Wednesday, August 31, 2011
Monday, August 29, 2011
Analisis Ramadhan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah kita semua masih bernafas di hari ini. Esok atau lusa seluruh umat Islam di dunia akan meyambut Syawal dengan air mata, air mata kegembiraan kerana berjaya mengharungi Ramadhan & air mata kesedihan kerana Ramadhan telah berlalu. Jom analisis Ramadhan -->
1. Solat terawih : 8 rakaat @ 20 rakaat?? tiap2 malam pegi x??
2. Al-Quran : khatam?? berapa juzuk habis?? lepas ni bace ke x??
3. Qiamullail : bulan x puasa buat x agak2??
4. Sedekah : lepas ni terus bersedekah x??
5. Mulut : lepas ni nak sambung mengumpat?? memfitnah?? mengata??
6. Aurat : lepas ni nak pakai seksi2 lagi ke?? bulan puasa je ke nak tutup aurat??
7. Solat : cukup ke x lepas ni?? on time ke x??
cukup la setakat ni. Entry ini adalah untuk memperingati diri sendiri & pesanan buat rakan2...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN... |
*Iklan Blog* --> Blogger ni bagi SOLUTION Basuh Berak kalau TANGAN PATAH...
entry ini tentang...
Islam
Saturday, August 27, 2011
Pemenang KONTESS
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
berikut adalah PEMENANG Kontess : Apa Motif??
Johan : Fyda Deon
Hadiah : Topup RM10 & Hadiah misteri (akan dipos kemudian)
Tempat ke-2 : Syasya
Hadiah : Topup RM10 & 5 entry terbaik dari blog akan dipromot
Tempat ke-3 : Liyana
Hadiah : Topup RM5 & 3 entry terbaik akan dipromot
Sila emel maklumat diri ke crcrew.002@gmail.com
1. nama penuh/blog
2. no hp untuk ditopup
3. Alamat/entry terbaik untuk dipromot
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA FOLLOWER blog Kaizen!!!
entry ini tentang...
kontest blogger
Location:
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Thursday, August 25, 2011
Belajar dari Kesilapan...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semua MANUSIA pernah melakukan kesilapan, sama ada berpunca dari DIRI SENDIRI mahu pun atas faktor2 yang lain.. NAMUN apa yang penting adalah apa yang kita BELAJAR dari Kesilapan...untuk renungan bersama...
KONTESS akan ditutup tepat jam 12.00 mlm ini...
*Iklan Blog* --> Blogger ni suruh pilih ANTARA Kawan & Kekasih
entry ini tentang...
Quotes
Wednesday, August 24, 2011
Kompilasi Puasa & Raya versi WW
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
2-in-1 |
jangan memandu melebihi had laju nanti... |
kantoi... ni la sebab utama perlu memandu mengikut had laju... |
sampai dah x larat nak kire... |
jangan x cukup tangan lak time raye.... |
KONTESS akan ditutup pada 25/8/2011 tepat jam 12.00 pagi
Senarai Peserta :
1. Liyana
2. Syasya
3. Fyda Deon
*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap zaman sekolah kite semua MESTI ade ni...
*Tips : mengunyah sesuatu boleh menghilangkan mengantuk ketika memandu
*Pastikan Rumah terbuka anda meriah dengan ERA!!
entry ini tentang...
Wordless Wednesday
Monday, August 22, 2011
Bahaya JIKA Membawa Penumpang/Muatan Berlebihan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni aku nak mengingatkan semua PEMANDU diluar sana bahaya jika anda membawa penumpang/muatan berlebihan. Biasanya jika pulang ke kampung halaman masing-masing, banyak buah tangan yang dibawa untuk kaum keluarga & sahabat handai. Perkara yang sama berlaku ketika anda mahu pulang ke rumah sendiri pastinya banyak bekalan atau buah tangan dari keluarga & sahabat untuk anda sekeluarga. Ketika ziarah menziarahi ada juga yang sanggup bersesak-sesak didalam satu kereta dengan alasan "nak jimat minyak...". Namun tahukah anda bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan?? jom tgk senarai bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan
1. Penyerap Hentakan a.k.a Shock Absorber
fungsi shock absorber adalah membantu pengendalian kereta & brek, selain memberikan pengasingan munasabah kepada penumpang dari bunyi bising jalan, bonggol & getaran agar selesa. --> SUMBER
sekiranya penumpang/muatan yang dibawa melebihi had, pemendapan shock absorber akan berlaku sekaligus mengakibatkan kenderaan tidak stabil
2. Tayar --> mudah panas & kemungkinan PECAH 80%
3. Kelajuan --> Sukar dikawal jika dipandu mlebihi 80km/j
4. Brek --> akan menghadapi masalah akibat momentum dari graviti terlalu tinggi
5. Stereng
Sukar dikendalikan kerana BERAT & mudah hilang kawalan ketika mengambil selekoh
selain itu penumpang/muatan berlebihan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan dari jumlah yang sepatutnya. Semoga perjalanan anda sekeluarga selesa & selamat!!!
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak berkongsi AKSI-AKSI di MESIN ATM [18SX]
entry ini tentang...
kongsi ilmu,
tips kereta
Thursday, August 18, 2011
Blog Lelaki VS Blog Wanita [Spontaneous Thursday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Orang kate Blog Lelaki kuat pada entry/penulisannya, tapi Blog Wanita kuat pada apa ya??Entry ni bukan nak melancarkan perang mahupun mencari kontroversi cuma ingin bertanya pada anda semua...
*aku mengharapkan jawapan terbaik dari kalian semua di ruang komen
Kontess masih berlangsung
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak kenalkan kat korg MUSUH ISLAM paling besar dalam sejarah!!!
*Perempuan suke tips kelihatan cantik tapi lagi suke SHOPPING kot... hehehe
entry ini tentang...
blogger
Wednesday, August 17, 2011
Lelaki Pilihan Wanita Se-Malaysia [Wordless Wednesday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Entry kali ini adalah BUKTI kepada entry Spontaneous Thursday yang lepas
sumber : Berita Harian |
Kaum Adam diluar sana, anda mungkin kalah jika bersaing dengan 'mereka' yang di dalam gambar...
Kaum Hawa renung-renungkan yer....
PENGUMUMAN MENGENAI KONTEST!!!
setakat ini hanya ada 2 perserta bagi Kontess DUIT RAYA anjuran aku jadi peluang untuk memenangi DUIT RAYA masih terbuka bagi semua yang berminat untuk menyertainya. --> KLIK SINI
Yang dah menyertai :
1. Liyana
2. Syasya
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak ajak sembang pasal LOVEY-DOVEY & logiknya
*Korg nak DUIT RAYA RM25K??
entry ini tentang...
isu semasa
Tuesday, August 16, 2011
Bila Fida jawab Isu peluk Iqram Dinzly
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida artis bertudung yang popular menerusi lakonan dalam drama Kasih Alia, ramai peminat meletakan Fida antara ikon muslimah sebaris dengan Wardina & Heliza. Namun semalam persepsi aku terhadap Fida berubah kerana kenyataannya pada akhbar Kosmo memang tidak boleh diterima.
Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat."Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar."Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain," ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya. --> Kosmo
Jika Fida mengatakan yang adegan peluk bersama Iqaram tu spontan aku tak boleh nak komen apa2 sebab itu antara dia, Iqram 7 Allah s.w.t jer yang tahu tapi pasal hukum bersalam dengan bukan muhrim ni aku kesah.
nampak tak jawapan yang diberikan Fida?? bagi aku tiada istilah mengaibkan lelaki kerana kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam seharusnya artis lelaki yang beragama Islam tahu bahawa haram hukumnya lelaki & perempuan bukan muhrim bersalaman. Tambahan pula aku rasa bangsa-bangsa lain juga menghormati pendirian kita sekiranya tidak bersalaman dengan mereka. Tiada hadis Rasulullah s.a.w mahupun firman Allah s.w.t menyatakan boleh bersentuh lelaki & perempuan bukan muhrim melainkan keadaan darurat seperti peperangan atau perubatan.
nampak tak jawapan yang diberikan Fida?? bagi aku tiada istilah mengaibkan lelaki kerana kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam seharusnya artis lelaki yang beragama Islam tahu bahawa haram hukumnya lelaki & perempuan bukan muhrim bersalaman. Tambahan pula aku rasa bangsa-bangsa lain juga menghormati pendirian kita sekiranya tidak bersalaman dengan mereka. Tiada hadis Rasulullah s.a.w mahupun firman Allah s.w.t menyatakan boleh bersentuh lelaki & perempuan bukan muhrim melainkan keadaan darurat seperti peperangan atau perubatan.
Wardina & Heliza tidak pula bersalaman dengan lelaki bukan muhrim boleh berjaya dalam bidang masing-masing, jadi dimana perlunya bersalam dengan lelaki bukan muhrim?? Sesungguhnya aku pasti ramai peminat Fida kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Fida seolah-olah beliau memandang ringan hukum-hakam Islam. Memang kita kadang kala perlu menghormati pihak yang satu lagi tapi kita perlu bertegas kerana menjaga maruah diri sebagai muslim/muslimah.
Aku memuji Fida dalam membawa watak Kasih@Alia dalam drama Kasih Alia kerana perwatakan muslimah sejati yang menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki & perempuan bukan muhrim jadi mengapakah di dunia realiti Fida tidak boleh mengekalkan perwatakan sebegitu??
Aku bukan alim ulama untuk menentukan atau menjatuhkan hukum pada sesiapa namun aku meluahkan pandangan aku dari apa yang aku belajar semasa sekolah dulu. Aku percaya jika ustaz-ustaz yang lebih pakar pasti mereka mempunyai jawpan masing-masing berlandaskan hadis-hadis dan nas-nas yang sahih.
Aku harapkan Fida tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam seperti kes ini. Dan aku mendoakan semoga Fida diberikan hidayat & petunjuk dari-Nya... amin......
*aku harap Solihin Zubir & Izamir Ridzwan boleh ulas pulak hal ni...
Tips Penjagaan Tayar Kereta
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sempena Hari Raya yang bakal tiba x lama lagi aku nak berkongsi tips penjagaan tayar kereta. Penjagaan tayar penting bagi memastikan keselamatan perjalanan ketika panas & hujan.
1. Jangan gunakan TAYAR BERBUNGA HALUS
tayar sebegini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek & kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan basah, kenderaan mungkin terbabas atau melompat dari air ketika membrek & menyukarkan kawalan pemanduan.
2. Pastikan TEKANAN Tayar
Tekanan yang rendah boleh menjejaskan kekuatan tayar manakala tekanan terlalu tinggi akan menyebabkan sesuatu di luar dugaan dalam kawalan. Periksa tekanan tayar 2x sebulan dalam keadaan sejuk. Tekanan tayar yang betul juga boleh mempengaruhi penggunaan minyak kereta.
3. Jangan GABUNGKAN tayar
Jangan sesekali menggabungkan tayar dengan jejari & tayar tanpa jejari kerana pada kelajuan tinggi ia boleh menyebabkan ketidak stabilan & kenderaan hilang kawalan.
4. Skru tayar
Pastikan skru dipasang dengan betul & tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka dengan pembuka tayar biasa sekiranya skru diketatkan menggunakan mesin pembuka tayar udara.
Tayar gantian juga perlu diperiksa TERUTAMA bagi perjalanan jarak jauh. Selain daripada tips-tips diatas anda boleh rujuk di SINI untuk lebih lanjut.
kalau korg ade tayar macam ni jer korg tak perlu risau... -- SUMBER |
Jangan lupe Join SINI kalau nak DUIT RAYA
*Like Fan Page kalau sudi
*Iklan Blog* --> Blogger ni meluahkan perasaan bagi INSAN yang BERTUDUNG
*Like Fan Page kalau sudi
*Iklan Blog* --> Blogger ni meluahkan perasaan bagi INSAN yang BERTUDUNG
*Servis PERCUMA dari Proton --> tertakluk pada terma & syarat2
entry ini tentang...
kongsi ilmu
Saturday, August 13, 2011
Dah cakap JANGAN tapi BUAT jugak....
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
entry kali ini untuk mengingatkan diri serta rakan2 blogger, rasanya dah ramai blogger otai pesan benda yang sama tapi still ada blogger yang buat jugak...
1. Music di blog
nak letak lagu pada blog masing-masing memang tak menjadi masalah aku tapi
pastikan music player anda -->
1. boleh di-Pause/Stop
2. terletak di tempat mudah dilihat untuk di-Pause/Stop sekiranya reader merasakan lagu pilihan anda membuatkan mereka terganggu
2. Cursor
kebiasaan cursor yang fancy ni di blog2 kaum Hawa, dengan tulisan keliling cursor, blink2 pada cursor,
pastikan cursor anda -->
1. tidak menggangu pembacaan reader
2. tidak menyukarkan reader untuk klik pada 'Post a Comment' & link2 lain
3. Efek melampau
juga biasa kelihatan di blog kaum Hawa, efek salji/bintang turun bagai pemandangan yang indah ni buat semak & mengganggu pembacaan reader blog anda.
4. Gambar
bagi blogger yang sedang berkasih-sayang atau dalam istilah mudahnya ber-couple elakkan meletakkan gambar2 anda beramas-mersa di side bar blog kerana sesetengah reader (terutama aku) geli geleman tengok korg mcm tu...
Sampai sini dulu ye kawan2 harap2 entry ini membantu anda dalam berblog....
JANGAN lupe join SINI kalau nak DUIT RAYA
*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap Chubby & Gemok tu berbeza!!!
*Pastikan korg mekap kereta lawa2 baru la ade chance nak iring Diana Danielle kat SINI
entry ini tentang...
blogger
Thursday, August 11, 2011
Bila Bekas Awek MENANG Ultimate Teen Choice's Award
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ape perasaan anda bila BEKAS gf/bf korg menang anugerah besar2?? aku boleh bayangkan yg korg tengah menonggeng macam ni --->
kot ye pon korg nak frust menonggeng buat la kat bilik bukan kat tempat awam yerr... meh tgk video BEKAS awek aku menang Ultimate Teen Choice's Award 2011
nape la dia x sebot name aku time dia terima anugerah tu.... wuuuu.....
Sape nak DUIT RAYA?? --> Klik SINI
*Iklan Blog* --> Blogger ni ade Tips nak dapat BANYAK Like/Comment kat Facebook
entry ini tentang...
artis
Antara Hidup & Mati [Spontaneous Thursday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Life is HARD, Death is EASY... it's your choice...*jangan korg mati pun menyusahkan orang lagi dah laa...
SAPE NAK DUIT RAYA sila ke SINI
*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap SETIAP HARI ADE WARNA RASMI
*Peluang DATE dengan Diana Danielle & Yasmin Hani & pastikan korg ade Rm10k baru ade can korg nak mengorat dorg....
entry ini tentang...
Quotes
Wednesday, August 10, 2011
Apa Motif?? [Wordless Wednesday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ingat lagi entry semalam?? kan aku ade janji nak bagi duit raye... so kat bawah ni syarat2 untuk korg merebut duit raye dari aku :
1. Buat 1 entry (tajuk BEBAS)
2. Copy gambar di atas
3. berikan jawapan kepada soalan Salesman tu "Pelik juga mesti ade motif tu!"
4. Jawapan hendaklah BERLAINAN dari karya asal
5. Linkkan pada entry ni
6. Dah siap publish jangan lupe tinggalkan link di entry ni
Penilaian :
1. Jawapan WAJIB berdasarkan LOGIK diikuti kretiviti
*berikan apa MOTIF cadangan Kelab Isteri Taat pada pandangan anda
2. Tiada had untuk panjang penulisan & bagaimana cara anda menulis jawapan (sama ada point by point atau esei)
Juri
Sekiranya peserta melebihi 20 orang kemungkinan aku akan meminta bantuan beberapa rakan blogger untuk membuat short list blog yang memberikan jawapan yang memuaskan.
Keputusan akhir di tangan aku.
Semua keputusan adalah muktamad & sebarang pujuk rayu tidak akan dilayan.
Hadiah
memandangkan aku nak bagi duit raye kat korg semua jadi wajib la aku gunakan duit sendiri...
al-maklum laa blog aku x femes/hebat untuk dapat sponsor dari mane2 pihak...
Tempat Pertama
Topup Rm 10 + Hadiah Misteri
Tempat Ke-2
Topup Rm 10
Tempat Ke-3
Topup Rm 5
*sebagai seorang student yang x berkerja kire tinggi la kn aku bagi duit raye ni kn?? hehehe
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 25hb Ogos 2011
*berkemungkinan akan ada 1 lagi kontest untuk korg semua bergantung pada sambutan kontest kali ini
*Proton nak bagi servis kereta PERUMA!!! sape xnk benda free??
entry ini tentang...
kontest blogger
Tuesday, August 09, 2011
Sesi TERJAH MENERJAH
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah follower blog yang x seberapa ni ah cecah 400++ dan kali ni aku nak meraikan follower ke-300 & 400 sekaligus. Jom terjah Blog dorg...
300th
400th
Special Promote BLOG
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua follower dari 1-400++ sekarang kehadiran anda sekalian ke blog ini amat2 dihargai apatah lagi bila anda memberikan idea/nasihat di ruang komen yang membantu menjayakan blog ini sehingga ke tahap ini.
PERHATIAN!!! Ada sebahagian besar follower yang aku x dapat nak jejak blog anda kerana di profile Blogger anda tidak menunjukkan link ke Blog anda jadi bagi memudahkan aku.. korg boleh ke ENTRY INI untuk letakkan link korg supaya aku boleh terjah menerjah blog korg.
Juga jemput ke Blog yang aku uruskan dgn Cik Yana (bukan Yana artis kat atas tu yer...)
Selain itu sempena nak raya ini aku akan mengadakan Contest untuk bagi duit raya kat korg... untuk itu ESOK entry Wordless Wednesday aku akan berikan syarat2 korg untuk menyertai contest ok??
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak share TIPS PERSIAPAN PERKAHWINAN
*Iklan Blog* --> Blogger ni pulak bagi hint KIASAN Wanita bila MERAJUK --> bagus tok boyfriend2 kat luar sana....
*Raya x meriah kalau korg xdpt duit raye Rm10k & korg tak guna kereta yang jimat minyak ni...
entry ini tentang...
blogger
Monday, August 08, 2011
Adab-Adab ketika di Bazar
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
ihsan : gugel jer.... |
Bazar Ramadhan sememangnya sering menjadi tumpuan tidak mengira bangsa kerana ketika inilah pelbagai juadah dari serata tempat dapat kita lihat sampai rmabang mata untuk memilih. Namun bukan isu makanan yang aku nak ceritakan hari ni tapi ADAB-ADAB ketika berada di bazar Ramadhan.
1. Pakaian
perkara yang pertama aku ingin sentuh adalah PAKAIAN tidak mengira lelaki mahu pun perempuan. Sempena bulan yang mulia ni hormat la orang disekeliling anda. Puasa bukan setakat menahan lapar & dahaga tapi
MATA perlu dijaga dari melihat perkara2 yg x sepatutnya
MULUT perlu dijaga agar tidak memfitnah & mengumpat
TELINGA perlu dijaga dari mendengar perkara2 yang melalaikan
kaum Hawa yang nak pakai seksi2 pakai kat rumah dah laa...korg dah la x tutup aurat(dosa) ni korg nak share pulak dosa korg dgn ktorg ni...
*kesian kat ayah, abang & adik lelaki korg...
2. Beratur ketika membeli
sememangnya kadang kala kita ada kedai yang popular kerana keenakan makanan mereka sampai ramai yang berkerumun & berebut2 untuk membeli makanan. Kadang kala peniaga sendiri pening mana satu yang datang dulu mana satu yang datang kemudian. Dalam hal ni kena la jujur & saling hormat menghormati even korg kenal tuan kedai tu jangan pikir korg boleh potong line sesuke hati mak bapak korg... ingat orang lain yg penat menunggu tu...
*aku mmg panas tgk org potong2 line nih...nak kena suruh beratur & amek no giliran cam kat hospital ker??
3. Motor & Kereta
ni lagi satu kaum yang tak reti hormat orang lain... dah tahu bazar tu sesak jangan la sesakkan lagi bazar dengan motor/kereta korg tu... sayang sangat ke kat motor/kereta sampai x boleh nak turun jalan kaki sekejap untuk beli makanan... ke korg nak tayang motor/kereta korg kat orang ramai yang datang bazar tu??
dah la bawak motor/kereta tengah2 orang ramai selamber badak korg jer park dekat2 kedai turunkn tingkap then "Bang!! kuih apam singgit!!"
*kalau aku jadi peniaga tu komfom aku x layan...
sampai disini dulu ye kawan2...next time ade rezeki aku sambung lagi...
*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap ade mamat desperate perempuan kat area UiTM Puncak Alam
*Korg kaki online?? pelan hebat internet ni untuk korg....
entry ini tentang...
Adab-adab
Location:
Parit Raja, Johor, Malaysia
Saturday, August 06, 2011
Ape yang BLOGGER PERLU ADA?? [Part 2]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
entry ini adalah sambungan pada entry yang lepas, kali ni aku nak share tentang BUTTON ape yang perlu ade kat blog. Jom tgk...
1. Button Like/Share/Send Facebook
memandangkan Facebook sedang popular sekarang ni jadi linkkan blog korg dengan Facebook sangat membantu untuk traffic blog. Ada sesetengah pembaca TERUTAMA rakan2 disekeliling kita mungkin tak suka nak komen2 ni (even kita dah open to Anonymous), salah satu cara mereka menyatakan pendapat mereka adalah dengan meng-klik button LIKE/Share/Send. Bayangkan jika seorang kawan kita yang mempunyai ramai kawan di Facebook LIKE 1 entry kita, at least 20-30 kawan kepada kawan kite tu akan tengok ape yang kawan kita LIKE sangat tu setuju??
*aku selalu LIKE-LIKE ni... hehehe
2. Button Tweet
Twitter semakin mendapat perhatian para blogger x kire blogger otai atau newbie macam aku atau femes atau unknown macam aku ramai yang menggunakan twitter sebagai medium untuk berinteraksi selain menempek link entry yang terkini mahupun yang lame2. Traffic blog juga boleh dijana dengan konsisten.
*ade jugak contest yang dikira pemenang berdasarkan berapa banyak di-Tweet
3. Button Google +1
Function sebenar button Google +1 still samar2 bagi aku tapi bedasarkan ape yang aku bace dari blog2 lain, button ini berfungsi untuk merekemenkan pada orang lain membaca artikel berkenaan sekiranya dicari menerusi enjin carian Google. Bermakna sekiranya blog korg ade button Google +1 ni & ramai yang klik maka entry tersebut akan naik ranking apabila dicari menerusi enjin carian Google.
*rugi sape xde sbb aku rajin klik button nih kalau entry tu bermanfaat (info/tutorial dll).. blog aku still dlm pembikinan maybe ade conflict so tu yg x keluar button Google +1 nih
4. Fan Page Facebook
Mungkin ada newbie yang kate "fan page ni untuk blogger2 pemes jer..." terus terang aku cakap.. korg salah!!! Fan page bagi aku adalah medium buat rakan2 yang tidak mempunyai blog TETAPI ingin mengetahui update dari blog kita dari semasa ke semasa. Jadi kenapa x buat 1 Fan page untuk mereka?? kadang2 bila kita ping latest entry ke group2 blogger baru la kawan2 tahu kite dah update... kan ke korg dah rugi dari segi traffic & pembaca setia. Memandangkan kod HTML untuk Fan page Facebook blog ni ade problem korg boleh LIKE kat SINI kalau korg suke...
*Fan Page adalah salah 1 cara untuk follow blog
cukup sampai di sini dulu. Insya-Allah kalau ade lagi idea aku akan update lagi segmen ni pada masa akan datang. Maaf sebab aku mmg x reti nak buat tutorial pasal kod HTML untuk button2 yang aku sebutkan ni... aku pon gugel2 jer... hehehe
contoh button Like/Share & tweet |
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak terangkan pasal REWANG.. korg taw x REWANG tu mende?? kalau xtaw jom KLIK SINI
*Peminat K-Pop berpeluang ke KOREA kat SINI
entry ini tentang...
tips blog
Friday, August 05, 2011
Umat ISLAM Harus Cemerlang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat
hayati lirik lagu ni ye kawan2. Lagu ni aku belajar masa di SLISS seawal tahun 2003, kalau zaman sekolah dulu aku pakai sedap jer nyanyi tanpa menghayati lirik lagu ni tapi bila dah tinggalkan zaman sekolah aku teringat kembali lagu ni. Penulis lirik lagu ni menyeru umat Islam untuk berubah kearah kebaikan biar pun sedikit.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung
Barang siapa yang amalannya hari ini sama seperti semalam, dia adalah orang yang rugi
Barang siapa yang amalannya lebih teruk dari semalam, dia adalah orang yang dilaknat Allah s.w.t
nampak di mana kedudukan kita?? adakah amalan kita hari ini lebih baik dari semalam?? atau sama seperti semalam?? atau lebih teruk dari semalam?? Amalan di sini tidak bermaksud ibadah dalam Islam jer.. Amalan di sini bermaksud apa2 jua pekerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, dalam berblogging entry yang kita hasilkan hari ini perlu lebih baik dari entry semalam. Dalam perniagaan pula hasil (keuntungan) perlu lebih baik dari semalam walaupun hanya lebih 1 sen dari hasil (keuntungan) semalam.
Renung-renungkan & selamat beramal wahai sahabat...
*Iklan Blog* --> Blogger ni tanya... ni Rumah Api ke Rumah Cinta?? korg tolong jawabkan boleh??
entry ini tentang...
lirik lagu
Thursday, August 04, 2011
Nisbah Lelaki - Perempuan [Spontaneous Thursday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Lelaki lebih ramai dibandingkan dengan Wanita menurut bancian terkini...
NAMUN!!! Blogger Wanita lebih ramai berbanding Blogger LELAKI.....
*Iklan Blog* --> Blogger ni ajar macam mane nk UJI KEKASIH korg...
*Duit Raya dari Nescafe Rm10K korg xnk ker??
* Servis Kereta FREE selama 5 tahun!!!
entry ini tentang...
lelaki vs perempuan
Wednesday, August 03, 2011
Bila Cikgu 'LEMBUT' [Wordless Wednesday]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
agak2 camne la pelajar2 didikannya yer... |
*Nescafe nak bagi Rm10K duit raya kat korg...
*kepada peminat K-pop, peluang ke Korea ade kat SINI!!!
entry ini tentang...
cikgu lembut
Tuesday, August 02, 2011
Ape itu SPAM??
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kali ni aku nak bercerita pasal SPAM. Pada entry aku yang INI ada beberapa blogger menyatakan meletakkan link pada ruang komen boleh dianggap oleh Google sebagai SPAM, maka aku pon meng-Google ape itu SPAM..
Definition of SPAM
SPAM is use of electronic messaging system (including most broadcast media, digital delivery system) to send unsolicited bulk messages indiscriminately --> SUMBER
makna SPAM (Versi Bahasa Melayu)
SPAM adalah 1 bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki --> SUMBER
dapat tak makna sebenar SPAM?? bermakna bagi korg sumer yg biasa letak link2 kat blog2 orang lain tu tak perlu risau sebab itu bukan SPAM. meh aku bagi CONTOH SPAM -->
korg pergi blog A then korg komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com
then korg blog walking ke blog B 7 komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com
pergi ke blog C,D,E,F still korg komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com
itulah yang digelar SPAM dalam berblog... kadang2 kalau korg perasan korg dapat komen kat entry yang langsung tiada kaitan dgn entry... itu pon SPAM jugak...
Ada banyak cara untuk mengelakkan SPAM komen tapi cukup dulu setakat ni. Aku akan cari & kaji dulu cara untuk mengelak SPAM komen & kenapa blog di-remove oleh Google... sape2 yang ade pendapat boleh la share kat ruang komen tu ok??
*Iklan Blog* --> Blogger cun tapi dah Berpunya ni ade Tips TAMBAH follower dgn CEPAT!!
entry ini tentang...
kongsi ilmu
Monday, August 01, 2011
Perkara yang aku BENCI time Ramadhan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Meriah sambutan Ramadhan kali ni di-FB & blog2... mungkin sbb makin ramai rakan2 blogger... dalam kemeriahan menyambut bulan yg penuh kemuliaan ni terbit sedikit rase BENCI kepada perkara2 berikut -->
1. Budak2 time solat Terawih (umur dari 4 tahun - 9 tahun)
situasi yang paling aku BENCI bila mak bapak datang masjid bawak anak2 kecik ni... aku faham tujuan mereka membawa anak2 kecik ni untuk mendidik mereka TAPI kalau reti bawak TAPI tak reti jaga anak ape cer?? mak bapak solat anak buat bising kat belakang... main kejar2... gelak kuat2...
*ayah kena la tegas dlm mendidik anak
2. MERCUN(umur 6-yg dah tua pon main)
biase la bunga api/mercun mmg tak dapat nak dipisahkan dari perayaan2 kat Malaysia ni...aku x kisah pon korg nak main TAPI aku jadi kesah kalau korg main TEPI MASJID TIME TERAWIH pulak tuh!!! lagi2 10 malam terakhir makin kuat la bunyi mercun smpi tok Imam pon terkejut..
*naseb tok Imam xde Heart Attack...kalau ade silap2 solat jenazah laa...
3. TERAWIH EKSPRESS
bukan aku x suke solat terawih TAPI kalau terawih eksperss macam keretapi laju ape kes?? kan ke solat terawih tu maknenyer berehat2?? kalau dah bagi salam je bangun.. bagi salam jer bangun ape kes?? sbb tu kadang2 baik aku buat 8 rakaat kat rmh jer... sbb biasa yg buat terawih ekspress ni tok bilal yg dah tua2... maaf aku cakap mcm tu tp tu la hakikat yg x pernah berubah kat Malaysia ni... yang tua sentiasa pikir dorg jer btol even dalam bab agama sekali pun...
*jempot pelajar2 tahfiz buat 8 rakaat disusuli sedikit tazkirah lagi bagus...
4. Moreh
acara wajib lepas terawih ni...kadang2 aku makan kadang2 aku terus balik jer... aku bukan benci moreh TAPI orang yang datang SEBAB MOREH & orang yang melepak time moreh sambil gelak kuat2.. time Terawih x nampak pon muke time moreh muncul entah dari mane pon aku x tahu... yang makan pulak mesti la berborak2 & bergelak ketawa.. x salah nak berborak & gelak tawa TAPI benda tu jadi salah kalau ketawa kuat2 sampai kacau orang yang nk bertadarus/solat sunat dll...
*mak ayah aku org cakap sombong sbb selalu x join lepak2/makan2 walhal mak ayah aku xnk share dosa dgn org2 yg lepak2 smbl cakap2 kosong....
kalau korg ade adik2 or tergolong dalam golongan yang aku sebut tu tlg la ambil perhatian & same2 lah kite berubah kearah yg lebih baik....
*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap cari JODOH kena DEMAND sikit...
entry ini tentang...
Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)