Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni aku nak mengingatkan semua PEMANDU diluar sana bahaya jika anda membawa penumpang/muatan berlebihan. Biasanya jika pulang ke kampung halaman masing-masing, banyak buah tangan yang dibawa untuk kaum keluarga & sahabat handai. Perkara yang sama berlaku ketika anda mahu pulang ke rumah sendiri pastinya banyak bekalan atau buah tangan dari keluarga & sahabat untuk anda sekeluarga. Ketika ziarah menziarahi ada juga yang sanggup bersesak-sesak didalam satu kereta dengan alasan "nak jimat minyak...". Namun tahukah anda bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan?? jom tgk senarai bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan
1. Penyerap Hentakan a.k.a Shock Absorber
fungsi shock absorber adalah membantu pengendalian kereta & brek, selain memberikan pengasingan munasabah kepada penumpang dari bunyi bising jalan, bonggol & getaran agar selesa. --> SUMBER
sekiranya penumpang/muatan yang dibawa melebihi had, pemendapan shock absorber akan berlaku sekaligus mengakibatkan kenderaan tidak stabil
2. Tayar --> mudah panas & kemungkinan PECAH 80%
3. Kelajuan --> Sukar dikawal jika dipandu mlebihi 80km/j
4. Brek --> akan menghadapi masalah akibat momentum dari graviti terlalu tinggi
5. Stereng
Sukar dikendalikan kerana BERAT & mudah hilang kawalan ketika mengambil selekoh
selain itu penumpang/muatan berlebihan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan dari jumlah yang sepatutnya. Semoga perjalanan anda sekeluarga selesa & selamat!!!
*Iklan Blog* --> Blogger ni nak berkongsi AKSI-AKSI di MESIN ATM [18SX]