Friday, July 29, 2011

2 Benda yang Blogger takut....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sejak kebelakangan ni aku rase kurang selesa... bukan sebab x cukop tido or rehat tapi sebab perkara2 yg melanda beberapa rakan blogger aku. 2 benda ni kalau jadi kat blogger mmg boleh K.O kot lagi2 blogger x hebat cam aku ni... 

1. Blog di-REMOVED 

ade 2 member aku yg blog nyer kne remove...even ade yang kate boleh dapat balik tp aku rase tuan blog komfom dah down gler2 kot... yela follower dah bape ratus/ribu/puluh ribu pastu blog boleh pulak di-REMOVED macam tu jer.... Blogger femes pon gelabah taw bile blog kene REMOVED
*agak2 kalau jadi kat aku mmg mogok makan seminggu kot....

2. Blog di-HACK

semalam ade sorg rakan blogger aku yg blognya di-HACKED. Tapi alhamdulillah blog beliau telah pon selamat dipulihkan dengan bantuan rakan2 blogger lain...ni la my first time tgk blog yg telah di-HACK secara live.
*aku x faham la hackers ni... ape la yang dorg dapat hack2 blog x femes cam ktorg ni.. sian la kat ktorg...

aku pasti semua blogger yang x pakai domain & hosting sendiri komfom risau kalau salah satu benda kat atas ni jadi kat korg. Aku pon x terkecuali, kalau korg nak tanya pasal domain & hosting terus terang aku cakap aku x reti langsung. Elok la korg tny blogger2 yang dah ade domain & hosting sendiri sbb dorg lagi arif dlm hal2 sedemikian... sekian dulu buat mase ni...

*Iklan Blog* --> Blogger ni ingatkan supaya kita sentiasa INGAT kepada Allah s.w.t lagi2 nk bulan puasa ni
*Korg COOL biler korg ade Tablet Rank no.1 & Cam Lomo 360

Thursday, July 28, 2011

NIAT [ Spontaneous Thursdays ]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*kaki Shopping mesti suke ni & bagi yang baru kawen mesti nak beraya sakan tahun ni....
Ke-PERCAYA-an datang dari ke-JUJUR-an,
Ke-JUJUR-an datang dari ke-IKHLAS-an,
Ke-IKHLAS-an datang dari NIAT...
renung2 kan dan selamat beramal ye kawan2...

*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap jangan pandang REMEH tentang solat
*Korg taw rahsia Superhero?? ni jawapan dia... & setiap superhero ade kereta... kereta bagi Captain America adelah.... NI...

Wednesday, July 27, 2011

Salah Siapa?? [Wordless Wednesday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Klik untuk zoom secara melampau...
*Iklan Blog* --> blogger ni tanya AHMAD tu nama kampung ker??
*Salah 1 cara untuk JIMAT SEMASA MELANCONG adalah pada perbelanjaan MINYAK kereta

Monday, July 18, 2011

Nak bagi biar ikhlas... yang tak bagi diam sudah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Entry kali ini aku nak ulas pasal pengemis jalanan. Apa itu pengemis jalanan??

a. orang buta/anak2 yatim/pelajar pondok yang menjual tisu/kerepek dll
b. orang yang mengemis di tempat2 terbuka seperti depan masjid, berjalan dr rumah ke rumah dll
c. orang yang mengemis di hentian2 bas/teksi ( tak cukup tambang )

yang mana satu takrifan pengemis bagi korg?? 
makna pengemis menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka --> Rujuk SINI

aku bagi situasi -->

1. di KL Sentral/TBS(Terminal Bersepadu Selatan)

Pengemis : assalamualaikum, dik...
aku : waalaikumsalam...
Pengemis : minta maaf mengganggu... tengah tunggu org ker??
aku : aah.. tengah tunggu kawan...
Pengemis : oo.. dari mane??
aku : dari johor bang.. baru jer sampai ni... tunggu kawan amek --> tipu untuk keselamatan
Pengemis : minta maaf la dik... abg ni muallaf baru masuk Islam..abg nak balik utara tapi tambang x cukop...
aku : minta maaf la bang, sy pun baru jer sampai... lagi pon sy pon tgh blaja lg...
Pengemis : pergi dgn merungut2...

2. Kedai Mamak 25jam, Pt. Raja

Anak Yatim : assalamualaikum bang.. sy dari bla bla bla... nak mohon derma untuk bla bla bla...
member A : nah dik.. abang leh bagi banyak ni jer.. abang pon blaka lg...
aku : minta maaf dik abang xde duit --> alasan standard aku laa...

budak tadi pon berlalu...

member B : apsal ko bagi duit kat dak td??
member A : sian la kat dak tu... dari jauh datang... at least duit tu boleh dia buat makan minum
member C : dah.. dah.. xyah nak mengumpat dak tu... nak bagi tu.. bagi jer... xnak bagi diam2... aku taw ko xnk bagi sbb banyak dah citer org pakai dak2 camni minx sedekah... pastu duit tu dorg 'makan'...
aku : betol2... bagi biar ikhlas xnk bagi diam2 jer...

3. Dalam kereta tunggu adik aku balik tuisyen

knok!! knok!! --> tingkap diketuk

aku : ye dik??
budak tahfiz : assalamualaikum bang, sy dari bla bla bla... ni ade jual kerepek untuk perbelanjaan kami di bla bla bla....
abah : dik, amek ni duit belanje makan minum awk bukan duit tok pondok ek...

budak tahfiz berlalu...

abah : sian la budak tu... dtg jauh2 nak jual kerepek... hmm...
*nak tengok wayang FREE?? jom ikot aku...

nampak x ketiga-tiga situasi yang berbeza di atas??
semua mempunyai tujuan yang sama iaitu memperoleh sedikit bantuan untuk kegunaan harian. Namun ada segelintir pihak mudah salah sangka, bagi aku perkara tu normal dengan keadaan zaman sekarang.

Korg bayangkan kalau korg keluarkan dompet untuk bagi derma tu then yg datang derma tu capai dompet korg dan lari?? Sebab tu aku lebih mengambil langkah berjaga2 dlm ape jua keadaan sekalipun...

Pada pandangan aku la... perkara2 kat atas tu x sepatutnya berlaku. jom teliti situasi kat atas satu persatu....

1. Situasi Muallaf meminta sedekah
aku yakin ramai yang pernah mengalami situasi ni. Bagi aku dalam negara Islam (yang pemimpin2 negara dok canang Malaysia ni negara Islam) x sepatutnya muallaf ni meminta sedekah. Sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi mereka yang memeluk Islam keluarga & sahabat2 akan menyisihkan mereka. Jadi kita sebagai saudara se-Islam membantu mereka, bukan sahaja membimbing mereka tapi dari segala aspek. Sepatutnya mereka diberikan bantuan sehingga mereka boleh menyara hidup mereka sendiri.
*memang patut abang tu merungut sbb aku x tolong dia... --> mungkin aku terlalu berhati2??

2. Situasi Anak-anak Yatim meminta derma/bantuan
yang ni lagi la x patut berlaku dalam negara yang dikatakan membangaun ni...
"Dan berikanlah anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangalah kamu menukar sesuatu yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan (menukar & memakan harta anak yatim itu) adalah dosa besar"
- An-Nisa- ayat 2 --> SUMBER
nampak?? Firman Allah s.w.t amat jelas maksudnya, anak-anak yatim x sepatutnya disuruh meminta2 seperti pengemis... kedudukan mereka mulia disisi Allah & Rasul-Nya. Sepatutnya pengurusan asrama/tempat perlindungan anak-anak yatim ni mencari bantuan untuk anak-anak yatim pada kerajaan (Pusat mahu pun Negeri) atau pada NGO yang ada.

3. Situasi Pelajar-pelajar Tahfiz
Ini satu lagi situasi yang aku x boleh nak terima, kenapa nak membeza2 kan pendidikan?? kenapa SBP, MRSM dll boleh dapat bantuan sepenuhnya sedangkan Madrasah, Sekolah Tahfiz dll diabaikan?? hanya kerana mereka menjurus kepada bidang agama mereka di pinggirkan?? adakah kerajaan berfikir yang golongan ini tidak membantu apa2 pada kerajaan satu hari nanti??

Pada pendapat aku la kenapa kerajaan x sediakan modal untuk ketiga-tiga golongan ni untuk berniaga?? Kerana 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Kalau la anak-anak yatim/muallaf/pelajar tahfiz bukak 1 kedai runcit keuntungan dari kedai tu 100% boleh dijadikan wang sara hidup mereka. Tak perlu nak jalan jauh2 sehinggakan menimbulkan syak wasangka orang ramai.

tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
*Iklan Blogger* --> Blogger ni tanya kalau AWEK korg lagi terer main GITAR dari korg camne??
*nak Rm1000?? jom join kontest F&N nih...
*Hargailah Hero-hero kita ni....

Sunday, July 17, 2011

Entry 2 in 1 [ Review Blogger Mingguan ]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ni aku nak ulas 2 isu yang hangat diperkatakan sepanjang minggu ini di dunia blogger... tapi aku sarankan korg bace entry ni dengan hati terbuka, santai2 sambil makan Roller Coaster

Isu iFrame

seorang blogger yang dikatakan up menggunakan code iFrame. Blogger tu pulak bukan calang2 blogger kerana dikatakan antara yang ter-top jugak la di kalangan blogger2 Melayu... tapi kalau gunakan code iFrame korg rase layak ke blogger tu di-panggil TOP Blogger??
--> lu blogger TOP kaa... mat TOP kaa... wa apa kisah!? ini blog gua punya....
Perkara iFrame ni dah lama berlaku dikalangan blogger cuma antara kita sedar atau tidak. Bagi aku seseorang yang naik menggunakan cara yang tidak betul adalah sangat2 memalukan, bagaikan tiada maruah mencuri trafik orang lain secara senyap2...
*berjaya atas usaha sendiri tu baru puas!!!

Isu Copy-Paste/Plagiat

minggu ni memang hot sgt kot pasal COPY-PASTE nih.. ade beberapa blogger dah buat entry menyatakan entry2 di-blog masing2 di-Copy-Paste tanpa di-credit-kan pada mereka.

aku : kalau entry yg di-copy tu bermanfaat/berilmu halalkan jer...
Blogger X : kalau ilmu2 tu sy x kisah tp kalau sampai hal2 peribadi pon di-COPY-PASTE??
aku : err.. yang tu x patot laa.. boleh saman jota2 tu.... hehehe

aku dah buat entry pasal Copy-Paste ni dulu.... --> klik SINI
*ape pon yang korg COPY dari blog seseorang tu elok la di-backlink-kan x rugi pon korg...

*Iklan Blog* --> Blogger ni kate ade PEREMPUAN MINTA DI ROGOL!!!
*weekend memang best kalau tengok wayang bila orang belanje!!! bukan 1 tapi 2 movie...

Saturday, July 16, 2011

Tutorial CIMB Click [ Bayar Bil Elektrik Secara On-line ]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bulan 4 lepas aku ade buat tutorial Myeg, so sekarang aku nak share cara2 untuk membayar bil secara on-line menggunakan CIMB Click. 
*klik gambar untuk ZOOM secara melampau

1. Pastikan anda mempunyai akaun CIMB (sila buka akaun jika tiada)

2. Daftar CIMB Click di mesin ATM (bagi yang sudah berdaftar di CIMB Click terus ke no.6 )

3. Pergi ke CIMB Click & Login 

4. Bagi mereka yang pertama kali sila daftar Mobile Banking & TAC Code anda

5. Untuk mendaftar TAC Code -->

masukkan no. handphone anda
pendaftaran berjaya
*optional : print untuk rujukan masa akan datang
6.
Klik Bill Payment
7. 
1. pilih cara pembayaran --> select saving account
2. pilih Full payee list --> Utilities --> Tenaga Nasional Berhad
8. 
akan keluar tab baru
1. isi nombor akaun bil
2. isi jumlah bayaran yang perlu dijelaskan
9. 
pilih bil-bil lain yang hendak dibayar sekiranya ada,
jika tiada klik Proceed to payment
10.
check jumlah
sekiranya betul isi TAC Code yang anda terima melalui SMS
klik Confirm
11.  
pembayaran selesai
*optional : Print sebagai rujukan/bukti pembayaran
mudah bukan?? buat mereka2 yang malas nak beratur untuk membayar bil-bil ni memang mudah!!!
*aku nak bukak perkhidmatan renew lesen & roadtax (bil-bil juga diterima) cas perkhidmatan serendah Rm 2.00 bagi lesen & road tax manakala bil-bil serendah Rm 0.50 per bil

*Iklan blog* --> Blogger ni tanya KALAU korg ber-kalau-kalau

Jom tengok wayang FREE nak?? xpon layan konsert David Archuletta nih...

Monday, July 11, 2011

Ape yang BLOGGER PERLU ADA?? [Part 1]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ape yang blogger perlu ada ek?? mungkin ini la persoalan utama bagi blogger2 baru... bagi menjawab persoalan ini, aku hanya boleh bagi pandangan peribadi -->
[aksesori]
1. Laptop/PC & internet
Laptop or PC merupakan benda paling penting sebab kalau tak macam mane la korg nak menaip kn?? Bila dah ade laptop or PC dah ada... sambungan ke internet mesti la ade jgak... kalau yg pakai streamyx/unifi mungkin laju x ingat tapi bagi yang pakai berukben macam CELCOM, MAXIS & DIGI?? tgk coverage gak... so aku sarankan korg bertukar pada broadband yang baru ni komfom laju... 

2. Camera
camera juga penting bagi seorang blogger, tak kesah la camera hp ke... camera digital ke... waima DSLR sekali pun yang penting korg ade camera!!! sebab camera boleh korg boleh amek gambar2 menarik dari gambar2 tu mungkin korg boleh join Wordless Wednesday?? selain tu korg juga boleh merakam video sama ada korg nak buat Vlog seperti Maria Elena?? Matlutfi?? atau Anwar Hadi??
*aku pakai camera hp jer...

[skill]
1. Adobe/Paint dan yang seangkatan dengannya
ramai blogger suka meletakkan gambar di blog/entry masing2 jadi aku sarankan korg menjaga hak korg... sekiranya korg nak letak gambar yang korg amek sendiri seeloknya korg letak watermark sebab tu aku sarankan korg belajar sikit2 Adobe or Paint...

2. Video editing
kepada anda semua yang rajin ber-Vlog pastinya anda mempunyai asas dlm editing video ni tp ade sesetengah blogger yg buat vlog tanpa editing. Aku sarankan kepada mereka2 yg rajin buat tutorial cara pakai tudung dan sebagainya elok la korg belajar sikit2 camne nak edit2 video tu supaya video asal korg x di salah gunakan...


--> Facebook VS Blog korg agak sape menang?? Jawapannya di SINI
*Tips mengorat awek TERBAIK!!!
jemput awek guna kereta ni dan bawak
 tengok citer romantik kat wayang kemudian ajak
makan ais-krim paling sedap ni dan jangan lupa bagi hadiah ni...

Sunday, July 10, 2011

Bersikap adil la bro... Jangan salahkan BERSIH jer...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

9 Julai 2011, BERSIH 2.0 telah berhimpun dibeberapa tempat sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut 8 perkara :
1. BERSIHkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Kempen Minima 21 hari
5. Akses Media bebas & adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan RASUAH
8. Hentikan politik KOTOR

aku nak tanya pada pembaca semua?? Baik atau tidak semua tuntutan tu?? BAIK BUKAN?? Jadi PERSOALANNYA disini KENAPA ADA YANG MEMBANGKANG??

1. kerana pemimpinnya AMBIGA ker??
2. kerana mencetuskan KEKECOHAN ker??

kalau itu yang korg semua persoalkan aku rase korg kena fikir balik... bagi menjawab persoalan AMBIGA baik korg bace entry SolihinZubir yang INI... 

ape yang aku nak rangkum kan adelah kekecohan... aku x nampak di mana kekecohan yang penyokong2 BERSIH lakukan?? ade dorg pecahkan kedai2?? ade dorg rempuh pintu pagar?? xde kan??

kenapa kerajaan takut sangat dengan tuntutan BERSIH??
sebab kerajaan sedia ada dah rapuh... rapuh dengan RASUAH... rapuh dengan SKANDAL... rapuh dengan PECAH AMANAH. Aku berani jamin andai semua tuntutan BERSIH terlaksana Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13 akan datang dan atas sebab tu la kerajaan sedia ada takut sangat dengan BERSIH!!!

Polis hanya mengikut arahan
betul tugas polis adalah menjaga ketenteraman namun polis juga perlu menegakkan keadilan... meh aku nak tanya korg sikit...

berapa nisbah tangkapan PATRIOT kepada BERSIH??
Siapa yang memulakan keadaan menjadi kecoh??

video ni menjawab persoalan no. 2 td...


siapa boleh buktikan penyokong BERSIH yang mulakan kekecohan?? polis takut dengan kalimah 'Lailahaillah" ker?? fikir2 kan laa...
Bagi aku perhimpunan BERSIH boleh jadi aman sekiranya polis mengawal perhimpunan tersebut bukan menghalang. Polis sepatutnya badan berkanun yang independent bukan 100% mendengar arahan kerajaan. Bila polis mendengar arahan kerajaan maka timbullah suara polis ni anjing kerajaan... polis & tentera sepatutnya boleh menjatuhkan kerajaan yang penuh dengan RASUAH sepertimana Thaksin digulingkan di Thailand.

Kenapa korg salahkan BERSIH jer??
sememangnya korg dah di-buta-tuli-kan oleh media pro-ummp-noo. Nilai balik berita2 yang korg bace-dengar-lihat tu... dah banyak sangat media pro-ummp-noo putar belitkan cerita.. jom tengok wartawan TV pucat lesi -->


Next entry aku akan ulas beberapa reaksi blogger tentang BERSIH..
p/s : kepada semua yang dah bagi link untuk di-promot aku akan mula promot dalam waktu terdekat ni... bagi yang belum hantar link entry sila berbuat demikian di SINI pastikan anda mengikut syarat2 yer...

*dah penat2 berhimpun boleh la bershopping, berhibur, tengok wayang or bercuti sambil me-nikmati ais-krim paling best ni... tapi jangan lupe ke EVENT F&N yer..

Saturday, July 09, 2011

PROMOT BLOG secara PERCUMA!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kali ni aku nak tolong promot blog2 korg semua. Senang sangat caranya... xde banner perlu di-copy-paste... xde entry perlu dibuat...

korg kena letak 1 link entry korg paling -->

1. best --> contoh : pengalaman hidup or cerita lawak
2. berinfo --> contoh : fakta2 menarik
3. sesuatu yg boleh membuatkan kita berfikir --> contoh : pro & con BERSIH

entry2 yang dilarang untuk korg letak -->

1. tutorial yang dah biasa seperti tutorial float nuffnang ad
2. segmen/kontest yang tidak membuatkan otak berfikir secara ligat

aku akan promot entry tu secara meluas... perlu diingat hanya 1 entry untuk 1 blog jadi buat pilihan yang terbaik!!!

keutamaan diberi kepada blogger2 yang rajin singgah ke blog yang x seberapa ni...
*Kereta A lawan Kereta J agak2 sape menang?? korg tentukan....

Friday, July 08, 2011

Jutawan dalam DIAM...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ekonomi sekarang makin meruncing bagi mereka yang berpendapatan sederhana & rendah, jadi aku nak share 3 cara untuk korg semua menjadi JUTAWAN secara senyap2....

1. Industri Makanan [lower]

setiap hari manusia memerlukan makanan. Apa yang korg perlukan adalah sedikit keberanian untuk mencuba & kerajinan untuk berjaya. Tengok jer gerai kecik2 di bahu jalan yang jual nasik lemak & kuih2 dipagi hari..ramai yang nak pergi kerja singgah untuk membeli sarapan. Tu rezeki waktu pagi.... belum waktu balik kerja... sekitar pukul 3 ptg kite tengok pulak gerai2 di bahu jalan yang jual keropk lekor, pisang goreng & apam balik garing tu.. laku derr....
*bukak kedai burger depan rumah waktu malam2 pon boleh laku tahu??

2. Industri Pakaian [moderate]

setiap manusia memerlukan pakaian untuk menutup badan kn?? ade korg tengok manusia 24jam ber-BOGEL?? hari ini hampir semua pasangan suami isteri bekerja... bila musim raya datang ramai yang menghantar kain ke kedai2 menjahit tapi pernah ke kita terfikir untuk mengambil tempahan?? bagi suri rumah di Malaysia ni rugi kalau anda semua tidak mengambil peluang untuk berniaga dari rumah ni... bukan susah pun... kebanyakkan kedai jahit ambil tempahan baju raya biasanya tidak lagi menerima tempahan sebulan sebelum puasa jadi bagi mereka2 yang terlambat tu mungkin jadi rezeki anda?? dapat 50-60 pasang baju pon dah kire banyak taw...
*kalau aku ade duit komfom aku buat modal upah orang & beli mesin jahit

3. Industri Permotoran [high]

hampir 80% dari rakyat Malaysia ni menggunakan pengangkutan tidak kira persendirian atau awam. Logiknya lihat bengkel2 motor mahu pun kereta setiap hari ada sahaja motor mahu pun kereta rosak kn?? di sini aku melihat peluang untuk mereka2 yang tidak berjaya dalam akademik berjaya dalam hidup!!! (maksud aku, mereka2 yang lepasan IKBN, Giat MARA dan yang sama waktu dgnnya) 
pendek kata...

tak kira anda seorang pemandu bas ke...
tak kira anda seorang mekanik di bengkel motor/kereta ke...

anda telah pun melibatkan diri dalam industri yang menguntungkan....
*aku nak carik kawan yang terer repair kete sbb aku ni cerewet sikit pasal repair kete...

ade lagi jutawan2 yang senyap dari industri lain.. next entry aku akan ulas lagi industri seperti TOP-UP & PUBLISHING...
*apa yang membezakan KORG dengan SUPERHERO?? JAWAPANNYA DI SINI

Thursday, July 07, 2011

BERSIH 2.0 vs LARIAN 1 MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 2 Julai 2011 lepas telah berlangsung Larian 1 Malaysia tapi korg x rase larian tu merugikan ker?? ade beberapa sebab kenapa aku kate larian tu sia2 --->

1. Larian mengganggu jadual perancangan sekolah

mak ayah aku cikgu so dari darjah 1 sampai ke tingkatan 5 setiap tahun sebelum sesi persekolah bermula semua sekolah perlu mengadakan mesyuarat bagi merancang takwin tahunan akademik, kokurikulm & sebagainya (kalau IPTA macam UTHM ni setiap awal tahun ade update kat website tu..).
*ade sekolah minggu ni buat sukan sekolah so dorg langsung x buat larian tu.... sebab tu aku cakap mengganggu perancangan sekolah...

2. Larian tersebut merupakan arahan TOP-DOWN (kalau x salah aku la...) 
TOP-DOWN ni merupakan arahan yang wajib dilaksanakan walau apa sekalipun!!! seorang pendidik pernah bercerita pada aku yang kerajaan mengeluarkan arahan TOP-DOWN kepada IPT untuk mewujudkan kursus2 tertentu tapi sesiapa yang ambil kursus tersebut tidak diiktiraf oleh MQA sekaligus apa yang mereka belajar tu menjadi sia2 sekalipun ade ijazah...
*pengajaran check kursus korg tu diiktiraf MQA ke x ye kawan2...

--> kredit habis pukul 2pg?? jangan risau... dapatkan bantuan kat sini...

3. Berapa banyak sukan yang di-promosikan??

Larian 1 Malaysia dibuat bagi kempen 1 Murid 1 Sukan bukan?? ok aku nak tanya la kn... ape aktiviti yang sekolah buat hari tu?? just lari2 keliling padang yang berukuran 200m tu 4x or lepas lari2 ade sukan seperti futsal?? bola baling?? hoki?? bola jaring?? bola tampar?? kat area tempat aku ade 5 sekolah menengah & 4 sekolah rendah dan korg tahu ape yang jadi??

7.30 pagi --> murid2 hadir ke sekolah seperti hari2 biasa
7.45 pagi --> murid2 ke padang sekolah
8.00 pagi --> larian bermula
8.40 pagi --> pelajar balik rumah...

see?? 8.40 pagi dah balik?? kalau anda pernah sertai merentas desa time sekolah dulu2 mesti korg rase pelik... yela... seingat aku zaman aku sekolah dulu merentas desa paling cepat pon yang no. 1 tu sampai sejam lebih baru sampai ke garisan penamat (sekolah la...) ni baru berapa minit lari dha balik rumah?? kate 1 Murid 1 Sukan... kalau setakat lari2 keliling padang waktu kelas PJK pon cikgu2 sekolah boleh handle laa...
*aku suruh adik2 aku ponteng larian n pergi kelas tahfiz dorg....

4. TAK DIGUNAKAN UNTUK LAWAN BERSIH
jom sokong BERSIH!!
kerajaan perlu sedar atau buat2 x sedar?? golongan pendidik dari pra-sekolah sampai ke IPT, dari pentadbir sekolah ke pengarah pelajaran adalah penyokong pembangkang. Sekiranya Larian 1 Malaysia ni dianjurkan pada 9 Julai maka golongan pendidik tidak dapat hadir ke perhimpunan BERSIH tu sebab sibuk menguruskan murid2 pada Larian 1 Malaysia tersebut...
*benda senang camni pon x boleh nak pikir ker??

tu belom aku sebut pembaziran pada baju, topi dll yang diberi secara percuma... barang sesiapa yang rase nak tambah boleh komen2 kat bawah ni... aku sokong BERSIH dengan memakai baju kaler KUNING lusa... kepada pengangur2 yang x minat politik boleh join aktiviti2 kat SINI kot2 ade rezeki(kerja) tok korg...
*jangan lupa upgrade HP korg ke Plan Internet yang BEST ni!!!

Rezeki Allah s.w.t yang bagi BUKAN ko derr....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ini aku nak berkongsi cerita pasal pendapatan (duit) dari internet. Says.my & Churp2 merupakan 2 syarikat pengiklanan yang tidak memerlukan blog, login pon hanya menggunakan akaun Facebook masing2. Mudah bukan?? akan tetapi ada juga insan yang tidak memahami. 

Bila dah join Says or Churp2, apa yang perlu dilakukan adalah menyebarkan iklan mengikut link yang telah di khaskan untuk kita tadi sama ada menggunakan e-mel atau laman2 sosial seperti Facebook & Twitter. Aku seperti manusia lain menggunakan FB sebagai 1 ruang untuk mengiklankn link2 Says & Churp2. Selalunya aku akan promot iklan2 ke wall member2 sekolah & ruang group batch aku.

Namun bukan aku sorg jer yang buat macam tu... ade lagi rupnyer kawan2 aku yang buat macam tu... so kirenyer ada persaingan di situ. Tapi aku x kesah... sebab aku percaya jika rezeki ada di mana2, aku ade blog & diblog aku x lupa untuk selit2kan link iklan2 tu secara terang2...

Lumrah alam... ade pro & con dalam sesuatu hal... dalam aku dok post kat wall group tu ade pulak yang x senang duduk...

PRO
aku --> post iklan ajak member2 join buat duit secara online(join iPanel)
kawan A : benda ni betol ker?? bleh caye ker??
aku : boleh jerr.. aku dah join...
kawan A : brape banyak ko dah dapat??
aku : ade la sikit.. kalau rajin banyak la dpt... aku buat sikit2 jer...
kawan B : benda ni boleh pakai.. aku pun dah join.. byk lagi company buat camni yang penting rajin jer...

CON
aku --> post iklan+tambah sikit2 ayat untuk menarik minat kawan2
kawan X : dah bape banyak duit ko dapat??
aku : ade la sikit... dah boleh cash out daa ni...
kawan X : sekali klik ko dapat bape??
aku : 20-40sen jer...
kawan X : JANGAN HARAP AKU NAK KLIK!!!
aku : errr...--> malas nak layan orang macam ni...

untuk pengetahuan anda2 semua yang bersikap negatif macam yang kat atas tu... kalau korg rase korg x klik iklan2 aku tu boleh buat aku mati korg SILAP!!! korg x klik aku x rugi 1 sen pon.... aku x buang tenaga & masa pon sebab ramai jer yang klik iklan aku tuh... bukan nak riak atau menunjuk hebat tapi korg fikir2kan laa... kami ni bertindak sebagai promoter iklan2 tu & di bayar mengikut kadar2 tertentu... persoalannya di sini ADAKAH SALAH KAMI MENCARI REZEKI HALAL DENGAN CARA YANG SEDEMIKIAN?? cara kami menggangu anda sekalian?? ADAKAH KAMI MENGGUNAKAN KATA2 LUCAH MAHU PUN KESAT SEMASA MENGIKLAN??

kawan2 sedar la REZEKI tu ALLAH S.W.T yang bagi... bukan korg... kalau dah tertulis di Luh Mahfuz yang aku xde rezeki(x dapat duit dari iklan tu) mmg xkan dpt duit la aku... apa yang aku lakukan hanyalah usaha & berdoa semoga ada rezeki dari usaha2 aku tu... renung-renungkan dan selamat beramal...


*anda semua dijemput ke Event F&N untuk mencipta REKOD & sertai contest INI untuk peluang memenagi iPad 2

Wednesday, July 06, 2011

Korg MESTI ade kawan macam ni... [Part 1]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini aku nak bercerita pasal KAWAN. Hidup kita sentiasa memerlukan kawan tidak kira kawan sekampung, kawan sekelas, kawan sebaya dll. Tapi aku pasti korg semua mesti pernah ada kawan2 kat bawah ni...

1. Kawan yang suke ber-hutang

situasi diawal sem
aku : hutang print ko dah rm5.. campur sem lepas dah rm40++
kawan A : nanti laa... loan x masuk lagi kan??
aku : sesuke hati ko jer... dah la dari sem lepas lg ko x bayar...
kawan A : rilex laa dapat duit PTPTipu nnt ak bayar...

situasi dihujung sem
aku : hutang mane?? da lebey rm50 ni!!
kawan A : rilex laa.. ujung sem ni...
aku : kate dpt loan nak bayar!!?
*kalau bapak aku tuh tukang cop duit pon bukan bapak aku bagi duit tok ko berhutang la wei!!

2. Kawan yang mulut xde insurans...

kawan A : ko taw x si X tuh?? mulot pong pang pong pang...
aku : aku dah malas nak layan laa... lantak dia laa
kawan A : cakap nak bom jer.... bila buat habuk pon xde....
aku(dlm hati) : ko cakap macam ko PERFECT!!
*kawan makan kawan...

3. Kawan yang x reti nak hormat hak org lain...

situasi...

aku tertidur pada satu petang... bangun dari tidur aku duduk di beranda untuk mengambil angin... dalam keadaan mamai tu aku terlihat hanger baju aku berderet digunakan oleh org lain... aku masuk balik bilik untuk memastikan hanger aku ada ke x di dalam almari... SAH!!! memang xde!!! ciss!!!

malam tu...

kawan A : weh! aku pinjam hanger ko petang tadi
aku : x reti nak cakap dulu ker?? pakai sedap jer rembat!!

*aku nak rembat tok pinjam pon aku inform dulu kat member serumah/sebilik

3 jenis manusia ni mesti ade dalam hidup korg at least korg pernah ade, bagi yang belum berjumpa dengan kawan2 jenis ni korg mesti jumpa satu hari nanti... mungkin korg akan jumpe masa di universiti.. mungkin semasa zaman kerja...

aku mencari ramai sahabat bukan ramai kawan. Ajak kawan2 atau saudara mara yang terer ber-shuffle atau break dance jom ajak join F&N Biggest Dance Mob. Bagi yang suka ke konsert2 boleh ajak kawan2 jamming ke konsert INCUBUS!!

Tuesday, July 05, 2011

Macam-macam ada untuk korg...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Life is RACE!! ada sesiapa yang bersetuju dengan pegangan ni?? mungkin ada yang yan bersetuju & ada yang tidak tetapi apa yang anda dapat dalam hidup yang dianggap sebagai PERLUMBAAN?? selain kepuasan diri sendiri pernahkah anda terfikir yang kadang kala PERLUMBAAN menawarkan hadiah2 lumayan?? Jom tengok apa yang ada untuk anda :

Hadiah2 yang anda boleh menangi iPad 2, HTC Desire, Canon EOS 550D berminat?? JOM RACE!!!
*Perlumbaan paling SELMAT & JIMAT

kalau dulu pencarian harta karun memerlukan kekuatan fizikal+mental kali ini mental anda lebih diperlukan kerana ia dijalankan secara ONLINE!!! YA!!! ONLINE!!! hadiah lebih RM75 000 untuk anda menangi
*saya DAH join.. anda nak join?? --> klik SINI

kontest berunsurkan game ni menawarkan iPad 2, iPod Touch, PS 3 & prepaid hingga Rm300 untuk anda... jadi jom JOIN CEPAT!!!

4. Kontest Lama tapi Hadiah makin BESARRR!!!
sape tahu pertandingan KIRA & MENANG?? meh nak rotan skali... ni pertandingan dari zaman tadika sampai la masuk kolej pon ade lagi rasenyer... kalau tuan2 & puan2 rindukan contest senang macam nih meh join KIRA & MENANG dari F&N ni... Rm1000 setiap minggu untuk dimenangi....

5. Peluang Bermain ATV
minat sukan lasak?? peluang untuk anda mencuba kini TERSEDIA!!! nak JOIN?? --> SINI

6. TV kini membantu anak2 untuk belajar??
Calon2 PMR & SPM kini boleh menonton TV sambil belajar... untuk maklumat lanjut klik --> TV-PMR & TV-SPM

bagi kaum Hawa anda semestinya ingin ber-shopping sakan sekiranya mempunyai wang yang banyak namum tahukah anda Mastercard ada offer sempena MEGA SALE. 

Jangan lupe Join event F&N kat Bukit Bintang pada 23 Julai 2011. Kalau anda semua x boleh berenggang dengan internet langgang plan terbaik ni....

Blogger UPAHAN atau PRINSIP??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*entry ini adalah pandangan peribadi semata-mata--> rujuk SINI

Akhabr Sinar Harian 4 Julai 2011, tajuk frontpage adalah mengenai blogger namun dikhususkan lagi pada BLOGGER2 POLITIK. Pada PRU-12 lalu dikatakan pembangkang berjaya menguasai 5 negeri (sebelum Perak dirampas oleh BN) adalah disebabkan rakyat merujuk blog-blog pembangkang yang dikatakan lebih telus menyalurkan maklumat. Maka selepas berjaya mengenal pasti punca kemenangan pembangkang maka kerajaan BN mula memberi perhatian serius terhadap penyampaian maklumat melalui laman sesawang. Namun apa yang aku nak ulas pada entry kali ini adalah mengenai tajuk frontpage itu sendiri.

Blogger UPAHAN
Blogger jenis ini kita boleh tengok berdasarkan pada entry2 mereka tidak mengira pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Sekiranya mereka cenderung kepada sebelah pihak mungkin mereka diupah akan tetapi cuba kita nilai semula pada content2 mereka benarkah mereka2 ini diupah??

Isu Memainkan peranan
kita ambil 1 isu, isu BERSIH aku pasti ramai blogger2 politik menulis yang pro-kerajaan pastinya terus menghukum perhimpunan BERSIH itu HARAM & perhimpunan yang dilakukan Perkasa dll itu tidak pula haram, manakala blogger2 pembangkang akan menjelaskan apa sebenarnya matlamat BERSIH dll.
*Berani kerana benar

Taksub
pada pandangan aku blogger2 jenis ini terlalu taksub pada satu2 pihak sehingga nampak mereka ini seperti diupah oleh pihak yang mereka sokong.

Blogger PRINSIP
blogger jenis ini mungkin lebih kepada pendapat peribadi kerana mereka mungkin menjadi NEUTRAL dalam sesetengah perkara. Bagi blogger2 prinsip ini mereka menulis berdasarkan fakta & semestinya mereka perlukan sumber2 dari kedua2 belah pihak (kerajaan & pembangkang).

Suara Rakyat
blogger jenis ini mungkin menyentuh isu2 yang memihak kepada rakyat seperti isu kenaikkan harga barangan, isu kenaikkan harga minyak, subsidi dll. Aku kagum dengan mereka kerana berani menyatakan hak2 rakyat.

Mereka tidak punya apa2
pada pandangan aku blogger2 jenis ini tidak punya apa2 kepentingan dalam sesebuah parti jauh sekali pangkat, yang mereka dapat adalah kepuasan kerana menyampaikan perkara yang sebenar kepada rakyat
*aku suke AmenoWorld tagline pon best!!!

apa pun mereka tetap blogger & aku sanjung tinggi mereka yang menyokong rakyat.

*contest2 menarik dengan hadiah2 menarik untuk korg join :
1. Contest untuk Band
2. Contest untuk Racer
3. Contest untuk X-Game player or who ever wanna try new thing!!!

Sunday, July 03, 2011

Kan bagus kalau ramai artis Malaysia macam ni.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa yang x kenal Heliza Helmi?? Bekas pelajar AF musim ke-5 ni cukup comel untuk men-cairkan hati mane2 lelaki bujang seperti aku (tapikan cantik tu berbeza pada setiap orang..) tapi bagi aku Heliza ni dah cukup comel sebab mak & makcik2 aku pernah ber-borak pasal artis2 yang bertudung nih... 

Makcik : lawa pulak si Erra nih bertudung.. --> time tuh dok tengok iklan Erra Fazira jadi duta tudung kat paper
Mak : kalau artis macam ni la jadi menantu...
Makcik : si Heliza tu pon ok jer bertudung...
Aku[dalam hati jer] : kalau la aku dapat ngorat si Heliza tu... fuyoooo....
comey kn?? sumber --> FB Heliza
tapi ape yang buat aku kagum kat Heliza nih bukan sekadar kecantikkan beliau tapi cara beliau cuba menyampaikan ilmu kepada peminat2 beliau... jom tengok video2 dari Heliza yang comel...

Video 3 - Hari Selasa warna PINK --> kaum Hawa suke laa tu...

Take Note :
Isnin - Putih
Selasa - Pink/Purpple
Rabu - Biru
Khamis -Kuning/Oren
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad -Hitam

bestkan?? Heliza bagi tazkirah tu... comel+klaka jer Heliza ni... antara artis lain yang selalu bagi tazkirah secara tidak langsung adalah Wardina Safiyyah. Kedua-dua artis nih aku follow kat FB & twitter... wa cakap sama lu derr... dorg mmg sempoi....

*kepada mat2 rempit kat luar sane jangan lumba haram kat atas jalan baik korg berlumba kat SINI....
**Handphone paling semart penah aku jumpe...

Saturday, July 02, 2011

Artikel Student UIA YANG SEBENAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ini aku terbaca pada blog Andyhowt pasal statement seorang student Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Bila aku habis jer bace aku terus share dengan member2 aku yang belajar di UIA, memandangkan aku ni bukan student UIA jadi lebih baik aku dapatkan penjelasan dari member2 aku yang belajar di sana. so jawapan mereka adalah seperti yang tertera di bawah : 

please read the whole of the stories.
bukn nk back up
tapi ni memng btol.
tak semue jaht.
tpi adt lah kn, tak semue orng tu baik. ade yng baik, ade yng tersasar skit.. yng pasl tutp aurat tu. tak setuju lgsng. mne ade yng free hair. tpi klu ko dtng cni. thn nmpk orng yng free hair. ko tnye lh die. die ni student ke tk? klu student, btol ke die islam.? klu bukn student means die visitor and they come in in IIUM becasue of work. talking about student non-muslim. memng diorng ade beljr kat sni.. dan dirong wajib menutup kepale. dah nme pon non-muslim. cmfm2 lh die tutup kple je. rmbut yng terkeluar mcm jambul tu memng ade lah..
- Amira Izzati

Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA???????langsung TAK setuju....sebab...bdk non muslim pun pakai tudung jugak...n ak tak rasa stdnt uia yg buat artikl ni
- Haida Hassan

Ade betulnye gak ape y penulis ni sampaikan.. tp xsemuanya betul n tepat.. cthnye, pameran rambut tu, mane ade merata2 free hair kat uia ni.. Pd aku dia ni ade la gak menokok nambah cerita2 psl uia...
- Raja Zhafri

xsemua perangai baik, xsemua perangai buruk... tp secara jujur, ada sstgh yg aku kuciwa sebab dalam kampus pakai tudung, keluar pintu pagar je terus free hair. *aku duduk gombak, selalu lalu depan uia, ada pasar malam hari rabu, jadi tengok ngn mata sendiri.. pasal kapel takat nih xpnah tgk lagi la student yg pegang2 tgn... =.="
- Zulhusmi [bukan student UIA]


aku bersetuju dengan Zulhusmi, bukan UIA jer tapi dari zaman sekolah lagi aku tengok benda ni. Zaman sekolah dulu semua wajib pakai tudung tapi bila outing?? bila time balik rumah?? sebelah kaki jejak keluar dari pintu pagar jer dah bukak tudung... tayang rambut yang berkarat2 tuh.. konon urban laa...

*kalau korg rajin jom la join kontest yang cam best kat SINI, SINI & SINI

Friday, July 01, 2011

Pengenalan Semula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Entry kali ini berkisar tentang hala tuju blog ni. Entry ini juga akan menerangkan kenapa blog ini akan terus kekal melainkan blog aku di-delete oleh google atau blog aku di-hack. Aku mula aktif berblog kira2 bulan 12 tahun lepas & sekarang aku serius+enjoy ber-blog. Kalau dulu aku berblog tanpa sebab sekarang aku mempunyai banyak sebab untuk berblog.

Isi kandungan blog

1. Isu Islam
sama ada penyampaian ilmu Islam atau pun penyataan2 melampau dari aku ke atas mereka2 yang menghina Islam

2. Isu Pengguna
family aku masuk bawah kategori keluarga berpendapatan sederhana jadi aku akan ulas segala isu2 pengguna seperti isu kenaikan minyak, isu bill elektrik naik dsb...

3. Sindiran Melampau
sindiran melampau dari aku akan dikaitkan dengan 2 point kat atas tadi. Sindiran melampau juga melibatkan pengalaman peribadi atau pun pengalaman orang lain

4. Pemerhatian
aku sebagai seorang rakyat Malaysia & blogger yang x hebat akan terus memerhatikan perkembangan isu2 semasa seperti gejala sosial mahu pun memerhatikan dunia blogger dan aku akan menyatakan pendapat aku sendiri

walau apa pun isi kandungan blog ini, aku akan berusaha untuk memberikan sesuatu yang boleh membuatkan kita semua untuk berfikir selain memberikan input2 baru bagi pembaca blog ini. Entry2 pada blog ini adalah bersifat pandangan peribadi & aku sama sekali tidak bertanggungjawab sekiranya anda sakit hati secara melampau mahu pun terkena serangan jantung semasa membaca blog ini. Sekiranya ada simptom2 bakal sakit hati & bakal terkena sakit jantung anda di-saran-kan untuk :

1. Tekan Alt + F4
2. Tekan Ctrl + W
3. Nampak button X kat atas kanan tuh?? klik situ...

blog ini adalah blog personal maka segala contest2 yang aku join adalah aktiviti2 sampingan selain iklan2 yang sedia ada...

*penggunaan smartphone dikatakan semakin meluas tapi aku x berapa yakin sangat kalau korg x guna smartphone ni untuk membaca blog aku selain tu korg jugak x boleh main game ni...

Pages

NuffX