Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Bersikap adil la bro... Jangan salahkan BERSIH jer...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

9 Julai 2011, BERSIH 2.0 telah berhimpun dibeberapa tempat sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut 8 perkara :
1. BERSIHkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Kempen Minima 21 hari
5. Akses Media bebas & adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan RASUAH
8. Hentikan politik KOTOR

aku nak tanya pada pembaca semua?? Baik atau tidak semua tuntutan tu?? BAIK BUKAN?? Jadi PERSOALANNYA disini KENAPA ADA YANG MEMBANGKANG??

1. kerana pemimpinnya AMBIGA ker??
2. kerana mencetuskan KEKECOHAN ker??

kalau itu yang korg semua persoalkan aku rase korg kena fikir balik... bagi menjawab persoalan AMBIGA baik korg bace entry SolihinZubir yang INI... 

ape yang aku nak rangkum kan adelah kekecohan... aku x nampak di mana kekecohan yang penyokong2 BERSIH lakukan?? ade dorg pecahkan kedai2?? ade dorg rempuh pintu pagar?? xde kan??

kenapa kerajaan takut sangat dengan tuntutan BERSIH??
sebab kerajaan sedia ada dah rapuh... rapuh dengan RASUAH... rapuh dengan SKANDAL... rapuh dengan PECAH AMANAH. Aku berani jamin andai semua tuntutan BERSIH terlaksana Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13 akan datang dan atas sebab tu la kerajaan sedia ada takut sangat dengan BERSIH!!!

Polis hanya mengikut arahan
betul tugas polis adalah menjaga ketenteraman namun polis juga perlu menegakkan keadilan... meh aku nak tanya korg sikit...

berapa nisbah tangkapan PATRIOT kepada BERSIH??
Siapa yang memulakan keadaan menjadi kecoh??

video ni menjawab persoalan no. 2 td...


siapa boleh buktikan penyokong BERSIH yang mulakan kekecohan?? polis takut dengan kalimah 'Lailahaillah" ker?? fikir2 kan laa...
Bagi aku perhimpunan BERSIH boleh jadi aman sekiranya polis mengawal perhimpunan tersebut bukan menghalang. Polis sepatutnya badan berkanun yang independent bukan 100% mendengar arahan kerajaan. Bila polis mendengar arahan kerajaan maka timbullah suara polis ni anjing kerajaan... polis & tentera sepatutnya boleh menjatuhkan kerajaan yang penuh dengan RASUAH sepertimana Thaksin digulingkan di Thailand.

Kenapa korg salahkan BERSIH jer??
sememangnya korg dah di-buta-tuli-kan oleh media pro-ummp-noo. Nilai balik berita2 yang korg bace-dengar-lihat tu... dah banyak sangat media pro-ummp-noo putar belitkan cerita.. jom tengok wartawan TV pucat lesi -->


Next entry aku akan ulas beberapa reaksi blogger tentang BERSIH..
p/s : kepada semua yang dah bagi link untuk di-promot aku akan mula promot dalam waktu terdekat ni... bagi yang belum hantar link entry sila berbuat demikian di SINI pastikan anda mengikut syarat2 yer...

*dah penat2 berhimpun boleh la bershopping, berhibur, tengok wayang or bercuti sambil me-nikmati ais-krim paling best ni... tapi jangan lupe ke EVENT F&N yer..

Thursday, July 07, 2011

BERSIH 2.0 vs LARIAN 1 MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 2 Julai 2011 lepas telah berlangsung Larian 1 Malaysia tapi korg x rase larian tu merugikan ker?? ade beberapa sebab kenapa aku kate larian tu sia2 --->

1. Larian mengganggu jadual perancangan sekolah

mak ayah aku cikgu so dari darjah 1 sampai ke tingkatan 5 setiap tahun sebelum sesi persekolah bermula semua sekolah perlu mengadakan mesyuarat bagi merancang takwin tahunan akademik, kokurikulm & sebagainya (kalau IPTA macam UTHM ni setiap awal tahun ade update kat website tu..).
*ade sekolah minggu ni buat sukan sekolah so dorg langsung x buat larian tu.... sebab tu aku cakap mengganggu perancangan sekolah...

2. Larian tersebut merupakan arahan TOP-DOWN (kalau x salah aku la...) 
TOP-DOWN ni merupakan arahan yang wajib dilaksanakan walau apa sekalipun!!! seorang pendidik pernah bercerita pada aku yang kerajaan mengeluarkan arahan TOP-DOWN kepada IPT untuk mewujudkan kursus2 tertentu tapi sesiapa yang ambil kursus tersebut tidak diiktiraf oleh MQA sekaligus apa yang mereka belajar tu menjadi sia2 sekalipun ade ijazah...
*pengajaran check kursus korg tu diiktiraf MQA ke x ye kawan2...

--> kredit habis pukul 2pg?? jangan risau... dapatkan bantuan kat sini...

3. Berapa banyak sukan yang di-promosikan??

Larian 1 Malaysia dibuat bagi kempen 1 Murid 1 Sukan bukan?? ok aku nak tanya la kn... ape aktiviti yang sekolah buat hari tu?? just lari2 keliling padang yang berukuran 200m tu 4x or lepas lari2 ade sukan seperti futsal?? bola baling?? hoki?? bola jaring?? bola tampar?? kat area tempat aku ade 5 sekolah menengah & 4 sekolah rendah dan korg tahu ape yang jadi??

7.30 pagi --> murid2 hadir ke sekolah seperti hari2 biasa
7.45 pagi --> murid2 ke padang sekolah
8.00 pagi --> larian bermula
8.40 pagi --> pelajar balik rumah...

see?? 8.40 pagi dah balik?? kalau anda pernah sertai merentas desa time sekolah dulu2 mesti korg rase pelik... yela... seingat aku zaman aku sekolah dulu merentas desa paling cepat pon yang no. 1 tu sampai sejam lebih baru sampai ke garisan penamat (sekolah la...) ni baru berapa minit lari dha balik rumah?? kate 1 Murid 1 Sukan... kalau setakat lari2 keliling padang waktu kelas PJK pon cikgu2 sekolah boleh handle laa...
*aku suruh adik2 aku ponteng larian n pergi kelas tahfiz dorg....

4. TAK DIGUNAKAN UNTUK LAWAN BERSIH
jom sokong BERSIH!!
kerajaan perlu sedar atau buat2 x sedar?? golongan pendidik dari pra-sekolah sampai ke IPT, dari pentadbir sekolah ke pengarah pelajaran adalah penyokong pembangkang. Sekiranya Larian 1 Malaysia ni dianjurkan pada 9 Julai maka golongan pendidik tidak dapat hadir ke perhimpunan BERSIH tu sebab sibuk menguruskan murid2 pada Larian 1 Malaysia tersebut...
*benda senang camni pon x boleh nak pikir ker??

tu belom aku sebut pembaziran pada baju, topi dll yang diberi secara percuma... barang sesiapa yang rase nak tambah boleh komen2 kat bawah ni... aku sokong BERSIH dengan memakai baju kaler KUNING lusa... kepada pengangur2 yang x minat politik boleh join aktiviti2 kat SINI kot2 ade rezeki(kerja) tok korg...
*jangan lupa upgrade HP korg ke Plan Internet yang BEST ni!!!

Tuesday, July 05, 2011

Blogger UPAHAN atau PRINSIP??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*entry ini adalah pandangan peribadi semata-mata--> rujuk SINI

Akhabr Sinar Harian 4 Julai 2011, tajuk frontpage adalah mengenai blogger namun dikhususkan lagi pada BLOGGER2 POLITIK. Pada PRU-12 lalu dikatakan pembangkang berjaya menguasai 5 negeri (sebelum Perak dirampas oleh BN) adalah disebabkan rakyat merujuk blog-blog pembangkang yang dikatakan lebih telus menyalurkan maklumat. Maka selepas berjaya mengenal pasti punca kemenangan pembangkang maka kerajaan BN mula memberi perhatian serius terhadap penyampaian maklumat melalui laman sesawang. Namun apa yang aku nak ulas pada entry kali ini adalah mengenai tajuk frontpage itu sendiri.

Blogger UPAHAN
Blogger jenis ini kita boleh tengok berdasarkan pada entry2 mereka tidak mengira pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Sekiranya mereka cenderung kepada sebelah pihak mungkin mereka diupah akan tetapi cuba kita nilai semula pada content2 mereka benarkah mereka2 ini diupah??

Isu Memainkan peranan
kita ambil 1 isu, isu BERSIH aku pasti ramai blogger2 politik menulis yang pro-kerajaan pastinya terus menghukum perhimpunan BERSIH itu HARAM & perhimpunan yang dilakukan Perkasa dll itu tidak pula haram, manakala blogger2 pembangkang akan menjelaskan apa sebenarnya matlamat BERSIH dll.
*Berani kerana benar

Taksub
pada pandangan aku blogger2 jenis ini terlalu taksub pada satu2 pihak sehingga nampak mereka ini seperti diupah oleh pihak yang mereka sokong.

Blogger PRINSIP
blogger jenis ini mungkin lebih kepada pendapat peribadi kerana mereka mungkin menjadi NEUTRAL dalam sesetengah perkara. Bagi blogger2 prinsip ini mereka menulis berdasarkan fakta & semestinya mereka perlukan sumber2 dari kedua2 belah pihak (kerajaan & pembangkang).

Suara Rakyat
blogger jenis ini mungkin menyentuh isu2 yang memihak kepada rakyat seperti isu kenaikkan harga barangan, isu kenaikkan harga minyak, subsidi dll. Aku kagum dengan mereka kerana berani menyatakan hak2 rakyat.

Mereka tidak punya apa2
pada pandangan aku blogger2 jenis ini tidak punya apa2 kepentingan dalam sesebuah parti jauh sekali pangkat, yang mereka dapat adalah kepuasan kerana menyampaikan perkara yang sebenar kepada rakyat
*aku suke AmenoWorld tagline pon best!!!

apa pun mereka tetap blogger & aku sanjung tinggi mereka yang menyokong rakyat.

*contest2 menarik dengan hadiah2 menarik untuk korg join :
1. Contest untuk Band
2. Contest untuk Racer
3. Contest untuk X-Game player or who ever wanna try new thing!!!

Wednesday, June 15, 2011

Ni la BUKTI ISLAM PADA NAMA...KAPIR LAGI BAGUS...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sebelum aku proceed dengan tajuk entry kali nih sape yg bace akhbar UTUSAN hari ni?? kalau korg bace komfom korg dah boleh teka ape yang aku nak story jap lagi...jom tgk pic dulu....
korg klik la untuk zoom secara melampau... dari pelukis smpi ke editor bawak ke pengarah semua same jer... aku berani cakap laa... KAPIR lagi bagus.. ni la manusia yang JAHIL ilmu agama...

SIAPA KITA NAK MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH S.W.T???

Sunday, May 29, 2011

Himpunan Belia ke Himpun tok GUNAKAN Belia??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan 1 Juta Belia di Putrajaya tadi(Sabtu) telah dirasmikan... TAPI aku memang x puas hati giler laa.... siyes aku tengok berita TV3 tadi memang aku menyirap jer...YB cakap ape?? cuba korg ingat balik... yang pergi Putrajaya tadi xkan korg dah lupe kot...baru jer bape jam... 

aku malas nak cakap sebab nanti aku kena saman lak... tapi semua BELIA yang hadir tadi telah di-PERGUNAKAN secara tidak langsung... sesungguhnya itu adalah cara orang yang amat2 terdesak untuk mempertahankan kuasa & jawatan dia... 

belia?? belia tinggal belia... korg yang x dapat ape...puas, penat & menghabiskan duit?? itu yang korg dapat?? dia?? dia dapat sebarkan pengaruh dia...dia dapat bagi ceramah politik free kat korg....

bukan aku x suka atau larang korg pergi ke majlis@pesta macam tu tapi ni la akibatnyer....

*uji tahap kreatif anda di SINI
*Dance & Win = chance to be popular

Thursday, May 26, 2011

Perdana Menteri Idaman aku.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan suasana politik hari ini aku yakin x lame lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan berlangsung. Dari keadaan sekarang aku berani kata sesuatu yang besar mungkin berlaku. Tidak kira sama ada diperingkat Negeri (Adun) atau Persekutuan (Parlimen). Namun entry kali ini aku nak share ciri2 Perdana Menteri Idaman aku...jom tgk kat bawah :

1. Islam
kalau ikut perlembagaan Malaysia Perdana Menteri haruslah berbangsa Melayu, TAPI bagi aku yang penting adalah agamanya. Kerana ISLAM ITU ADIL. Sekiranya PM itu fahami Islam dengan mendalam Insya-Allah dia boleh memerintah dengan baik. 
*contoh terbaik Tok Guru Nik Aziz & MB Kedah sekarang Ustaz Azizan Razak

2. Boleh jadi IMAM
yang ni PENTING!!! aku nak PM yang boleh meng-imam-kan solat...meng-imam-kan bacaan Yaasin & Tahlil...mengetuai dalam peperangan...bukan duduk kat belakang membiarkan orang lain meng-IMAM-kan....itu baru KHALIFAH --> pemimpin kena yang faham maksud KHALIFAH dulu baru boleh memimpin...
*kalau dulu Tun Abdullah (PM ke-5 Malaysia) boleh jadi IMAM nape PM lain xleh??

3. Melaksanakan Undang2 mengikut HUKUM SYARIAT
undang2 sedia ada adalah HUKUM yang ditulis & berlandaskan fikiran manusia, hukum yang manusia buat boleh dipertikaikan tapi HUKUM ALLAH S.W.T kite x boleh pertikaikan.
*member aku cakap : "walaupon kite ni x la baik sgt tapi aku nak tgk HUKUM ALLAH tu ditegakkan"

4. Sistem Ekonomi mengikut ISLAM
ekonomi yang bagus perlu berlandaskan pada hukum syariat. Pinjaman berlandaskan hukum Islam (bukan riba). kalau ekonomi rakyat terjamin xde la timbul cetak rompak, barang tiruan dll...
*Kerajaan Kelantan perkenalkan dinar emas tapi dipandang sepi padahal itu sistem Islam...

5. Perdana Menteri berpendidikan Malaysia
berpendidikan Malaysia kat sini bermaksud dari tadika sampai ke Ph.D belajar kat Malaysia & dibawah sistem pembelajaran Malaysia. Ini kerana aku nak PM tu tahu macam mana rasanya belajar dalam sistem Malaysia ni. Bagaimana rasanya bila student dijadikan bahan eksperimen dengan penukaran bahasa Melayu ke bahasa Inggeris kemudian nak tukar balik ke bahasa Melayu...buat banyak kursus2 baru kat IPT2 Malayisa tapi MQA x iktiraf kursus tu...x payah nak cakap kursus ape...korg boleh check sendiri kat MQA nyer website
*kalau pendidikan Malaysia ni dah cukop bagus nape YB-YB kat Msia ni x wat Master@Ph.D kat Msia jer?? accept for hal agama la sebab negara kita x banyak lagi ulama nak datang...

antara pemimpin yang aku kagum : Ahmadinejad
ini hanyalah pandangan aku jer...
aku nak taw gak korgnyer ciri2 PM idaman korg...
sape2 yang rase nak buat entry pasal ni silakan
kalau dah siap jgn lupe bagi link korg kat aku...
aku akan backlink balik entry korg...
sampai sini dulu...
see u HERE!!

*kawan aku dapat gaji by minit?? x caye?? jom tgk SINI

Thursday, March 03, 2011

x perlu jadi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

minx maaf sgt2 kpd semua....
3-4 hari ni x berkesempatan nk update blog..
1st sbb demam+selsema
2nd sbb kepenatan melampau akibat driving Bt. Pahat-KL-Bt. Pahat...
ok done with excuses....

td bru jer blog-jog ke blog Terompah Caring yg entry bru nih...
aku terpanggil nk wat entry A.S.A.P...even aku dlm keadaan yg x brape sihat ni...
korg da bce?? bagus2...
persoalan ni senang jer...
btol kate pembace yg menyoal tuan punyer blog & jwpn tuan punyer blog :

Soalan,

Salam saudara, terima kasih sebab beri saya kefahaman tentang entry ini (sebelum ini). Bagi saya, semua perempuan yang ketawa terbahak-bahak, dan ketawa mengilai tu, tak semuanya jahat. Saya ada je kawan yang ketawa terbahak-bahak, tapi selalu tolong saya masa saya susah. Selain itu, isu pengkid tu tak usahlah dipebesar-besarkan, kalau diorang nak berubah, diorang akan berubah. Dan kita tak perlu nak masuk campur. Mungkin satu hari diorang akan jadi ahli syurga. Kita tak tahu kan?

Jawapan,

Salam wahai wanita yang dikasihi Allah. Aku bukan seorang ulama, jauh sekali seorang ustaz yang boleh menghukum seseorang itu sama ada masuk syurga or neraka. Aku pun macam korang yang suka huru hara dan jaran g berfikir tentang kebaikan membuat kebaikan. Walla~ So, aku bergegas tanya persoalan ini dengan orang yang lebih pakar dalam bidang agama. dan aku campur adukkan menggunakan logik akal supaya perempuan macam kamu dapat berfikir dengan bijaksana.

sebenarnye aku nk ulas benda2 yg aku gariskn jer..

1st, kpd yg menyoal : KALAU diorang nak berubah, diorang akan berubah.
aku nk soal balik kpd yg menyoal : KALAU diorang x berubah??
x ke nnt kiamat dunia ni(kiamat itu pasti)...bayangkn dunia yg sedia ade nih da cukop ramai pompn and then 1/2 dr populasi(pompn) ni convert jdi laki(pengkid) yg ke terbalik dunia?? budaya lesbian merebak & pelbagai problem sosial bertambah2...

2nd, juga kpd yg menyoal : MUNGKIN satu hari diorang akan jadi ahli syurga.
yg ni aku nk jwb direct jer...setiap umat Islam akan masuk ke Syurga selagi dia tak murtad...sebesar mane pon dosa2 umat Islam selagi dia tidak murtad maka dia akan ditempatkn di syurga.(cuma yg membezakn setiap umat Islam adalah berapa lama hukuman masing2 di Neraka sblm di angkat utk di tempatkn di Syurga) so x wujud perkataan MUNGKIN utk situasi ni...

dan sememangnya kita tidak tahu siapa yg ditempatkn di Syurga atau Neraka tetapi suka untuk aku ingatkn byk tanda2 seseorang itu akn ditempatkn sama ada di Syurga atau Neraka namun kita haruslah berfikir secara logik..jika cara hidup(ambil contoh pengkid) yg melanggar hukum syariat Islam tidak ke dia(pengkid) td akn ditempatkn ke dlm Neraka dahulu melainkn dia mati syahid...

sesungguhnya kita sbg saudara se-agama ada tanggungjawab utk menegur saudara Islam yg lain & jika bukan kita yg menegur maka kita turut berkongsi saham dosa dgn si pelaku dosa(dlm kes ni pengkid)

Aku bukan seorang ulama, jauh sekali seorang ustaz yang boleh menghukum seseorang itu sama ada masuk syurga or neraka.

jwpn yg menarik dr tuan punyer blog...ustaz mahu pun ulama tidak ada kuasa utk menghukum seseorg itu ditempatkn di Syurga atau Neraka akn tetapi..kita ambil politik negara kita..bila nasihat ulama kpd seorg pemimpin tidak diendahkn maka apa yg boleh dilakukan ialah ulama boleh berdoa supaya Allah memberikn petunjuk pd pemimpin tersebut(keadaan ini bergantung pd keadaan & sejauh mana kezaliman pemimpin tersebut). Ingat...zaman kita ni ulama la tmpt kite merujuk bab2 agama tp bila pendapat ulama ditolak kita nk dgr ckp siapa??

tp ketahuilah bahawa tuan punyer blog ni hanya menjalankn tanggungjawab sbg umat Islam. Tuan punyer blog xnk dia dipersalahkn oleh kaum pengkid kerana tidak menegur(saham dosa) mereka semasa di dunia...x rugi pon kita tegur org even org tu xnk dgr...




[1]

Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



nmpk x?? manusia sentiasa dlm kerugian kecuali mereka yg beriman & beramal soleh & mereka yg berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan dgn kesabaran...


x perlu jadi ustaz/ulama/cikgu dll utk menyampaikn ilmu tp yg penting ilmu itu perlu berdasarkn sumber2 yg sohih

*aku minx maaf krn menggunakan ayt2 yg kasar...
*ni sumer ilmu yg aku dpt zaman skola dulu..
*andai ade salah dan silap tlg tego yer...
*aku x sokong sape2 ok??

Thursday, February 03, 2011

Isu Mesir

Mesir sana....Mesir sini....Mesir situ....
aku g mane2 pon isu Mesir yg dlm porak-peranda. Banyak dah blog2 ulas isu Mesir nih...dr yg popular smpi la ke blog2 yg ciput (cam aku nih)..td baru aku terbace 1 note kt FB...kt note tu ade letak link ke 1 blog nih...mmg xleh bla btol...serius korg kena bace dulu baru korg leh teruskn pembacaan post aku kali nih..[klik sini] & [sini]

Amacam?? ade ape2 komen??
gler ke hape?? time2 mcm ni still nk berpuak2!? kalo Kerajaan skrg nih adalah PAS n anak yg menulis blog tuh berada ke Mesir mcm mane?? nk melalak jugak ke kt Kerajaan PAS?? c'mon laa...skrg bukan mase tok berpuak2....Rasulullah S.A.W dulu jiran sebelah rumah Baginda tiap2 hari buang sampah depan rumahnya tp sikit pon Baginda x marah...malahan waktu jirannya tu sakit Baginda pergi ziarah..dgn keberkatannya jiran Baginda memeluk Islam..

nmpk x?? betapa mulianya Rasulullah S.A.W, same je dgn situasi skrg nih...
aku x sokong BN(Barisan Nasional) ataupun PR(Pakatan Rakyat)...bg aku yg penting individu tersebut...
bg aku selagi wakil rakyat tu Islam(Islam disini bermakna benar2 memahami ajaran Islam), ikhlas memperjuangkn hak rakyat dah cukup...Islam itu untuk semua..x kira bangsa,bahasa,warna kulit dan sbg nye... marilah kita renung2kn bersama....

*aku pon ade sedare keje kt Kedutaan Msia kt Mesir tu...setakat ni ok lg katenye...

Wednesday, April 21, 2010

2 ujian buat PR

2 PRK, Hulu Selangor & Sibu...
2 ujian yg berbeza bg PR...
Hulu Selangor utk mempertahankn kerusi...
Sibu utk memenangi kerusi dr BN...

moga berjaya meraih kemenangan...

Friday, February 26, 2010

bagaimane menghidupkn sunnah Rasulullah S.A.W kalo???

1. pemimpin sendiri x amalkn sunnah Rasulullah S.A.W??
2. mengharamkn ape yg halal & menghalalkn ape yg haram..

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Surah Ar-Rad ayat 11

ingat lah bhwa kita perlu memahami ajaran Islam itu sendiri sebelum kita mengajak org lain tok membina ummah yg mantap & berjaya...

contoh dah ade dpn mate....
bler lg kte nk sedar?? 

Monday, December 28, 2009

Ape cter disebalik Dewan kegunaan ramai kne runtuh kat Kota Damansara???

Berita Utama TV3

dewan yg menjadi tmpt aktiviti kemasyarakatan Gugusan Melati, Kota Damansara diruntuhkn..
menurut wakil penduduk kwsn tersebut hal tersebut bermula dr thun 2005 lg...
emel & surat telah dihantar ke MB Selangor, MPPJ ketika itu..
masalah tersebut turut dibawa ke mahkamah..
tiada sebarang balasan diterima oleh wakil penduduk...
namun ape yg menjadi persoalan kenapa lmbt sgt keputusan dibuat...
thun 2005 ke 2009 dah nk msuk 2010 bru dpt keputusan..
namun hanya sebahagian shj yg diruntuhkn hasil rundingan dgn pihak MPPJ dan wakil penduduk sblm kata putus dr pihak berwajib...

tggu cter dr makcik ak...tmpt kejadian dkt je dgn rmh makcik ak....

Monday, November 30, 2009

bila ada yg cuba melagakn ulama

MB klantan Nik Aziz berdoa supaya mase dpan Najib musnah??
ptot ke x ptot??

klo ikotkn mmg la x ptot....
tp kalo seseorg tu dah melampau...maksudnye menginaya seseorg maka x salahkn tok org yg terinaya tu tok berdoa...
bkn ke salah 1 doa yg Allah confirm makbul kn adalah doa org yg terinaya???
so kalo Najib x slah n x pernh menginaya Klantan selama ini ape nk tkot...
Tn Guru Nik Aziz tahu ape yg diucapkn dan menilai dr semua sudut...
beliau merupakn antara slah seorg tokoh ulama yg disegani di dunia ini...
ape jua tindakan beliau akn mendapat perhatian
dan x lari dr fitnah2 yg cuba untuk menjatuhkn beliau...
bler beliau ckp mcm tu jer ade jer yg cube memusingkn percakap beliau...
ade je yg salah anggap dgn segala perckapan dan tingkah laku beliau...

psal cter ade pihak cube menjatuhkn Nik Aziz dlm krajaan Klantan lak...
bg org Klantan ia x ubah cube memecah belahkn krajaan tu sendiri...
dan semmg nye ia dtg dr musuh2 krajaan PAS klantan...

rakyat Msia bukak la mate hati tu...gne kn akal sebaik mungkin....

Saturday, November 28, 2009

Selangor HARAMKAN PROGRAM BTN???

sronok gler...
xyah g program2 BTN....
menurut exco selangor...
kursus @ program2 BTN yg anjurkn 
memainkn peranan sbg alat Umno-BN & mempunyai unsur2 perkauman...

bg ak yg pernah ikot cramah BTN kat U mase sem 1...
yg mane wak2 tu ak amek sbjek Kenegaraan...
bg ak klo ikot logik akal...
cramah tu sptot nye berunsurkn akademik yg berkaitan...
cz sbjek Kenegaraan tuh lbey krg Sejarah jer...just detail lg...
nmun dr ak x minat dgr crmah tuh ak jdi minat lak sbb de sbot psal result PRU-12...
ape kaitan nye ngan sbjek ak tuh???

yg ak ingat de kate kat parlimen skang ni ssah nk buat rang undang2....
sbb pembangkang mkin rmai....
ape ke hal tuh??
lantak p la Adun2 n YB2 tu nk berdebat kat Parlimen...
bg ak seorg wakil rakyat yg bgus xkn bntah sesuatu cdangan yg baik samada dtg dr pihak pembangkang atau kerajaan...
asalkn bnde yg dicadangkan tu membawa kebaikan pd rakyat....

antare bnde yg hot skang ni kerajaan 2 parti (kerajaan campuran)
knape tmbul hal setelah diam skian lme???
dr cter yg ak dgr la....
bler tmbul balik cdangan ni...
pembangkang minx dr krajaan pusat tok pgang 2 kementerian...
2 kementerian tu adalah :
kementerian Kewangan & Pelajaran....
xtaw la pae jdi skang ni...
dua2 senyap...
sibuk dgn kes2 rasuah...
lpas tu sibuk dgn PRK kat kdah tu yg tggu kptusan mahkamah...
knape perlu bwak ke mahkamah klo da terbukti dgn sah & sahih....
klo ade skongan dr rakyat x lari kerusi tu....

pening2....ape nk jdi politik msia ni....

Saturday, September 26, 2009

kerajaan perak ape kesudahan nye???

dah lame kisah ni berlaku...
tp bru2 ni aku nk tergelak bler tgk berita...
exco pelancongan ke ape tah...
nk gazet kawasan burung2 yg dtg berhijrah kat perak sane...
hahahahahaha
=))

korg ni blaja undang2 ke x??
bdak f6 pon bleh jwb la....
fazren..ni nk test ko...
kalo nk menggazet kwsan or menguatkuasekn undang2 perlu bersidangkn??
sama ada parlimen or DUN kn3???
yg korg x bersidang camne la korg nk gazet kwsan tuh...
hadoiyai....
pening2...
yg mane 1 btol smpi la ni xtaw...
semasa 'pengambil alihan kuase' dr MB lme :
DUN x bubar...
Speaker DUN pon x dpt perkenan...

Lepas 'pengambil alihan kuase' :
sumer xde....
bajet nk bg duit kat bilal n siak pon xde...

P/S : SUK perak ker yg berkuase???

Tuesday, September 08, 2009

tahniah....

kelmarin ak bace harakahdaily....
kerajaan P.Pinang nk bg anugerah pd hufaz seluruh negeri itu...
Alhamdulillah....
sekurang2 nye usaha mereka menghafal kitab suci Al-Quran...

mengikut perkiraan ustaz2 yg slalu bg cramah kat masjid...
hmpir semua pertandingan membace Al-Quran dimenangi oleh...
bangsa Melayu x kire la dr Msia,Brunei,singapore or Indonesia
tp 1 jer la...kite ni takat bace jer hebat...
maksud ayat2 suci tuh 1 haram pon xtaw...
teringat aku time senior aku kat Sliss ( Abu Hafiz ) bace Al-Quran...
kompom siap ngan ekspresi muke skali...
mmg feeling gler tgk de bace...
bkn sajer2 de wat muker tp de mmg fham maksud ayat2 suci tu...

kalau la pemimpin kite mcm tu kn bgus...
dah kompom2 la undang2 Islam dijalankn...
kompom2 jgak la kadar jenayah turun...
sekaligus mewujudkn perpaduan...

P/S : knape x bg pakej pelajaran kat hufaz2 ni...kalau la hufaz2 ni boleh blaja
engineering or ekonomi Insya-Allah makin berguna mereka pd masyarakat...
sbb mereka boleh menjelaskn setiap perkara yg mereka buat berlandaskn
Al-Quran dan Sunnah...

Pages

NuffX