Wednesday, December 28, 2011

Kucing Bace paper??? [WW]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera





Wednesday, October 26, 2011

Gitar bace buku?? [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


sampai putus tali gitar tu membace buku tebal2...

Thursday, October 20, 2011

Fakta Lelaki-Perempuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perempuan lebih cenderung berpuak2 berbanding Lelaki
Fakta ke Auta??


Wednesday, October 19, 2011

Promo Team [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


*7 sebab kenapa korg kena cuba Pizza TERHEBAT alaf ini!!!

Monday, October 17, 2011

Testimoni Jerslin Oil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ingat lagi pada entry WW yang INI?? mesti ramai yang tertanya-tanya mende ape la yang aku tunjuk nih kn?? kn?? Sebenarnye itu adalah Jerslin Oil yang mane boleh digunakan untuk merawat & mencegah pelbagai penyakit.

Senarai penyakit & cara penggunaan Jerslin Oil

*klik untuk zoom secara melampau
SAIZ & HARGA :
Size 30ml - RM 25.90
Dari kiri botol 50ml, 40ml, 20ml & 30ml
Size Botol 50ml - RM 45.00
Size Botol 40ml - RM 35.00
Size Botol 20ml - RM 25.90
Size Botol 30ml - RM 25.90 (beza harga adalah pada pembungkusan)

*HARGA TIDAK TERMASUK KOS POS

TESTIMONI PENGGUNA

1. Hamizan Mazlan, 21 tahun, sakit gastrik kronik


Hamizan minum setitis Jerslin Oil yang dicampur dengan air suam & sakit gastrik beliau semakin berkurangan.

2. Ezazul Fahmi, 21 tahun, (ayah beliau sakit gout)

"Bapa saya sakit gout sejak 2 tahun lepas sehingga memaksa beliau berhenti kerja. Namun, setelah ayah saya menggunakan Jerslin Oil selepas 3 hari beliau dah boleh berjalan. Alhamdulillah ayah saya kini boleh membantu emak saya berniaga"

Untuk pelajar sekolah mahupun IPT sakit gastrik, migrain, resdung & lelah mungkin perkara biasa. Namun kini anda boleh mencegah penyakit tersebut dengan JERSLIN OIL.

Pengalaman sendiri 

Aku sendiri mengalami resdung yang kronik dah macam2 ubat yang aku cuba, hampir setiap pagi aku selsema & bersin. Namun, setelah mak aku perkenalkan Jerslin selsema & bersin semakin berkurangan & hampir tiada. 

Pengalaman kawan (perokok tegar)

Pada bulan puasa yang lepas kawan aku dari KL turun ke Bt. Pahat atas beberapa urusan dengan pihak universiti. Kemudian pada malam tersebut dia mengadu sakit dada dan meminta aku menghantar ke hospital sekiranya sakit itu berlanjutan. Aku hulurkan Jerslin Oil untuk dia cuba, Alhamdulillah dia dapat tidur dengan nyenyak sehingga ke pagi.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati  
-sabda Rasulullah s.a.w
Jika berminat boleh hubungi di :

1. No. HP : 013-7912142
2. crcrew.002@gmail.com

*Iklan Blog* --> Blogger comey ni tlg promot gak Jerslin Oil nih... hehehe

*Buat peminat Hannah Tan

Thursday, October 13, 2011

Kenapa Mesti 6??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kesian nombor 6 sebab menjadi mangsa maki hamun kerana cukai 6%...

Sumber idea --> SINI

*Peluang belajar di Australia!!! Maklumat lanjut di sini

Fakta Lelaki & Perempuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah fakta LELAKI & fakta PEREMPUAN yg lalu, minggu ini kita campurkan sekaligus la ye...
Perempuan berjalan sambil berpegangan tangan member perempuan itu NORMAL...
Lelaki berjalan sambil berpegangan tangan dengan member lelaki itu TAK NORMAL...
renung2kan dan selamat beramal...

*Meet the BEST dancer in the World!!!

Wednesday, October 12, 2011

No COW??? [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jom gugel ramai2...


Thursday, October 06, 2011

Soalan & Jawapan YANG BODOH [ST]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Soalan :

HUDUD Wajar atau Tidak??

Jawapan : 


*Hilang respek aku kat Heliza dengan jawapan dia yang macam tu...

*Iklan Blog* --> Blogger beri SEBAB girl yg CUN+COMEL single-mingle
*Jom tengok 5 YouTuber Malaysia paling femes...

Wednesday, October 05, 2011

Walaupun iPhone 4s keluar....

Assalamulaikum & Salam Sejahtera


renung2 kan & selamat membeli.... hehehe

*Are you creative enough?? Test it HERE

Tuesday, October 04, 2011

Dear All Reader...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekian lama blog ni tidak di-update, aku mohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana tidak dapat update entry2 baru buat masa yang terdekat ini. Atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan maka berkemungkinan blog ini mungkin tidak dapat di-update melainkan entry seperti Wordless Wednesday [WW] & Spontaneous Thursday [ST]. Buat follower blog ini anda boleh mengikuti update yang WordLess & Spontan di blog ke-2 aku -->
my 2nd blog 

*klik banner untuk ke sana...

Memandangkan praktikal a.k.a Latihan Industri aku selama 10 minggu maka blog ini mungkin akan terabai dalam jangka masa tersebut. Maka, update di sana mungkin lebih mudah kerana ringkas & cepat. Blog ke-2 itu bukan penghalang untuk mengupdate blog ini tetapi atas faktor2 masa, ruang dll.. aku memilih untuk mewujudkan blog tersebut. Akhir kata TERIMA KASIH tidak terhingga kepada semua follower & pembaca blog ini.

*Berita baik buat kaki BOLA... Menangi tiket EURO2012 kat SINI

Thursday, September 29, 2011

Fakta Tentang Lelaki [ST]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lelaki dan sifat GATAL memang tak dapat dipisahkan....
*Senarai Kedai Teh Tarik paling SEDAPPPPP

Wednesday, September 28, 2011

Minyak 1001 Guna [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tuesday, September 27, 2011

Pencapaian Pasukan Pencak Silat UTHM di Piala TPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika pada entry lepas aku berkongsi pencapaian pasukan Malaysia di Piala TPM 2011 kali ini aku ingin berkongsi pencapaian pasukan Pencak Silat UTHM di Piala TPM 2011. Kepada warga UTHM inilah barisan yang telah mengharumkan nama UTHM di Piala TPM.


Pingat PERAK

Mohd Firdaus bin Azam - Jurus Tunggal Putera

Pingat GANGSA

Mohd Syafiq Mohd Suri - Jurus Wajib
Hisyamuddin Tahir - Jurus Wajib
Muhammad Aizat Azman - Jurus Wajib
Nur Hanizah Zaini - Kelas D Puteri
Faisal Salleh - Kelas G Putera
Mohd Farid Mohd Khalid - Kelas D Putera

Suku Akhir

Muhammad Al-Fahmin bin Md Adnan
Mohamad Amin Assraf bin Mat Ayob
Mohd Faizul bin Sarif
Hafiz Aizat bin Ali
Nurul Huda binti Arifin

Terima Kasih kepada semua pesilat2 UTHM yg berjuang sehabis baik. Saya selaku wakil pasukan Pencak silat UTHM mengalu-alukan penyertaan ahli baru sekiranya berminat boleh hubungi : 

Rodiah : 013-294 0388 
Huda : 017-533 6680
Farid : 013-716 5256
Syafiq : 013-211 8492
barisan pesilat UTHM
*The SMARTEST phone among smartphone!!!
*The BIGGEST deal for BB@BlackBerry user to be!!!

Saturday, September 24, 2011

Senarai Pesilat Malaysia & pingat yang dimenangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mungkin ramai yang dah sedia maklum Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2011 telah pun berlangsung dari 14-20hb September 2011. Sila rujuk entry INI & INI untuk refresh promo di blog ini. 

Terima kasih kepada Edie Triggy & BroFramestone yang sudi singgah sebentar, aku mohon maaf kpd mereka ber-2 kerana tidak dapat melayan mereka disebabkan tugas2 sebagai pengurus pasukan. 

Terima kasih juga pada Edie sebab tolong updatekan status di FB & Nuruldotdot sebab tolong pinjamkan wi-fi UTM kepada aku. Sebenarnya aku berniat untuk update keputusan pertandingan setiap hari namun disebabkan line berukben di Kolej Siswa Jaya tidak berapa elok ditambah pula kepenatan akibat tugas2 sebagai pengurus maka aku memutuskan untuk membuat entry keputusan penuh pertandingan.

Berikut adalah senarai pesilat Malaysia mengikut pingat -->

Pingat EMAS

Olahraga

Putera : 
1. Mohamad Ridduan Abdullah - Kelas A
2. Ahmad Zeeyadi Zahalani - Kelas B
3. Amir Ikram Rahim - Kelas D
4. Rawi bin Isa - E
5. Hamdan bin Zakaria - Kelas H

Puteri :
6. Zaiton a/p A. Koang - Kelas A
7. Nurul Jannathul Atiqah - Kelas C
8. Siti Zubaidah bt Che Omar - Kelas E
9. Siti Khadijah Hassan - Kelas F

Silat Seni

10. Hilmi Asmawi Zakaria - Jurus Tunggal Putera
11. Mohamad Azam bin Mokhtar - Regu Jurus Wajib Putera
12. Muhamad Farhan Ismail - Regu Jurus Wajib Putera
13. Muhamad Aminuddin bin Elias - Regu Jurus Wajib Putera
14. Syahidah Atiqah bt Saarin - Regu Jurus Wajib Puteri
15. Sharifah Norhafizah Syed Azhar - Regu Jurus Wajib Puteri
16. Faiznoraini Omar - Regu Jurus Wajib Puteri

Pingat PERAK

Olahraga

Putera : 
17. Mohamad Faizul Mohd Nasir - Kelas B
18. Mohd Izzudin bin Said - Kelas G
19. Mohd Redhoudin Mohd Mustakim - Kelas I

Puteri : 
20. Nurdiyana bt Mohamad - Kelas D

Silat Seni

21. Solihin bin Abu Hassan - Ganda Putera
22. Ataullah bin Anas - Ganda Putera
23. Amida bt Amaran - Ganda Puteri
24. Norzita bt Said - Ganda Puteri

Pingat GANGSA

Olahraga 

Putera : 
25. Muhammad Shahir Zulkarnain

Puteri :
26. Partini Sarikin Sari Adnan

Silat Seni
27. Nurul Syahidah binti Hisyamuddin


Jumlah keseluruhan 12 Emas, 6 Perak & 3 Gangsa bagi pasukan Malaysia. Insya-Allah aku akan update pula pasal pencapaian team UTHM. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sokongan & mendoakan untuk team Malaysia.

*Uji kreativiti korg di SINI
*Bosan dengan FB?? Jom join kat sini pulak...

Thursday, September 22, 2011

Merdeka Cara UTHM [WW]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




*main GAME secara online & anda berpeluang menang RM100,000!!!
*Berita BAIK untuk pengguna BB@BlackBerry

Kuasa Wanita [ST]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Secomel-comel wanita jangan disangka lemah --> BUKTI!!!

*Filem mesti  TONTON!!! setanding dengan ONG BAK
*iPad 2 untuk di menangi SETIAP HARI!!! --> klik untuk maklumat lanjut

Wednesday, September 21, 2011

Barisan Pesilat Malaysia & UTHM di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

inilah barisan kita
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA PADA SEMUA YANG MENYOKONG PASUKAN MALAYSIA!!!!

Thursday, September 08, 2011

Focus on... [Spontaneous Thursday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

tatkala pelajar2 diploma lain sibuk mempersiapkn diri bagi menghadapi test 2, final report & final exam aku pula lain ceritanya...
KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA
PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tempat : Times Square, Kuala Lumpur
Tarikh : 14-20 Sept 2011
semua dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan...

*Fakta TERBARU di SINI!!
*5 Tips meransang LELAKI
*tentukan yang mana lagi sedap... Ketupat atau LEMANG?? 

Wednesday, September 07, 2011

Persiapan Kejohanan Pencak Silat Piala TPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ketika orang lain masih sibuk dengan mood raya sambil bekerja, aku & team member lain pula sibuk dengan persiapan untuk Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri yang akan berlangsung minggu depan.

block baju
hasilnya...
training pagi...
training petang
doakan kami semua berjaya ye kawan2...

Thursday, September 01, 2011

Kebiasaan yang Menyedihkan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2 benda yang sinomin dengan Raya adalah KEMALANGAN & PUTUS JARI... 
*ingatlah orang yang tersayang...

 

Wednesday, August 31, 2011

1 Syawal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


*Iklan Blog* --> Syasya & Liyana blogger CUN!!!
*Tips untuk mereka yg kaki ONLINE!!!

Monday, August 29, 2011

Analisis Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kita semua masih bernafas di hari ini. Esok atau lusa seluruh umat Islam di dunia akan meyambut Syawal dengan air mata, air mata kegembiraan kerana berjaya mengharungi Ramadhan & air mata kesedihan kerana Ramadhan telah berlalu. Jom analisis Ramadhan -->

1. Solat terawih : 8 rakaat @ 20 rakaat?? tiap2 malam pegi x??

2. Al-Quran : khatam?? berapa juzuk habis?? lepas ni bace ke x??

3. Qiamullail : bulan x puasa buat x agak2??

4. Sedekah : lepas ni terus bersedekah x??

5. Mulut : lepas ni nak sambung mengumpat?? memfitnah?? mengata??

6. Aurat : lepas ni nak pakai seksi2 lagi ke?? bulan puasa je ke nak tutup aurat??

7. Solat : cukup ke x lepas ni?? on time ke x??

cukup la setakat ni. Entry ini adalah untuk memperingati diri sendiri & pesanan buat rakan2...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...

*Iklan Blog* --> Blogger ni bagi SOLUTION Basuh Berak kalau TANGAN PATAH...
*Semangat Merdeka ke Raya?? Pastikan Raya anda MERIAH dengan DJ ERA

Saturday, August 27, 2011

Pemenang KONTESS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

berikut adalah PEMENANG Kontess : Apa Motif??

Johan : Fyda Deon
Hadiah : Topup RM10 & Hadiah misteri (akan dipos kemudian)
Tempat ke-2 : Syasya
Hadiah : Topup RM10 & 5 entry terbaik dari blog akan dipromot
Tempat ke-3 : Liyana
Hadiah : Topup RM5 & 3 entry terbaik akan dipromot

Sila emel maklumat diri ke crcrew.002@gmail.com

1. nama penuh/blog
2. no hp untuk ditopup
3. Alamat/entry terbaik untuk dipromot

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA FOLLOWER blog Kaizen!!!

Thursday, August 25, 2011

Belajar dari Kesilapan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semua MANUSIA pernah melakukan kesilapan, sama ada berpunca dari DIRI SENDIRI mahu pun atas faktor2 yang lain.. NAMUN apa yang penting adalah apa yang kita BELAJAR dari Kesilapan...
untuk renungan bersama...

KONTESS akan ditutup tepat jam 12.00 mlm ini...

*Iklan Blog* --> Blogger ni suruh pilih ANTARA Kawan & Kekasih

Wednesday, August 24, 2011

Kompilasi Puasa & Raya versi WW

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


2-in-1
jangan memandu melebihi had laju nanti...
kantoi... ni la sebab utama perlu memandu mengikut had laju...
sampai dah x larat nak kire...
jangan x cukup tangan lak time raye....
KONTESS akan ditutup pada 25/8/2011 tepat jam 12.00 pagi

Senarai Peserta : 


*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap zaman sekolah kite semua MESTI ade ni...
*Tips : mengunyah sesuatu boleh menghilangkan mengantuk ketika memandu
*Pastikan Rumah terbuka anda meriah dengan ERA!!

Monday, August 22, 2011

Bahaya JIKA Membawa Penumpang/Muatan Berlebihan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni aku nak mengingatkan semua PEMANDU diluar sana bahaya jika anda membawa penumpang/muatan berlebihan. Biasanya jika pulang ke kampung halaman masing-masing, banyak buah tangan yang dibawa untuk kaum keluarga & sahabat handai. Perkara yang sama berlaku ketika anda mahu pulang ke rumah sendiri pastinya banyak bekalan atau buah tangan dari keluarga & sahabat untuk anda sekeluarga. Ketika ziarah menziarahi ada juga yang sanggup bersesak-sesak didalam satu kereta dengan alasan "nak jimat minyak...". Namun tahukah anda bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan?? jom tgk senarai bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan

1. Penyerap Hentakan a.k.a Shock Absorber

fungsi shock absorber adalah membantu pengendalian kereta & brek, selain memberikan pengasingan munasabah kepada penumpang dari bunyi bising jalan, bonggol & getaran agar selesa. --> SUMBER

sekiranya penumpang/muatan yang dibawa melebihi had, pemendapan shock absorber akan berlaku sekaligus mengakibatkan kenderaan tidak stabil

2. Tayar --> mudah panas & kemungkinan PECAH 80%

3. Kelajuan --> Sukar dikawal jika dipandu mlebihi 80km/j

4. Brek --> akan menghadapi masalah akibat momentum dari graviti terlalu tinggi

5. Stereng 

Sukar dikendalikan kerana BERAT & mudah hilang kawalan ketika mengambil selekoh
selain itu penumpang/muatan berlebihan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan dari jumlah yang sepatutnya. Semoga perjalanan anda sekeluarga selesa & selamat!!! 

*Iklan Blog* --> Blogger ni nak berkongsi AKSI-AKSI di MESIN ATM [18SX]

Thursday, August 18, 2011

Blog Lelaki VS Blog Wanita [Spontaneous Thursday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Orang kate Blog Lelaki kuat pada entry/penulisannya, tapi Blog Wanita kuat pada apa ya??
Entry ni bukan nak melancarkan perang mahupun mencari kontroversi cuma ingin bertanya pada anda semua...
*aku mengharapkan jawapan terbaik dari kalian semua di ruang komen

Kontess masih berlangsung 

*Iklan Blog* --> Blogger ni nak kenalkan kat korg MUSUH ISLAM paling besar dalam sejarah!!!
*Perempuan suke tips kelihatan cantik tapi lagi suke SHOPPING kot... hehehe

Wednesday, August 17, 2011

Lelaki Pilihan Wanita Se-Malaysia [Wordless Wednesday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini adalah BUKTI kepada entry Spontaneous Thursday yang lepas

sumber : Berita Harian
Kaum Adam diluar sana, anda mungkin kalah jika bersaing dengan 'mereka' yang di dalam gambar...

Kaum Hawa renung-renungkan yer....

PENGUMUMAN MENGENAI KONTEST!!!

setakat ini hanya ada 2 perserta bagi Kontess DUIT RAYA anjuran aku jadi peluang untuk memenangi DUIT RAYA masih terbuka bagi semua yang berminat untuk menyertainya. --> KLIK SINI

Yang dah menyertai :


*Iklan Blog* --> Blogger ni nak ajak sembang pasal LOVEY-DOVEY & logiknya

Tuesday, August 16, 2011

Bila Fida jawab Isu peluk Iqram Dinzly

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida artis bertudung yang popular menerusi lakonan dalam drama Kasih Alia, ramai peminat meletakan Fida antara ikon muslimah sebaris dengan Wardina & Heliza. Namun semalam persepsi aku terhadap Fida berubah kerana kenyataannya pada akhbar Kosmo memang tidak boleh diterima. 


Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.
Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat.
"Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar.
"Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain," ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya. --> Kosmo
Jika Fida mengatakan yang adegan peluk bersama Iqaram tu spontan aku tak boleh nak komen apa2 sebab itu antara dia, Iqram 7 Allah s.w.t jer yang tahu tapi pasal hukum bersalam dengan bukan muhrim ni aku kesah.

nampak tak jawapan yang diberikan Fida?? bagi aku tiada istilah mengaibkan lelaki kerana kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam seharusnya artis lelaki yang beragama Islam tahu bahawa haram hukumnya lelaki & perempuan bukan muhrim bersalaman. Tambahan pula aku rasa bangsa-bangsa lain juga menghormati pendirian kita sekiranya tidak bersalaman dengan mereka. Tiada hadis Rasulullah s.a.w mahupun firman Allah s.w.t menyatakan boleh bersentuh lelaki & perempuan bukan muhrim melainkan keadaan darurat seperti peperangan atau perubatan.

Wardina & Heliza tidak pula bersalaman dengan lelaki bukan muhrim boleh berjaya dalam bidang masing-masing, jadi dimana perlunya bersalam dengan lelaki bukan muhrim?? Sesungguhnya aku pasti ramai peminat Fida kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Fida seolah-olah beliau memandang ringan hukum-hakam Islam. Memang kita kadang kala perlu menghormati pihak yang satu lagi tapi kita perlu bertegas kerana menjaga maruah diri sebagai muslim/muslimah.

Aku memuji Fida dalam membawa watak Kasih@Alia dalam drama Kasih Alia kerana perwatakan muslimah sejati yang menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki & perempuan bukan muhrim jadi mengapakah di dunia realiti Fida tidak boleh mengekalkan perwatakan sebegitu??

Aku bukan alim ulama untuk menentukan atau menjatuhkan hukum pada sesiapa namun aku meluahkan pandangan aku dari apa yang aku belajar semasa sekolah dulu. Aku percaya jika ustaz-ustaz yang lebih pakar pasti mereka mempunyai jawpan masing-masing berlandaskan hadis-hadis dan nas-nas yang sahih.

Aku harapkan Fida tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam seperti kes ini. Dan aku mendoakan semoga Fida diberikan hidayat & petunjuk dari-Nya... amin......

*aku harap Solihin Zubir & Izamir Ridzwan boleh ulas pulak hal ni...

Tips Penjagaan Tayar Kereta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya yang bakal tiba x lama lagi aku nak berkongsi tips penjagaan tayar kereta. Penjagaan tayar penting bagi memastikan keselamatan perjalanan ketika panas & hujan.

1. Jangan gunakan TAYAR BERBUNGA HALUS

tayar sebegini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek & kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan basah, kenderaan mungkin terbabas atau melompat dari air ketika membrek & menyukarkan kawalan pemanduan.

2. Pastikan TEKANAN Tayar 

Tekanan yang rendah boleh menjejaskan kekuatan tayar manakala tekanan terlalu tinggi akan menyebabkan sesuatu di luar dugaan dalam kawalan. Periksa tekanan tayar 2x sebulan dalam keadaan sejuk. Tekanan tayar yang betul juga boleh mempengaruhi penggunaan minyak kereta.

3. Jangan GABUNGKAN tayar 

Jangan sesekali menggabungkan tayar dengan jejari & tayar tanpa jejari kerana pada kelajuan tinggi ia boleh menyebabkan ketidak stabilan & kenderaan hilang kawalan.

4. Skru tayar

Pastikan skru dipasang dengan betul & tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka dengan pembuka tayar biasa sekiranya skru diketatkan menggunakan mesin pembuka tayar udara.

Tayar gantian juga perlu diperiksa TERUTAMA bagi perjalanan jarak jauh. Selain daripada tips-tips diatas anda boleh rujuk di SINI untuk lebih lanjut. 

kalau korg ade tayar macam ni jer korg tak perlu risau... -- SUMBER
Jangan lupe Join SINI kalau nak DUIT RAYA
*Like Fan Page kalau sudi
*Iklan Blog* --> Blogger ni meluahkan perasaan bagi INSAN yang BERTUDUNG
*Servis PERCUMA dari Proton --> tertakluk pada terma & syarat2

Saturday, August 13, 2011

Dah cakap JANGAN tapi BUAT jugak....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ini untuk mengingatkan diri serta rakan2 blogger, rasanya dah ramai blogger otai pesan benda yang sama tapi still ada blogger yang buat jugak...

1. Music di blog

nak letak lagu pada blog masing-masing memang tak menjadi masalah aku tapi 
pastikan music player anda -->

1. boleh di-Pause/Stop
2. terletak di tempat mudah dilihat untuk di-Pause/Stop sekiranya reader merasakan lagu pilihan anda membuatkan mereka terganggu

2. Cursor 

kebiasaan cursor yang fancy ni di blog2 kaum Hawa, dengan tulisan keliling cursor, blink2 pada cursor,
pastikan cursor anda -->

1. tidak menggangu pembacaan reader
2. tidak menyukarkan reader untuk klik pada 'Post a Comment' & link2 lain

3. Efek melampau 

juga biasa kelihatan di blog kaum Hawa, efek salji/bintang turun bagai pemandangan yang indah ni buat semak & mengganggu pembacaan reader blog anda.

4. Gambar

bagi blogger yang sedang berkasih-sayang atau dalam istilah mudahnya ber-couple elakkan meletakkan gambar2 anda beramas-mersa di side bar blog kerana sesetengah reader (terutama aku) geli geleman tengok korg mcm tu...

Sampai sini dulu ye kawan2 harap2 entry ini membantu anda dalam berblog....

JANGAN lupe join SINI kalau nak DUIT RAYA

*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap Chubby & Gemok tu berbeza!!!
*Pastikan korg mekap kereta lawa2 baru la ade chance nak iring Diana Danielle kat SINI

Thursday, August 11, 2011

Bila Bekas Awek MENANG Ultimate Teen Choice's Award

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ape perasaan anda bila BEKAS gf/bf korg menang anugerah besar2?? aku boleh bayangkan yg korg tengah menonggeng macam ni --->


kot ye pon korg nak frust menonggeng buat la kat bilik bukan kat tempat awam yerr... meh tgk video BEKAS awek aku menang Ultimate Teen Choice's Award 2011


nape la dia x sebot name aku time dia terima anugerah tu.... wuuuu.....

Sape nak DUIT RAYA?? --> Klik SINI

*Iklan Blog* --> Blogger ni ade Tips nak dapat BANYAK Like/Comment kat Facebook

Antara Hidup & Mati [Spontaneous Thursday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Life is HARD, Death is EASY... it's your choice... 
*jangan korg mati pun menyusahkan orang lagi dah laa...

SAPE NAK DUIT RAYA sila ke SINI

*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap SETIAP HARI ADE WARNA RASMI
*Peluang DATE dengan Diana Danielle & Yasmin Hani & pastikan korg ade Rm10k baru ade can korg nak mengorat dorg....  

Wednesday, August 10, 2011

Apa Motif?? [Wordless Wednesday]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ingat lagi entry semalam?? kan aku ade janji nak bagi duit raye... so kat bawah ni syarat2 untuk korg merebut duit raye dari aku :

1. Buat 1 entry (tajuk BEBAS)
2. Copy gambar di atas 
3. berikan jawapan kepada soalan Salesman tu "Pelik juga mesti ade motif tu!"
4. Jawapan hendaklah BERLAINAN dari karya asal
5. Linkkan pada entry ni
6. Dah siap publish jangan lupe tinggalkan link di entry ni

Penilaian :

1. Jawapan WAJIB berdasarkan LOGIK diikuti kretiviti
*berikan apa MOTIF cadangan Kelab Isteri Taat pada pandangan anda
2. Tiada had untuk panjang penulisan & bagaimana cara anda menulis jawapan (sama ada point by point atau esei)

Juri

Sekiranya peserta melebihi 20 orang kemungkinan aku akan meminta bantuan beberapa rakan blogger untuk membuat short list blog yang memberikan jawapan yang memuaskan. 
Keputusan akhir di tangan aku
Semua keputusan adalah muktamad & sebarang pujuk rayu tidak akan dilayan.

Hadiah

memandangkan aku nak bagi duit raye kat korg semua jadi wajib la aku gunakan duit sendiri...
al-maklum laa blog aku x femes/hebat untuk dapat sponsor dari mane2 pihak...

Tempat Pertama
Topup Rm 10 + Hadiah Misteri

Tempat Ke-2
Topup Rm 10

Tempat Ke-3
Topup Rm 5

*sebagai seorang student yang x berkerja kire tinggi la kn aku bagi duit raye ni kn?? hehehe

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 25hb Ogos 2011

*berkemungkinan akan ada 1 lagi kontest untuk korg semua bergantung pada sambutan kontest kali ini
*Proton nak bagi servis kereta PERUMA!!! sape xnk benda free??

Tuesday, August 09, 2011

Sesi TERJAH MENERJAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah follower blog yang x seberapa ni ah cecah 400++ dan kali ni aku nak meraikan follower ke-300 & 400 sekaligus. Jom terjah Blog dorg...

300th



400th



Special Promote BLOG


Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua follower dari 1-400++ sekarang kehadiran anda sekalian ke blog ini amat2 dihargai apatah lagi bila anda memberikan idea/nasihat di ruang komen yang membantu menjayakan blog ini sehingga ke tahap ini.

PERHATIAN!!! Ada sebahagian besar follower yang aku x dapat nak jejak blog anda kerana di profile Blogger anda tidak menunjukkan link ke Blog anda jadi bagi memudahkan aku.. korg boleh ke ENTRY INI untuk letakkan link korg supaya aku boleh terjah menerjah blog korg.

Juga jemput ke Blog yang aku uruskan dgn Cik Yana (bukan Yana artis kat atas tu yer...) 


Selain itu sempena nak raya ini aku akan mengadakan Contest untuk bagi duit raya kat korg... untuk itu ESOK entry Wordless Wednesday aku akan berikan syarat2 korg untuk menyertai contest ok??

*Iklan Blog* --> Blogger ni nak share TIPS PERSIAPAN PERKAHWINAN
*Iklan Blog* --> Blogger ni pulak bagi hint KIASAN Wanita bila MERAJUK --> bagus tok boyfriend2 kat luar sana....
*Raya x meriah kalau korg xdpt duit raye Rm10k & korg tak guna kereta yang jimat minyak ni...

Monday, August 08, 2011

Adab-Adab ketika di Bazar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
ihsan : gugel jer....
Bazar Ramadhan sememangnya sering menjadi tumpuan tidak mengira bangsa kerana ketika inilah pelbagai juadah dari serata tempat dapat kita lihat sampai rmabang mata untuk memilih. Namun bukan isu makanan yang aku nak ceritakan hari ni tapi ADAB-ADAB ketika berada di bazar Ramadhan.

1. Pakaian

perkara yang pertama aku ingin sentuh adalah PAKAIAN tidak mengira lelaki mahu pun perempuan. Sempena bulan yang mulia ni hormat la orang disekeliling anda. Puasa bukan setakat menahan lapar & dahaga tapi

MATA perlu dijaga dari melihat perkara2 yg x sepatutnya
MULUT perlu dijaga agar tidak memfitnah & mengumpat
TELINGA perlu dijaga dari mendengar perkara2 yang melalaikan

kaum Hawa yang nak pakai seksi2 pakai kat rumah dah laa...korg dah la x tutup aurat(dosa) ni korg nak share pulak dosa korg dgn ktorg ni...
*kesian kat ayah, abang & adik lelaki korg...

2. Beratur ketika membeli

sememangnya kadang kala kita ada kedai yang popular kerana keenakan makanan mereka sampai ramai yang berkerumun & berebut2 untuk membeli makanan. Kadang kala peniaga sendiri pening mana satu yang datang dulu mana satu yang datang kemudian. Dalam hal ni kena la jujur & saling hormat menghormati even korg kenal tuan kedai tu jangan pikir korg boleh potong line sesuke hati mak bapak korg... ingat orang lain yg penat menunggu tu...
*aku mmg panas tgk org potong2 line nih...nak kena suruh beratur & amek no giliran cam kat hospital ker??

3. Motor & Kereta

ni lagi satu kaum yang tak reti hormat orang lain... dah tahu bazar tu sesak jangan la sesakkan lagi bazar dengan motor/kereta korg tu... sayang sangat ke kat motor/kereta sampai x boleh nak turun jalan kaki sekejap untuk beli makanan... ke korg nak tayang motor/kereta korg kat orang ramai yang datang bazar tu??
dah la bawak motor/kereta tengah2 orang ramai selamber badak korg jer park dekat2 kedai turunkn tingkap then "Bang!! kuih apam singgit!!"
*kalau aku jadi peniaga tu komfom aku x layan...

sampai disini dulu ye kawan2...next time ade rezeki aku sambung lagi...

*Korg kaki online?? pelan hebat internet ni untuk korg....

Pages

NuffX