Showing posts with label U life. Show all posts
Showing posts with label U life. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Alhamdulillah...

Assalamulaikum  & Salam Sejahtera

11/1/2013, 5.00 ptg - tamat sudah final exam dgn paper terakhir adalah Teknologi Pembuatan, maka dgn itu tirai semester ini dilabuhkn secara rasmi.Jutaan Terima Kasih tidak terhingga kpd seluruh keluarga dan


roomates & housemates : Ezril, Juki, Amir, Adenan, Ezazul Fahmee, Paih, Wan, Bob Faiz, Kobe


geng mkn2 : Fahmi Hud & the gang
grup2 makmal 3 & 4 : Tam, Farid, Tasya, Syeri, Reehana, Mek & foreigners
grup material slection : Bob Kecik, Man
grup dynamics : Shafiq Ammar, Kak Siti, Yat
grup amalan 4 : Ecah Disket, Ecah
tq jugak kt kwn2 yg sudi mengajar sem ni Aiman & the gang...
moga korg sumer dekan sem ni... x lupa kpd barisan pensyarah semester ini... juga khusus utk Cik Mohd Hilmi Othman yg sudi menjawab soalan sy & memberikn slide even tgh bz study & presentation...jumpe lg sem depan....



so kebanyakkan pelajar degree ade yg dah habis exam awal.. ade yg baru habis mcm aku.. ade yg masih belum selesai... 

Ape pun


to all of you... 

jage diri time cuti ni... 

*In Sya Allah masa cuti ni akan dibahagi2kn masa utk meng-update blog seberapa kerap yg boleh selain mencapai MISI 2013... 

p/s : kpd mereka2 yg mengaku GAMERS... u should try THIS!!!

Wednesday, July 06, 2011

Korg MESTI ade kawan macam ni... [Part 1]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini aku nak bercerita pasal KAWAN. Hidup kita sentiasa memerlukan kawan tidak kira kawan sekampung, kawan sekelas, kawan sebaya dll. Tapi aku pasti korg semua mesti pernah ada kawan2 kat bawah ni...

1. Kawan yang suke ber-hutang

situasi diawal sem
aku : hutang print ko dah rm5.. campur sem lepas dah rm40++
kawan A : nanti laa... loan x masuk lagi kan??
aku : sesuke hati ko jer... dah la dari sem lepas lg ko x bayar...
kawan A : rilex laa dapat duit PTPTipu nnt ak bayar...

situasi dihujung sem
aku : hutang mane?? da lebey rm50 ni!!
kawan A : rilex laa.. ujung sem ni...
aku : kate dpt loan nak bayar!!?
*kalau bapak aku tuh tukang cop duit pon bukan bapak aku bagi duit tok ko berhutang la wei!!

2. Kawan yang mulut xde insurans...

kawan A : ko taw x si X tuh?? mulot pong pang pong pang...
aku : aku dah malas nak layan laa... lantak dia laa
kawan A : cakap nak bom jer.... bila buat habuk pon xde....
aku(dlm hati) : ko cakap macam ko PERFECT!!
*kawan makan kawan...

3. Kawan yang x reti nak hormat hak org lain...

situasi...

aku tertidur pada satu petang... bangun dari tidur aku duduk di beranda untuk mengambil angin... dalam keadaan mamai tu aku terlihat hanger baju aku berderet digunakan oleh org lain... aku masuk balik bilik untuk memastikan hanger aku ada ke x di dalam almari... SAH!!! memang xde!!! ciss!!!

malam tu...

kawan A : weh! aku pinjam hanger ko petang tadi
aku : x reti nak cakap dulu ker?? pakai sedap jer rembat!!

*aku nak rembat tok pinjam pon aku inform dulu kat member serumah/sebilik

3 jenis manusia ni mesti ade dalam hidup korg at least korg pernah ade, bagi yang belum berjumpa dengan kawan2 jenis ni korg mesti jumpa satu hari nanti... mungkin korg akan jumpe masa di universiti.. mungkin semasa zaman kerja...

aku mencari ramai sahabat bukan ramai kawan. Ajak kawan2 atau saudara mara yang terer ber-shuffle atau break dance jom ajak join F&N Biggest Dance Mob. Bagi yang suka ke konsert2 boleh ajak kawan2 jamming ke konsert INCUBUS!!

Thursday, May 26, 2011

Perdana Menteri Idaman aku.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan suasana politik hari ini aku yakin x lame lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan berlangsung. Dari keadaan sekarang aku berani kata sesuatu yang besar mungkin berlaku. Tidak kira sama ada diperingkat Negeri (Adun) atau Persekutuan (Parlimen). Namun entry kali ini aku nak share ciri2 Perdana Menteri Idaman aku...jom tgk kat bawah :

1. Islam
kalau ikut perlembagaan Malaysia Perdana Menteri haruslah berbangsa Melayu, TAPI bagi aku yang penting adalah agamanya. Kerana ISLAM ITU ADIL. Sekiranya PM itu fahami Islam dengan mendalam Insya-Allah dia boleh memerintah dengan baik. 
*contoh terbaik Tok Guru Nik Aziz & MB Kedah sekarang Ustaz Azizan Razak

2. Boleh jadi IMAM
yang ni PENTING!!! aku nak PM yang boleh meng-imam-kan solat...meng-imam-kan bacaan Yaasin & Tahlil...mengetuai dalam peperangan...bukan duduk kat belakang membiarkan orang lain meng-IMAM-kan....itu baru KHALIFAH --> pemimpin kena yang faham maksud KHALIFAH dulu baru boleh memimpin...
*kalau dulu Tun Abdullah (PM ke-5 Malaysia) boleh jadi IMAM nape PM lain xleh??

3. Melaksanakan Undang2 mengikut HUKUM SYARIAT
undang2 sedia ada adalah HUKUM yang ditulis & berlandaskan fikiran manusia, hukum yang manusia buat boleh dipertikaikan tapi HUKUM ALLAH S.W.T kite x boleh pertikaikan.
*member aku cakap : "walaupon kite ni x la baik sgt tapi aku nak tgk HUKUM ALLAH tu ditegakkan"

4. Sistem Ekonomi mengikut ISLAM
ekonomi yang bagus perlu berlandaskan pada hukum syariat. Pinjaman berlandaskan hukum Islam (bukan riba). kalau ekonomi rakyat terjamin xde la timbul cetak rompak, barang tiruan dll...
*Kerajaan Kelantan perkenalkan dinar emas tapi dipandang sepi padahal itu sistem Islam...

5. Perdana Menteri berpendidikan Malaysia
berpendidikan Malaysia kat sini bermaksud dari tadika sampai ke Ph.D belajar kat Malaysia & dibawah sistem pembelajaran Malaysia. Ini kerana aku nak PM tu tahu macam mana rasanya belajar dalam sistem Malaysia ni. Bagaimana rasanya bila student dijadikan bahan eksperimen dengan penukaran bahasa Melayu ke bahasa Inggeris kemudian nak tukar balik ke bahasa Melayu...buat banyak kursus2 baru kat IPT2 Malayisa tapi MQA x iktiraf kursus tu...x payah nak cakap kursus ape...korg boleh check sendiri kat MQA nyer website
*kalau pendidikan Malaysia ni dah cukop bagus nape YB-YB kat Msia ni x wat Master@Ph.D kat Msia jer?? accept for hal agama la sebab negara kita x banyak lagi ulama nak datang...

antara pemimpin yang aku kagum : Ahmadinejad
ini hanyalah pandangan aku jer...
aku nak taw gak korgnyer ciri2 PM idaman korg...
sape2 yang rase nak buat entry pasal ni silakan
kalau dah siap jgn lupe bagi link korg kat aku...
aku akan backlink balik entry korg...
sampai sini dulu...
see u HERE!!

*kawan aku dapat gaji by minit?? x caye?? jom tgk SINI

Friday, May 06, 2011

Sem 6 di UTHM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

selesai menjawab paper terakhir tadi ( programming computer a.k.a C )
maka selesai sudah semester ke-6 aku di UTHM...
setelah hampir seminggu meninggalkan blog kini aku kembali...

ececeh~~..ayat mukadimah.... giler panjang.... selesai sudah pengajian peringkat diploma bagi rakan2 sekelas aku...aku?? blom lagi...aku akan extend untuk 1 sem bagi mengambil beberapa paper yang tertinggal disamping me-repair 1-2 paper lain...

esok kesemua student2 final year nih akan bergembira & makan2 di rumah seorang lecturer kami Cik Alish...kemudian kami akan menggila di sepanjang jalan Bandar Bt. Pahat....

JOM TENGOK LIST2 STUDENT FINAL YEAR WAJIB BUAT :

1. Sesi bergambar kelas
yang nih mmg wajib la kn?? dari skola rendah bawak ke skola menengah smpi ke IPT mmg wajib...memula gambar SKEMA then CANDID time!!!!
*zaman dulu terhad sebab pakai kodak n camera....zaman sekarang...member2 pon dah ade DSLR...

2. Jamuan Makan2
yang nih pon wajib jugak...kalo boleh tiap2 sem nak buat kn??? yelah lepas ni makan mungkin sendiri2...makan dgn rakan sekerja@bos...makan dgn suami/isteri 
(sape yg kawen awal ek?? same2 la kite tggu kad undangan....)

3. Lepak/Shopping bersama
benda biase tp lepas masuk ALAM PEKERJAAN nih korg ade ke mase tok lepak2 ngan member2 korg?? lepas tu fikir pulak member2 yg jauh2 cam Terengganu, Kelantan, Sabah & Sarawak mmg komfom la nak jumpa setahun sekali pon susah..nak harapkan reunion?? agak2 korg la...paling cepat bape tahun baru dapat buat reunion?? xkn baru 2-3 tahun dah nak buat reunion kn?? komfom2 la 2-5 tahun pertama korg kerja tuh korg nak MANTAPKAN kewangan korg & kedudukan korg...tu belom pikir nak buat anak lg (bagi yang dah berkahwin)....so paling cepat pon aku rase ade la dalam 5 tahun...baru la korg nak buat reunion....

ni la 3 benda WAJIB buat bagi student2 final year...
kalau ade yg kurang korg boleh la tambah2 kat ruang komen bawah tu...



Thursday, April 21, 2011

SELESAI SUDAH....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

semalam, 20 April 2011 selesai sudah presentation Projek Diploma bagi student tahun 3 Mekanikal
mcm2 projek yang dibuat oleh student DDM & DDT
dari produk untuk kegunaan harian hinggalah produk untuk industri

jom layan gambar krn '1 gambar 1000 perkataan' --> btol ke ape aku cakap nih??

Group aku, Yusof & Hakim : Mototized Fish-Scaler

Group Amir, Amierull, Adnan & Fahmie (yg tgh2 tu supervisor dorg) : Long Jump Fault Detector

Group Mahfuz : water waste genarator

Abe Ih & Saypul : Mesin Pembuka Penyerap Hentak & Jek Hidraulik

Group Faiz, Akmal, Aisyah & Sahar : Penghasilan Gas Metana drpd Bahan Buangan untuk kegunaan bahan bakar

Group Chad, Xing Yi, Awie & Ijat : Vacuum Resin Infusion

Group Fahmi, Fattah, Shahrul & Zul : Mesin Penyejuk Buah

Group Noh, Yus, Apis & Ha ( yg tgh2 tu Supervisor dorg) : internal bearing puller  
jom tgk video lak :

 
*untuk video asal --> SINI

LINK ke Video Group Noh, Yus, Apis & Ha

Semoga semua terus sukses & cemerlang!!!

Berita Baik Buat UTHM

Assalamualikum & Salam Sejahtera

ade 2 berita gembira buat seluruh warga UTHM...
 
1. Seorang Pensyarah UTHM dari Jabatan Kejuruteraan Loji & Automotif, FKMP menang anugerah Artikel Terbaik Emerald ---> klik SINI untuk maklumat lanjut



2. Pasukan Kayak & Rowing UTHM a.k.a UTHM Paddlers merangkul 1 emas, 2 perak & 2 gangsa di Kejohanan Mendayung Dalam Dewan Terbuka Hong Kong ---> klik SINI
*kejohanan ni dah lame berlalu tp baru semalam keluar kat paper....

tahniah buat semua yang berjaya mengharumkan nama UTHM & Malaysia
bagi UTHM Paddlers semoga berjaya pada MASUM 2011....
bagi warga UTHM sama2 lah kita mendoakan kejayaan setiap pasukan, atlit & pegawai yang terlibat dengan MASUM 2011 selamat & berjaya dlm sukan masing2

*untuk jadual MASUM 2011 --> SINI
**kemuncak MASUM 2011 pd 18/6 - 30/6 2011 blogger2 yg nak buat liputan boleh la tgk jadual tadi..
**Insya-Allah aku akan join team Pencak Silat di UPM..so sape2 nak join aku kt UPM??

*peluang untuk menang KERETA --> SINI
*Ade lg peluang untuk MENANG iPhone 4 --> SINI
*Peluang MENANG iPad --> SINI 

Tuesday, April 19, 2011

MPP JALANKAN TUGAS KORG YER....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

just short entry...dan aku tujukan khas kepada MPP UTHM....

klik untuk zoom secara melampau...

korg perasan ayat last skali tuh??

yang ni...
sila ambil tindakan dengan segera...
kesian dgn student2 yg nak tggl kat KK Melewar tp xde transports sendiri...
bg yg ade motor & kereta mungkin xpe tp bg student2 yg mmg naik bus dari sem 1??

*aku x mohon dok Melewar tp aku pernah rase camne hidup tanpe transport sendiri...

Thursday, April 14, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Amir & En. Juzaimi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin, Selasa bersamaan 12 April 2011 adalah besday housemate merangkap kosmet aku...

AMIR BUDIMAN BIN AKHASAN

dan 10 April 2011 pula merupakan besday lecturer kelas Keusahawanan kami Encik Juzaimi
 so jom layan video yang ade ni


video2 lain boleh tgk kat ---> SINI

semoga dipanjangkn umo & dimurahkn rezeki.....

*korg nak hadiah jugak?? jom tgk SINI

Wednesday, April 13, 2011

Menghadapi Minggu2 yang menyeksakan.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

bagi pelajar2 IPT mcm aku nih hujung2 sem amat2 menyeksakan....
yela..report2 individu byk nak kena anta....
tu belom report tok group lg....
tambah pulak dengan mini projek yang perlu di-present...

bagi student2 final year mereka akan sibuk dengan 
PSM=projek sampai mam*** bg student degree
Projek Diploma bg student diploma
ditambah pulak dengan berita baik buruk yakni presentation perlu dibuat dalam study week
yang membawa maksud TAK BOLEH BALIK RUMAH!!!

reaksi student apabila mendapat berita baik buruk kat atas :

student yang tinggal Sabah & Sarawak : alaa..rilex laa...xyah balik....
student yang tinggal Semenanjung : fish btol laa.....grrr...baru plan nak balik....
student yang jarang balik : alaa...balik time cuti panjang laa...balik kejap2 watpe..penat ade laaa...
student yang selalu balik rumah : ouh!! fish glerr.....memang x sempat nak balik

ok2....sudah2 laa...aku faham korg semua tension kn??
dari korg terus tension memikirkan x dpt balik tuh....
baik korg beriadah...x caye?? Klik --> SINI
dapat jugak korg mengurangkan tekanan kat kepala tuh...

antara study & kesihatan korg perlu bijak untuk balancekan kedua2 nya...
yelaa...kalo korg sakit camne korg nak fokus tok study kan??
x caye?? korg bace kat --> SINI
see?? da cakap kn.....

stress

*renung2 kan dan selamat beramal

Sunday, April 03, 2011

Alhamdulillah...sayang ko...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

baru2 ni serabut pasal printer aku...
mane x serabutnyer...printer penting bagi aku...
nak print segala report, note, slide dll...
lagi2 kalo projek group sendiri...
mmg printer aku akan memberikan khidmat secara percuma...tu la untung group dgn aku...
selain berkhidmat dengan aku printer ni jugak merupakan sumber pendapatan aku...
dari sem 2 lg printer ni berkhidmat dengan aku...
smpi la sekarang ni dah sem 6...setiap ujung sem aku boleh la support aku beli meggi ker...
yang paling best aku beli kasut Reebok Premier Verona 2 harga rm420...

amacam?? ngamcam kn??

separuh dari duit tu datang dari printer aku....
brand yang aku pakai ni pon dah byk keluar model baru...
mase sem 3 aku beli brand yang same tapi model baru untuk abah aku..
sem 5 lak aku beli brand yang same tu pon model lagi baru....2x lak tu...
setakat ni alhamdulillah jarang printer brand ni meragam sangat...

sebab aku pilih printer ni :

1. 2 in 1 - printer & scanner
2. ink refill yang senang nak handle
3. friendly user

meh tengok printer aku yang hebat tu



Brother DCP-145C
model paling baru dah x pakai cable untuk print...
pakai wireless pulak....
semoga kau boleh terus berkhidmat dengan cemerlang ok!?
TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA-JASAMU....

*nak beli keyboard wireless Logitech 

Friendly game Pencak Silat UTM vs UTHM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kalau team Bola UTHM ada game di mini Stadium UTHM
UTHM vs KKPP
team Pencak Silat UTHM lain pulak citernya...
seperti yang aku citer pada entry lepas...
team Pencak Silat UTHM ke UTM, Skudai untuk friendly game...
hasil kerjasama kedua2 team U ini maka acara dapat dijalankan dengan lancarnya...

cukup la aku type sikit2...
tgk pic2 kt bawah ok??

buka gelanggang

warm-up sesi training

sesi latihan bersama

kerjasama UTM & UTHM

silat seni
warm-up bagi sesi friendly game 
Faris UTM 
taklimat 
wasit@jurulatih UTM 
sebelum masuk gelanggang 
sebelum lawan
cooling down
bergambar sebagai kenangan
candid

nantikan lagi gambar pada entry akan datang.....

*minx maaf la pakai cam henset jer...Aino 8.1mP
*team UTM pkai cam DSLR
*amek pic org jer..pic sendiri xde...wuuuuu

Friday, April 01, 2011

Ape kes nih!!?? bila April.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bila April
hati mula berkata...

lagu Fazley suatu ketika dulu....
apsal aku teringat plak lagu nih kn??
haih...bukan ape...
kita skang dah pun masuk bulan April...
aku bukan nak citer pasal April Fool or bagi idea2 untuk korg pedajal member2 korg...
INGAT!!! HARAM BAGI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HARAM MENYAMBUT APRIL FOOL!!!

klik--> sini

back to the real point...
tetibe member2 aku nak balik kampung...
minggu ni jer ramai yg nak balik kampung...
smpi blogger2 pon balik kampung...ape cer??
kebetulan la pulak arini 1/4/2011 sebab tu la aku teringat lagu tuh....
tetibe lak aku rase nak balik kampung jugak.....
tp mak x bagi.....

wuuu....(T_T)
sedey gler....

Bila April juga membawa 1001 maksud kepada semua student final year...
yang degree dengan PSM-VIVA nye...
yang diploma dengan Projek Diploma-Presentation nye...
*bagi student 1st & 2nd year prepare tok final exam lak...


*all the best 4 all my friends...

Persediaan MASUM 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

esok bersamaan Sabtu, 2 April 2011
team pencak Silat UTHM akan ke UTM, Skudai untuk friendly game
sebagai salah 1 langkah untuk memantapkan lagi ape2 yang patut...
ini juga bertujuan bagi memberi pendedahan awal kepada ahli2 baru..
selain menguji sejauh mana kemampuan setiap anggota pasukan bagi menghadapi MASUM 2011

fokus

dengar arahan

perbetulkan langkah

ready

fire!! hambek ko...

dengar penilaian dari jurulatih

semoga semua berjalan dengan lancar...

*doakan keselamatan & kejayaan kami...

Monday, March 28, 2011

Silent doesn't make you....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

1. Silent doesn't make you weak
berdiam tidak bermakna kita lemah, berdiam itu lebih baik bagi meredakan keadaan yang tegang..bila dah reda baru la kita bercakap.

2. Silent doesn't make you guilty
berdiam tidak bermakna kita bersalah, berdiam itu lebih baik bagi menjelaskan sesuatu perkara dalam keadaan yang tenang & akal fikiran yang waras.

3. Silent doesn't make you idiot
berdiam itu x bermakna kita bodoh dan yang banyak bercakap x semestinya bijak pandai.

orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap

4. Silent doesn't make you immature
berdiam itu x bermakna kita tidak matang, berdiam itu menunjukkan kematangan seseorang mengikut situasi.

5. Silent doesn't make you poor
berdiam itu x buat kita miskin pun, sebab dalam diam kekayaan pahala datang...

kata-kata hikmah : jika berdiam itu lebih baik, maka diamlah. Tetapi jangan sampai PENYAMPAIAN agama itu terbantut kerana "DIAM"nya anda..

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya"

prinsip : aku berdiam menunggu masa untuk.....

Thursday, March 24, 2011

Promosi Projek Keusahawanan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ok!! straight to the point....
entry kali nih nak promot bisness tok projek Keusahawanan....

Projek Ayam Percik & Chicken Chop Kampung Style [Group Fatah]

details :

ayam percik - RM 1.50
Chicken Chop - RM 3.00 (Inlcude Coleslaw & Mashed Potato)

Gambar hiasan

yang ni real!!!

*Kos penghantaran- 50 sen
*Waktu penghantaran 9.00mlm-10.00mlm
**pemberitahuan untuk tempahan akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui FB & HP

Contact Number untuk TEMPAHAN :


[0137904903-Azlizul]
 [0137469322-Are-Rule Shah]
 [0137560185-Ahmad Fattah]
[013-7912142-Hatim]
[017-7313363-Fahmi]

BANANASALAI [Group Ecah-Yuza-Mas-Ain]

details :
Rm1 sebatang
perisa :

>mexican chocolate'
>madagascar tropical
>brazilian honey
>vegas berry



tempat : pintu masuk kolej TDI, UTHM


ArtNoob [Group Noh-Izzat-Chad-Apis-Sahar]

see the poster for details :
sememangnya mereka amat pakar dalam bidang ini

*jom support mereka!!!
*Nama2 blogger telah di-link-kan ke blog mereka

Sunday, February 27, 2011

Gathering UTHM Blogger dgn Yuyu Zulaikha

Assalamualaikum & salam sejahtera..

kali ni nk share ngan korg sumer pasal gathering UTHM Blogger dgn Cik Yuyu (blogger yg makin pemes...)
ni la 1st time aku join gathering & 1st time jugak aku handle gath...
pergh...Admin UTHM Blogger sorg pon xde...
Yuyu da sentap dgn si  Sameon@Terompah Caring & Si Fairuz...
naseb si Efa & Iqbal Hakimi ade..terubat skit Yuyu dr ke-sentapan dgn Sameon & Fairuz...
wahahaha....ok2 jom tgk pic2 yg ade mase gath tu dulu....

 Yuyu(main guest), Efa & Sofi

Asraf@ayoi, ZulSyamin & Muiz

kt ats ni team yg dtg awl...

kt bawah ni pulak Team datang lmbt..wahahaha..guro2 ok...
 iqbal hakimi

salem

 dr kiri Azlizul@masterzul, Sharul & Fattah@Fatra turut memeriahkn majlis

kanan sekali Fahmi(blog ade tp x publish lg..tgh mencarik idea lg katenye...)

ini yg ade...yg baju kotak2 tuh pon masuk team lmbt dtg(sbb dtg lmbt : tetido) klaka2 jer dorg nih....
*Zulhilmi@2nd Zul

aku x reti nk cter lelebey...
aku minx maaf ats segala kekurangan mase gath tu...

*minx2 pasni Admin leh wat gath yg teratur...
*yuyu, sori psal gath yg x seberape ni...
*iqbal kte uncle Ben Ashaari nk trun johor..Admin leh la atur pertemuan dg uncle Ben lak...
*nk join gath ngan SB bler lak yer??



Pages

NuffX