar2 plak yer...

majlis berinai

muke siyes

candid di ipong Bro

1 more candid

Malam majlis berinai tu aku smpat la jmpe pengapit pengantin Dkna Abza n tunang... lpas majlis tu ktorg smbg berborak smpi dkt pkul 12 gak laa... borak dgn adik Bro rupenyer ktorg pernah terserempak tp x pernah nk bertego sape... bak kate Bro.. "Naseb ko x jumpe adik Bro time blaja kt sini kn.. kalo x mesti ko dah ngorat... tmbh lg sorg blogger dlm family Bro hahaha"... 

Ape pon 

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BroFrameStone & Iera...

Serta Tahniah juga buat Adik Bro & Pasangan....

Moge Berbahagia hingga ke akhir hayat...


Ipad 2 dgn harga Rm700++ jer?? biar btol... tgk SINI kalo x caye...

Saturday, October 06, 2012

Kejohanan Pencak Silat Piala TPM 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai sudah Piala TPM 2012 pada 22 Sept 2012. Pasukan Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2011 di Berjaya Times Square. Kejayaan itu lebih manis apabila pungutan pingat meningkat dari jumlah pada tahun lepas iaitu 14 pingat emas keseluruhan. Berikut adalah senarai pesilat Malaysia dan pingat yang dimenangi :-

Putra A : Arieffudin Bin Riduan - Gangsa
Putra B : Mohammad Faizul Bin M. Nasir - Emas
Putra C : Ahmad Zeeyadi Zahalani - Perak
Putra D : Ahmad Fadhli Bin Hosni - Gangsa
Putra E : Muhammad Khairul Azhar Bin Zakaria - Emas
Putra F : Wan Ammar Fikri Bin Wan Ali - Emas
Putra G : Mohd Redhouddin Bin Mohd Mustam - Emas
Putra H : Nik Mohd Nor Rashdan Bin Mohd Yusoff - Emas
Putra I : Mohd Syafirul Aliff - Perak
Putra J : Wan Izzaidi Bin Wan Ismail - Emas

Putri A : Normajanlina bt Madon - Gangsa
Putri B : Nor Farhana Binti Ismail - Gangsa
Putri C : Siti Humairah Binti Kasidin - Emas
Putri D : Siti Zubaidah Che Omar - Emas
Putri E : Siti Rahmah Binti Mohamed Nasir - Emas
Putri F : Siti Khatijah Hassan - Gangsa

Seni

Tunggal Putra : Nazrul Azam Bin Aliasaa - Perak
Tunggal Putri : Nur Naema Bt Nayan - Emas

Ganda Putra : Mohamad Hafiz Bin Mohd Arif & Abdul Hanif Bin Hasbullah - Emas
Ganda Putri : Norhaliza Bt Muaidi & Nurul Amalina Bt Subkhi - Emas

Regu Putra
Nazrul Azam Bin Aliasaa/Muhamad Hanif Bin Aminuddin/Muhamad Azam Bin Mokhtar - Emas

Regu Putri
A'Ain Hidayah binti Ahmad Fuad/Nurul Atiqah Mohamad/Nurhaniza Bt Nordin - Emas

Keseluruhan : 14 Emas, 3 Perak & 5 Gangsa

ketibaan pesilat2 UTHM & Malaysia
UTHM team & MALAYSIA team

perlawanan paling sengit
dimenangi pesilat dari MALAYSIA!!!!

Pertandingan ini dimenangi pesilat dr sudut...... prittt.... MERAH!!! dgn angka 5-0...

Siti Humairah dari Malaysia


Nik Mohd Nur Rasydan


Siti Zubaidah merupakan Pesilat Terbaik (Kategori IPT Antarabangsa)

Mat Yo menang bergaya

Ganda Putra Malaysia
Tahniah kepada semua pesilat2 Malaysia yang telah berjuang sebaik mungkin. Jumpa lagi pada 2013.

*berikut adalah Link-link Media yang berkaitan TPM 2012




Wednesday, October 03, 2012

Solat Tiang Agama [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sunday, September 30, 2012

I was so busy and will become more busy...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hampir 4 bulan blog ini terbiar (entry terakhit pada 27 Jun)... bermula dengan final exam sem 1 aku sebagai pelajar degree... kemudian sibuk dengan MASUM 2012 yg berlangsung di UTHM... kemudian bulan Ramadhan pon menjelma... sedar x sedar Syawal datang & berlalu bergitu sahaja... dan yang terakhir Kejohanan Pencak Silat Piala TPM 2012... kalau korg tgk timeline life aku mmg korg rase mcm xde life, tapi bagi aku itu adalah normal. 

Selesai Kejohanan Pencak Silat Piala TPM bermulalah kehidupan aku sebagai seorang student. Semester ni menjadi makin mencabar kerana 2-3 kelas ak berlainan dari kelas kawan2 yang 1 seksyen dgn aku. Ini semua terjadi gara-gara masalah pengecualian kredit a.k.a transfer credit

Insya-Allah... bermula minggu ini aku akan update blog ni secara mingguan (juga blog yg 1 lg...)

Semoga kita sama2 berjaya di dunia & Akhirat.... Amin.....


Wednesday, June 27, 2012

Reducing Weight Suit [WW]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera


Jom undi Blogger Comey ni... korg pon boleh menag baucer

Monday, June 25, 2012

Engineering Is Flexible

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Susulan dari entry lepas ramai yang memberikan komen & pendapat masing2 sama ada di group FKMP UTHM atau pun dari group2 lain. Kali ni aku nak bercerita tentang komen yg aku dapat tu...

komen dr kwn sekolah :

Klik untuk ZOOM secara melampau
mesti anda semua tertanya-tanya ape pulak kaitan tajuk dengan komen di atas... baiklah... benda yang menjadi perbandingan sekarang adalah kerjaya pendidik (tidak kira guru sekolah rendah sampai la ke pensyarah) & pelajar kejuruteraan/jurutera a.k.a engineering student/engineer. 

Untuk pengetahuan anda semua mak saya merupakan kaunselor sekolah vokasional & ayah saya merupakan guru pendidikan khas jadi saya memahami sedikit sebanyak kerjaya seorang guru & peranan mereka. Tujuan aku menulis artikel ini bukanlah untuk menunjukkan profesyen pendidik itu lebih baik daripada jurutera & sebaliknya... sebaiknya kita berfikir semula tugas & tanggungjawab kita baik pendidik & pelajar jurusan kejuruteraan/jurutera...

Imbas kembali entry sebelum ini, seorang pelajar merungut mengenai pensyarah yang kurang bersemangat  semasa mengajar tetapi layak menjawat jawatan PENSYARAH hanya kerana keputusan akademiknya. Pada entry yang lepas juga aku berterus terang aku kurang minat dengan pensyarah yang mengajar straight n don't belok2 ni. 

Sekarang sila rujuk kembali komen kawan aku kat atas tu... bukan bertujuan aku memalukan kawan tetapi sila fikirkan semula... engineering lebih fleksibel berbanding kpd pendidik ( terutama guru sekolah ) bukan bermaksud aku merendahkan taraf cikgu ( as i mention it before my parents are teacher ) tetapi kita tengok pada lumrah pekerjaan & pembelajaran.

Cikgu (semasa belajar di IPT/IPG) : apa yang dipelajari akan diajarkan kepada murid2/pelajar2
Cikgu (semasa kerja) : mengajar mengikut silibus yg ditetapkan kpd murid2 menggunakan buku teks dll

Pelajar Kejuruteraan (semasa belajar IPTA/S) : belajar hampir semua yang berkaitan dengan kejuruteraan
Jurutera (semasa kerja) : hanya mempraktikkan kira2 20-30% dari apa yg dipelajari lebih malang kalau bertukar bidang contoh : mekanikal ke awam... elektrik ke mekanikal dll (jurutera WAJIB belajar semula...)

Sementara PENSYARAH IPTA/S pula datang dari pelbagai latar belakang mungkin ada yang mengambil jurusan pendidikan.. ada yang dari industri... ada yang cemerlang dalam akademik lantas diberikan tawaran sebagai pensyarah...

Kawan aku cakap bukan senang nak melawak time mengajar, bukanlah aku maksudkan pensyarah perlu melawak untuk menarik perhatian pelajar, banyak cara lain yg boleh di buat untuk menarik minat pelajar untuk belajar (refer to my comment in reply to my friend).

Aku setuju apa yang kita nak dari pensyarah ialah ilmunya tapi tidak pula bermaksud melawak semasa mengajar itu salah... kita ambil contoh Ustaz Azhar Idrus, ada diantara pendakwah yang mengutuk cara penyampaian ceramah Ustaz Azhar yang lebih kpd gelak ketawa tetapi cuba perhatikan semula...dalam Ustaz Azhar berlawak (dengan loghat Terengganunya) terselit ilmu yg mana menarik perhatian anak muda & mereka lebih mudah ingat... sama juga dengan situasi pensyarah... tugas pensyarah adalah mendidik mahasiswa/i dengan segala ilmu yang ada pada diri masing2 & sudah tentulah masing2 mempunyai cara didikan masing2.

TETAPI pernah atau tidak para pendidik berfikir sejauh mana keberkesanan ilmu yang dicurahkan ke atas pelajar2 mereka?? adakah ilmu yang dicurahkan digunakan sebaiknya atau diajarkan kpd org lain?? jika YA Alhamdulillah kerana ilmu yang diajarkan tadi membolehkan pensyarah mendapat pahala selagi mana ia dipraktikkan oleh si pelajar dan org lain... jika tidak?? ilmu yg diberikan tadi seakan sia-sia...

Jika kawan aku kata pensyarah tak friendly dengan tu kritikan tidak membina i'm totally disagree... bila pensyarah mengenali seseorang mahasiswa/i secara tak langsung pensyarah boleh mengetahui keadaan mahasiswa/i di bawah didikannya & secara x langsung boleh mendidik mereka ke arah yg lebih positif...

Sekiranya anda sudah memahami tujuan entry lepas & entry kali ini anda boleh berhenti membaca entry ini TETAPI sekiranya anda masih blur-blur sila teruskan pembacaan anda... kita beralih kepada mod perkongsian pengalaman

Situasi lepas exam Engineering Mathematics 3 ( on call dengan mak aku )

Mak : boleh buat x td??
Aku : boleh jer.. tp x sure la betol ke x... (nada selamber)
Mak : abes agak2 skor x??
Aku : entah laa dapat C+ pon dah bersyukur...
Mak : (membebel)
Aku : Mak... math tu +,-,x, / jer... org paham konsep tp x nmpk pon kat mane nk guna time keje...

(perbualan selebihnya)

Jujur aku cakap sepanjang aku intern hujung tahun 2011 lepas aku x nmpk mane aplikasi engineering mathematics... antara subjek yang berkaitan dengan kerja aku semasa intern tu hanyalah Applied Thermodynamics, Thermodynamics, Air-Conditioning Design, Auto-CAD, Basic Electric & Electronics, Kemahiran Penyeliaan...

Pada pemerhatian aku pandangan most of academician terhadap pelajar Kejuruteraan(juga pada lain2 kos) adalah berdasarkan pada markah & gred semata2 ( isu ini akan aku bangkitkan pada entry lain )... tolong jangan judge pelajar kejuruteraan sesuka hati anda & don't expect to much on us... Kepada semua mahasiswa/i (tak kira bidang apa pun) kejayaan & kegagalan terletak pada diri sendiri... don't ever put the blame on someone else...

Cukup setakat di sini sahaja... mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku & mungkin ada yang bersetuju... sekiranya ada coretan kali ini yg mengguris hati kalian saya di sini memohon ampun & maaf... segala komen anda adalah sangat2 dihargai...



Jom undi Blogger COMEY nih

Saturday, June 23, 2012

Student Dilemma [My opinion don't butthurt]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selesai sudah semester 1 degree in Mechanical Engineering di UTHM sesi 2011/2012, dengan last payyyper semalam Statics. Tapi itu bukan bermakna aku akan selalu meng-update blog yg x seberapa ni... bukan aku nk mengabaikan blog tp masih ada tugas yang perlu aku selesaikan sehingga 19hb Julai 2012. MASUM 2012 kali ini tuan rumah adalah UTHM bermakna kami 

KLIK untuk ZOOM secara melampau
(team silat UTHM) perlu melipat gandakan usaha & latihan bagi mencapai target Pusat Sukan, selain itu (kenapa aku rasa ayat2 aku semakin skema??)... aku sedang menyusun perniagaan printing baju X-10 Design so kalau hang pa suma nak buat baju kelas, baju keparat eh!? korporat, jersey dll boleh la emel ke crcrew.002@gmail.com or contact jer via hp 013-7912142... blog rasmi kami adalah X-10 Design.

Bagi yang tggl di area Bt Pahat dan kwsn yg sama waktu dengannya (Kluang, Ayer Hitam dll) anda dijemput utk memeriahkan Karnival Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2012 di UTHM main campus

ok back to the topic... aku terbaca artikel ni

sila KLIK untuk zoom secara melampau

 di FB baru2 ni & aku rase aku mempunyai pendapat sendiri mengenai isu ni... isu dijuga dihangatkan dengan debat di group fakulti aku just untuk mengetahui pendapat dari lecturer2 & student2 sendiri...

Aku amat tertarik dengan ayat last sekali "lecturers should not only be academically qualified, but have the passion to teach and inspire their students to learn well" anda semua faham?? ok tak mengapa jom kita direct translatekan menggunakan google translator maka jadilah ayat seperti di bawah...

"pensyarah perlu bukan sahaja akademik yang berkelayakan, tapi mempunyai semangat untuk mengajar dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar mereka untuk belajar dengan baik"

*sila gunakan google translator jika anda ingin FAIL shj sekian* hahaha

ok sekarang dah faham ke belum?? ya... ayat yang aku BOLD kan di atas tu... terus terang aku cakap aku sendiri kurang gemar pensyarah jenis ini... sebab utama adalah pensyarah jenis ini mengajar straight and don't belok2... kebiasaannya pensyarah baru yang habis je study (degree/master/Ph.d) terus jadi pensyarah... mungkin ada segelintir di kurniakan bakat mengajar yang & mempunyai semangat mengajar yang sangat tinggi...

bagi aku selain kelayakan secara akademik adalah pengalaman, pengalaman yang aku maksudkan di sini adalah pengalaman dalam bidang kepakaran masing2... aku ambil contoh pensyarah makmal bahan aku sem ni En. Azham mempunyai pengalaman luas dalam bidang beliau & apa yg beliau ajarkan beliau dapat memberikan contoh aplikasi di dalam kehidupan seharian kita. Kebiasaannya pensyarah2 jenis ni lebih sempoi & friendly dengan student tetapi tegas bila mana ia melibatkan pelajaran.

Point yg ke-2 ialah "Student are driven by grades and marks" ini la realiti dunia sekarang... hampir kesemua student (aku pon pernah termasuk dalam golongan ni maybe still dlm golongan ni...maybe laa) mengejar gred & markah yang tinggi supaya mendapat anugerah dekan... mendapat biasiswa (dah mmg biasiswa based on academic result)... tapi sejak aku praktikal  aku dah malas nak belajar segala benda yang aku rase xde kaitan & aku x nampak kaitan/aplikasi dgn cita-cita & impian aku... sebagai contoh, antara subjek yang paling aku x minat Engineering Mathematics 1,2,3 & 4... bertambah x minat pulak bila pensyarah tu mmg x friendly+x reti buat lawak+mengajar straight (kalo 3jam waktu diperuntukkan kalo boleh 3jam tu beliau mengajar nak take 5 pon sayang kot... hahaha) TAPI.... A BIG... BIG TAPI... nak atau tak aku terpaksa belajar & untuk menjaga pointer & hati org tua (yang ni aku story kt entry lain)...

Point terakhir "Good student are defined by their good results" aku TAK SETUJU dengan falsampah ni... kalau student yg baik tu dinilai hanya pada markah/exam/pointer adakah student tu masih lagi baik sekiranya dia melanggar peraturan?? adakah student tu masih baik sekiranya dia biadap/tak berakhlak??

 Fikir-fikirkanlah wahai rakan2 sekalian....

UNDI Blogger COMEY ni tok Levi's Curve ID Blogger

Jom tgk VIDEO ni dengan LUMIA yg cool nih...

Sebarang komen & idea yg bernas amatlah dialu-alukan oleh sy....

Monday, June 04, 2012

Final Exam yg bakal menjelma...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama dah tak ber-update blog ni sampaikan type pon asyik ter-typo jer... sekarang telah tiba musim final exam bagi student2 degree, student UPSI & UMP akan mula menjawab pada hari ini 4/6/2012 manakala UTHM, UTM, UPM dll akan bermula pada 11/6/2012, hanya UiTM yang bermula pada penghujung bulan Jun. All the best & good luck buat rakan2 seperjuangan.

Terima Kasih tidak terhingga buat rakan2 sekelas yang banyak membantu sepanjang semester ini :

Kumpulan subjek Hubungan Etnik & TITAS

1. Amir
2. Ezazul Fahmi
3. Adenan
4. Faiz
5. Wan
6. Bob
7. Cikgu

Kumpulan Statics

1. Adenan
2. Bob

Kumpulan Auto-CAD

1. Kak Siti
2. Mai
3. Yus

Kumpulan Amalan 3

1. Faiz
2. Farid

Kelas Engineering Math 3

Kelas Mechanics Solid 1

Kelas Koko Keusahawanan

Kumpulan X-10 Design

1. Amir
2. Ezazul Fahmi
3. Ezril
4. Adenan

Moge kalian berjaya menjawab dengan cemerlang sewaktu final nanti....Amin.....

Untuk awak yg kat sane tu all the best n good luck!!! jage kesihatan k?? love u lah...

kepada semua peminat Iron-Man & The Avengers jom tgk PAGE X-10 Design

jika berminat boleh la buat tempahan t-shirt ye.....

SELAMAT DATANG KE UTHM
kepada student2 diploma....

Monday, May 21, 2012

Diet Berdasarkan Jenis Darah

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Ok kali ini aku nak share info makanan yang boleh meransang atau dalam bahasa lain turn ON / stimulate metabolisma dalam badan. Bagaimanapun makanan2 ini perlu mengikut jenis darah yang anda semua warisi dari mak ayah anda...



Blood


a. Vegetable Oils - prevent water retention & aid digestion
b. Soy Food - metabolize rapidly
c. Vegetable - increase intestinal mobility
d. Pineapple - increase calories utilization

Blood 



a. green vegetable, meet, liver, egg & low diary product - aid metabolism
b. Licorice tea - counter hypoglycemia

Blood



a. Tofu & seafood - stimulate metabolic efficiency
b. Diary Product - improve insulin activity

Blood 



a. Red meat, brocoli, spinach, liver & kale - stimulates metabolism
b. Seafood, kelp, iodized salt - contain iodine & stimulate thyroid hormone production

*IMPORTANT note : inhibited insulin production cause hypoglycemia, a lowering of blood sugar after melas, and lead to less efficient metabolism of food.


ape pon anda disrakan mengikut DIET Rasulullah S.A.W

*tlg LIKE page X-10 Design ni yer....

Friday, May 18, 2012

Please Help!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ok straight to the point... aku x reti la nk berkias2 nih... hahaha... di sini saya dan rakan2 sekelas ingin memohon bantuan anda semua untuk like page FB group tok projek subjek bisness klik SINI then korg boleh la usha2 baju2 yang korg minat...

dan tok link ke BLOG kami sila klik gamabar di bawah

jika anda berminat dgn baju-baju yang ada boleh terus berhubung dengan saya... ada diskaun baik punyer....

Thursday, May 10, 2012

Diet Terbaik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Diet sering dikaitkan dengan kaum Hawa sebab kaum Hawa sangat ingin menjaga badan bagi menarik perhatian kaum Adam. Namun ada juga kaum Adam yang turut berdiet bagi membina badan nak bagi kaum Hawa ni teruja atau turn on. Namun ada yg terlampau OBSES dengan diet sampai jatuh sakit. Ketahuilah bahawa diet terbaik adalah diet Rasulullah S.A.W.

Bagi aku tak salah untuk berdiet asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Aku sendiri boleh dikatakan berat namun aku punya style diet hanya dengan berjoging dan kawal pemakanan. Mungkin ramai yang mengambil supplement untuk menurunkan berat badan sehingga bergantung 100% kepada produk2 yang digunakan.

Aku berpegang kepada hadis Nabi S.A.W :

"Makanlah ketika lapar & berhentilah sebelum kenyang, isilah 1/3 perutmu dengan makanan, 1/3 dengan minuman & 1/3 dengan udara. Orang yang paling disukai Allah s.w.t di antara kalian adalah yang paling sedikit makannya & ringan tubuhnya" Hadis riwayat - Ibnu Abbas

maknanya di sini pengambilan makanan yg sedikit tetapi cukup untuk memberikan tenaga bagi melakukan kerja & beribadah kepada Allah s.w.t.

Buat anda yang sedang berdiet sila fikir & renung-renungkan cara berdiet tu betul ke tak...

Untuk list diet pemakanan Rasulullah S.A.W sila ke SINI

*wanna be a STAR?? try it HERE

Wednesday, May 09, 2012

Motor EX5 versi GANAS!!!

Assalamulaikum & Salam Sejahtera


korg perasan x ape yg GANAS??

*doakan Pasukan Pencak Silat UTHM di Kejohanan Jemputan ASEAN Ke-3 UPSI

Wednesday, May 02, 2012

Next Game [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


fighters!!! are u ready!??

Wednesday, April 25, 2012

Moden VS Oldschool [WW]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

VS

ketahui rahsia untuk buat kereta laju seperti Ferrari di SINI

Thursday, April 19, 2012

KURSUS PRINTING BAJU

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UTHM



KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI

KURSUS PRINTING BAJU

BAYARAN RM150 SEORANG
(NORMAL PRICE DI LUAR ADALAH RM300-350 SEORANG)

SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN : 013-7912142

*SIJIL DIBERIKAN
**SEHELAI T-SHIRT PERCUMA

Tarikh & tempat akan diberitahu kemudian

*wanna go LONDON for watching Olympic LIVE?? let's go!!!

Wednesday, April 18, 2012

Jom ke KFC [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jom ke Olympic London 2012 sbg blogger dengan kereta idaman POLO...kini dgn harga mampu milik!!!

Wednesday, April 11, 2012

Bila Kucing Berbantal Peluk... [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jom ramai2 meriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2012 pd 27 April - 6 Mei 2012
*psst : PTS ade bagi baucer dr Rm50-1000 jom tgk camne nak dpt baucer tu kt SINI lepas penat membeli-belah buku2 elok la kalo korg layan Pizza 3D yg terbaru dr Pizza Hut nih!!!

Monday, April 09, 2012

mansuh PTPTN??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Akhir-akhir ni kecoh pasal politikkan?? lagi-lagi isu pemansuhan PTPTN. Ni aku nk buat survey secara tak rasmi... Siapa sokong PTPTN dimansuhkan?? dan siapa tak sokong PTPTN tidak dimansuhkan?? korg boleh jawab secara langsung di ruang komen or korg boleh jawab dalam hati jer...

Secara kasarnya aku berani kata yang seluruh mahasiswa/i IPT di Malaysia menyambut baik idea pemansuhan PTPTN. Tak kire la mahasiswa/i IPT tadi cenderung ke arah kerajaan atau pun pembangkang mahasiswa/i IPT mmg sokong pemansuhan PTPTN. Tapi disebalik idea baik ini ada pula pihak-pihak yang berkata IPTS akan gulung tikar... mahasiswa/i akan terlalu senang... IPTA tak mampu tanggung kos operasi dll... byk lg soalan (lebih kepada tuduhan aku rasa) untuk menghalang idea ini dilaksanakan...

Jom teliti 2 alasan yang tak masuk akal :

1. IPTS akan GULUNG TIKAR

IPTS kebiasaannya menjadi pilihan setelah permohonan kemasukan mereka ke IPTA tempatan ditolak, dan kebiasaannya kebanyakkan pelajar IPTS merupakan anak-anak lord... bukan semua tapi hampir 70-80% betulkan?? jadi bagi aku tidak timbul persoalan IPTS akan GULUNG TIKAR kalau PTPTN dimansuhkan.

2. IPTA tidak mampu tanggung kos operasi/pentadbiran

Sememangnya diketahui umum IPTA diberikan bantuan oleh kerajaan, namun kerajaan sedar atau tidak yuran pengajian di IPTA (UTHM/UniMAS/UMS/UM/UKM/USIM/UMP/UniMAP/UTM/UPM/UUM/UIAM/UPSI/UPNM/UMT/UMK/UDM/UTeM) amat tinggi berbanding UiTM yang berada dibawah MARA?? adakah MARA lebih kaya berbanding kerajaan?? dan jika hendak dibandingkan lagi yuran diploma di IPTA yang bertaraf UNIVERSITI lebih mahal berbanding POLITEKNIK (dengan alasan prasarana & lain-lain)

3. Isu mahasiswa/i lupa diri dll

Terdapat juga beberapa pendapat peribadi dari kawan-kawan sekelas & kawan-kawan online :

a. mahasiswa/i akan ambil mudah tentang pelajaran dan tidak bertanggungjawab

ada diantara kawan-kawan aku yang berkata bila PTPTN dimansuhkan ramai mahasiswa/i tak bertanggungjawab sebab bila graduate langsung tidak berhutang dengan mana2 pihak sekaligus mereka mengabaikan pelajaran.

b. mahasiswa/i berhutang pandai bayar balik liat
situasi -->

kawan A : dah pinjam...joli sane2 xnk byar balik... lemak ahh
aku : yg tang joli tu ak xleh kate ape laa...

buat peminjam2 PTPTN yang mcm ni korg perlu ingat hutang tetap  kena bayar....

Aku menyokong idea pemansuhan PTPTN ini namun beberapa perkara perlu diambil kira seperti 

1. wujudkan 1 sistem baru bagi menggatikan PTPTN kerana kebanyakkan peminjam PTPTN menggunakan wang pinjaman bagi menampung kos sara hidup sepanjang sesi pembelajaran

2. pembayaran balik pinjaman kos sara hidup tadi diberikan diskaun berdasarkan CGPA sewaktu graduate (macam pinjaman MARA)

3. Yuran pengajian dan perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan

4. Elaun buku untuk pelajar setiap semester

kepada semua peminjam PTPTN kalau korg ade idea lagi silalah tulis di ruang komen...


korg boleh baca pendapat Raja Shamri a.k.a Abg Raja motivator terkenal mengenai pemansuhan PTPTN

*buat penganggur terhormat anda boleh mencuba nasib di SINI untuk mencari kerja
*buat yang minat dengan LOMO jom tgk LOMO

Wednesday, April 04, 2012

Only at.... [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


korg teka la sendiri kat mane....

*wanna be SUPA HIRO?? just make a CALL NOW!!!

Thursday, March 29, 2012

Twitter : LELAKI vs PEREMPUAN [Spontaneous]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Best Follow Perempuan sbb dorg tweet dgn EMO...

Best Follow LELAKI sbb dorg byk TROLL!!!

*Seorang blogger memerlukan bantuan kewangan atas masalah yang dihadapi
sesiapa yang ingin membantu boleh hubungi
Nur Liana bt Danial
013-2508483
no Acc. Maybank : 1551-0875-9721

*korg patot dapatkn LG Prada TERMURAH kat SINI and then korg bleh undi Blogger of The Year!!!

Wednesday, March 28, 2012

UTHM diwaktu pagi sekarang... [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


renung2 dan pikirkan bersama....

*Seorang Blogger MEMERLUKAN BANTUAN atas masalah yang dihadapi*
sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh hubungi
Nur Liana Bt Danial
013-2508483
No. Acc. Maybank : 1551-0875-9721

*JOM undi BLOGGER of THE YEAR... undi blogger kesayangan korg kalo nak dorg menang!!!

Wednesday, March 21, 2012

SPM itu SEGALANYA???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini 21 Mac 2012 calon2 SPM 2011 telah selamat mengambil keputusan masing2. Ada yang cemerlang dan ada yang kurang cemerlang. Bagi yang cemerlang tahniah dgn apa yang korg dapat. Bagi yang kurang cemerlang tolong jangan down sampai korg x boleh nak bangun. SPM tu cuma salah 1 cabaran hidup tak bermakan korg gagal perform SPM masa depan korg terus gelap gulita... 

Bagi yang kurang berjaya sini aku nak share dengan korg seorang tokoh yang pelajaran tak setinggi mana tapi boleh berjaya+kaya :

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary pelajaran beliau hanya setakat Tingkatan 5 namun kini beliau orang MELAYU TERKAYA di Malaysia!!!

kalau korg nak kate Tan Sri Mokhtar ni mewarisi perniagaan dari keluarga beliau korg silap!!! beliau mula menceburi bidang peniagaan sejak zaman sekolah rendah lagi. Tamat Tingkatan 5 beliau menolong ayahnya menternak lembu namun semua ternakan beliau mati disebabkan serangan wabak ketika itu. Selepas itu beliau memulakan perniagaan daging lembu & kerbau dan berjaya mengembangkan perniagaan beliau ke bidang2 lain seperti syarikat pengankutan dan beras.

Korg nampak tak kat situ?? setiap orang ade rezeki masing2... nak berjaya x semestinya skor SPM dgn straight A... siapa berani jamin hidup dia berjaya dengan skor SPM straight A?? banyak lagi cabaran dalam hidup ni... maybe ada yang kata "SPM tu penentu masa depan... kalau skor boleh masuk U yang tip top... bla.. bla.. bla.." tapi bagi aku senang jer... semua tu terpulang pada diri sendiri... korg yagn menentukan masa depan korg sendiri... 

Ade pulak yang tertekan dengan parents sebab parents nak korg jadi doktor, engineer or bla bla bla... pernah tak korg terfikir ape yang korg nak dalam life korg?? korg rase kalau korg dpt jadi ape yang parents korg nak tu korg akan happy and enjoy your life?? or korg berpuas hati sbb dapat jadi ape yang parents korg nak?? jangan korg buat pilihan atas kehendak orang lain kalau korg rase korg x mampu nanti korg sendiri yang akan merana...

Aku tulis entry ni bukan nak kate pelajaran tu x penting tapi buat mereka yang kurang cemerlang percayalah ILMU itu luas... ILMU bukan terhad di IPTA/S shj... yakin & berusahalah mencari ilmu di mana2... bagi yang cemerlang jangan hanya dicari ilmu DUNIA shj... ilmu AKHIRAT juga perlu di cari krn bak kata Ustaz Azhar Idrus :

"Tak guna ada Master, Ph.D sekalipon tapi kalau bab agama tak tau ape..."



*tunjuk Bakat terpendam korg kt SINI 
*ade cara lain nak selamatkan Bumi selain Earth Hour... ketahuinya di SINI

Wednesday, February 22, 2012

Bila kami berbelanja guna baucer...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


susah betol nak cukupkan rm50... pening nak beli barang sbb banyak da habis stok or kedai buku tu saje x keluarkan stok baru...

*Try JOIN kontess ni kot2 leh mng kete sebijik!!!

Sunday, February 19, 2012

Suka Duka 16 Feb 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

16 Feb 2012 membawa 2 cerita berbeza pada aku. Perkara yang menggembirakan aku adalah pendaftaran sebagai pelajar degree di UTHM tercinta...*erk!?*...perlu ke tercinta tu??



Perkara yang menduka citakan aku adalah Projek Grand Villa yang aku assist semasa praktikal tahun lepas tidak dapat diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sepatutnya 16 Feb 2012 projek tu dah boleh hand over ke main contractor tp aku sendiri x pasti apa yg berlaku selepas aku habis praktikal pada 31 Dec 2011 sehingga projek tu x siap lg. Mungkin korg nak cakap "alaa ko da abes praktikal lantak pi laa..." tp bagi aku even ak dah selesai praktikal aku still nak tgk projek yg aku assist tu siap.

Kepada pembaca blog ni aku mohon maaf sbb dah lama x ber-up-date. Terima kasih juga kepada semua yg sudi follow even x berupdate. Insya-Allah aku cuba untuk update mengikut kelapangan masa & sumber idea. Apa yang aku harapkan cuma apa yang korg bace di blog ni berguna untuk korg.

Sila ke blog Ke-2 & Ke-3 aku... kontess SENANG GILERR kt blog NI

*Earth need ur SUPPORT HERE!!! Support EARTH HOUR if u wanna live on it!!!

Wednesday, February 01, 2012

bukan Rosyam Nor jer....[WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

klik utk zoom secara melampau
Kontest utk korg yg terer & kreatif dlm Photoshop dll --> KLIK SINI

Thursday, January 19, 2012

Real Meaning of KTM [ST]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

KTM stand for Keretapi Terlambat Malaysia

korg jangan tipu la kalau korg naik KTM x merungut....

*untuk yg suke photoshoot2 tu baik korg join CONTEST ni....

Wednesday, January 18, 2012

Belilah Barangan Buatan Malaysia!!! [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pages

NuffX