Sunday, May 29, 2011

Himpunan Belia ke Himpun tok GUNAKAN Belia??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan 1 Juta Belia di Putrajaya tadi(Sabtu) telah dirasmikan... TAPI aku memang x puas hati giler laa.... siyes aku tengok berita TV3 tadi memang aku menyirap jer...YB cakap ape?? cuba korg ingat balik... yang pergi Putrajaya tadi xkan korg dah lupe kot...baru jer bape jam... 

aku malas nak cakap sebab nanti aku kena saman lak... tapi semua BELIA yang hadir tadi telah di-PERGUNAKAN secara tidak langsung... sesungguhnya itu adalah cara orang yang amat2 terdesak untuk mempertahankan kuasa & jawatan dia... 

belia?? belia tinggal belia... korg yang x dapat ape...puas, penat & menghabiskan duit?? itu yang korg dapat?? dia?? dia dapat sebarkan pengaruh dia...dia dapat bagi ceramah politik free kat korg....

bukan aku x suka atau larang korg pergi ke majlis@pesta macam tu tapi ni la akibatnyer....

*uji tahap kreatif anda di SINI
*Dance & Win = chance to be popular

Saturday, May 28, 2011

Review : Nikita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nikita merupakan ejen bagi sebuah badan rahsia yang digelar Division. Namun, Nikita memberontak menentang Division apabila kekasihnya dibunuh kerana peraturan bagi ejen Division ialah TIDAK boleh bercinta. Kini Nikita menentang Division dengan bantuan Alex, gadis yang seluruh ahli keluarganya dibunuh oleh Division. Orang yang pernah melatih Nikita, Micheal kini memburunya. drama yang penuh aksi & kejutan demi kejutan akan berlaku.


pelakon : 
Maggie Q as Nikita
Lyndsy Fonsesca as Alex@Alexandra Udinov
Shane West as Micheal

* aku ade season 1 complete tapi subtitle xde laa...gambar cun...berminat boleh contact aku kat FB

**Pastikan korg sentiasa up-to-date gunakan ni

Friday, May 27, 2011

Petua untuk Isteri2 & Suri rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali nih aku nak berkongsi tips bagi isteri2 & suri rumah kat seluruh Malaysia....
bagi yang bakal2 bergelar isteri pon boley....

1. Tips bagi ikan tidak busuk
ikan yang disimpan dalam peti ais mungkin busuk kalau elektrik terputus terlalu lama..jadi bagi mengelakakn ikan menjadi busuk anda boleh mencuba tips ini.

Ambil ikan yang telah disiang tadi (pastikan ikan yang telah disiang dicuci bersih) dan gaulkan dengan nasi sejuk & sedikit garam. Nasi hendaklah betul2 sejuk kerana nasi yang panas@suam akan menyebabkan ikan busuk. Kemudian ikan tadi hanya perlu disimpan seperti biasa --> cuci ikan seperti biasa sebelum masak 
*beras makin mahal ade ke yang nak try care nih??

2. Tembikai Tahan Lama
buah tembikai biasanya cepat busuk jadi bagi mengelakan ini terjadi anda mungkin boleh cuba tips ini

sapukan kapur makan di pangkal tembikai Insya-Allah tahan lama
*aku x penah try lg nih...

3. Elak Kutu Beras
nih masalah utama bila menyimpan beras...

ade 2 pendapat :
1. letakkan bawang putih dalam bekas simpan beras
2. letakkan cili kering dalam bekas simpan beras

*ade jugak yang kate letak kayu manis dalam bekas simpan beras...tapi yang mak aku buat letak bawang putih tu dan terbukti berkesan!!! -->kalau ade pon sikit2 jer....

samapi sini dulu perkongsian ilmu dari aku...sebelum aku lupe...dengar citer ade gath open kat Mid Valley hari Ahad nih... aku mungkin x dapt join gath tu tapi aku ade event lagi besar tok korg join....

Thursday, May 26, 2011

ni MAK Virus pulak serang blogger2 --> Dulu-Kini & Selamanyer...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kalau sebelum ni aku ade citer VIRUS melanda blogger2...kali nih aku nak citer pasal MAK Segala Virus kepada blogger tapi virus ni banyak melanda & berjangkit kat blogger2 NEWBIE!! 
-->nasib baik la aku dah pulih dari virus nih....

nak taw MAK Segala Virus nih??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

VIRUS IFU-UFI = " I FOLLOW U, U FOLLOW I "
sumber : gugel
ni la virus yang sentiasa berkembang...aku pon x taw la nak buat macam mane lagi dah...kalu virus yang dulu maybe orang lain boleh tolong tapi virus nih 100% bergantung pada diri sendiri...dulu mase aku start aktif dalam berblog nih ade jugak terikut2 tapi aku xde la cakap direct menda alah ni kat mane2 blog just sape yg follow blog aku so wajib aku follow balik blog dia melainkan kat profile dia xde link ke blog dia...tapi lame2 aku jadi bosan..bosan bukan sebab ape...bila aku follow satu2 blog tuh aku mengharapkan sesuatu yang boleh dipelajari atau buatkan aku berfikir...bila aku tengok entry satu2 blog tu makin lama makin bosan aku akan unfollow...

dah banyak blogger2 femes buat entry bila ade yang kate dorg sombong sebab x follow blog lain...hello derr...blogger femes2 tuh semua manusia biasa gak cam kite...ade yang masih belajar & ade yang dah berkerjaya serta yang dah berumah tangga...masing2 ada tanggungjawab masing2...so korg kena la faham...berblogging bukan kerja dorg 24jam lain la blogger sepenuh masa macam Cik Epal ke..Ben Ashaari ke...tapi korg pikir balik ade x Cik Epal or Ben datang blog korg?? follow korg?? ni persoalan yg ditimbulkn oleh sorg blogger yang mengomen di entry Sam Posmen --> sila bace komen sampai abes....

aku bukan la otai untuk memberikan pandangan tapi x salahkan nak meluahkan pandangan aku pulakkan??
banyak buruk dari baiknyer mengamalkan IFU-UFI nih....maybe next time aku akan ulas baik buruknyer...

*Rm1000 to WIN TOMORROW!!!

Perdana Menteri Idaman aku.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan suasana politik hari ini aku yakin x lame lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan berlangsung. Dari keadaan sekarang aku berani kata sesuatu yang besar mungkin berlaku. Tidak kira sama ada diperingkat Negeri (Adun) atau Persekutuan (Parlimen). Namun entry kali ini aku nak share ciri2 Perdana Menteri Idaman aku...jom tgk kat bawah :

1. Islam
kalau ikut perlembagaan Malaysia Perdana Menteri haruslah berbangsa Melayu, TAPI bagi aku yang penting adalah agamanya. Kerana ISLAM ITU ADIL. Sekiranya PM itu fahami Islam dengan mendalam Insya-Allah dia boleh memerintah dengan baik. 
*contoh terbaik Tok Guru Nik Aziz & MB Kedah sekarang Ustaz Azizan Razak

2. Boleh jadi IMAM
yang ni PENTING!!! aku nak PM yang boleh meng-imam-kan solat...meng-imam-kan bacaan Yaasin & Tahlil...mengetuai dalam peperangan...bukan duduk kat belakang membiarkan orang lain meng-IMAM-kan....itu baru KHALIFAH --> pemimpin kena yang faham maksud KHALIFAH dulu baru boleh memimpin...
*kalau dulu Tun Abdullah (PM ke-5 Malaysia) boleh jadi IMAM nape PM lain xleh??

3. Melaksanakan Undang2 mengikut HUKUM SYARIAT
undang2 sedia ada adalah HUKUM yang ditulis & berlandaskan fikiran manusia, hukum yang manusia buat boleh dipertikaikan tapi HUKUM ALLAH S.W.T kite x boleh pertikaikan.
*member aku cakap : "walaupon kite ni x la baik sgt tapi aku nak tgk HUKUM ALLAH tu ditegakkan"

4. Sistem Ekonomi mengikut ISLAM
ekonomi yang bagus perlu berlandaskan pada hukum syariat. Pinjaman berlandaskan hukum Islam (bukan riba). kalau ekonomi rakyat terjamin xde la timbul cetak rompak, barang tiruan dll...
*Kerajaan Kelantan perkenalkan dinar emas tapi dipandang sepi padahal itu sistem Islam...

5. Perdana Menteri berpendidikan Malaysia
berpendidikan Malaysia kat sini bermaksud dari tadika sampai ke Ph.D belajar kat Malaysia & dibawah sistem pembelajaran Malaysia. Ini kerana aku nak PM tu tahu macam mana rasanya belajar dalam sistem Malaysia ni. Bagaimana rasanya bila student dijadikan bahan eksperimen dengan penukaran bahasa Melayu ke bahasa Inggeris kemudian nak tukar balik ke bahasa Melayu...buat banyak kursus2 baru kat IPT2 Malayisa tapi MQA x iktiraf kursus tu...x payah nak cakap kursus ape...korg boleh check sendiri kat MQA nyer website
*kalau pendidikan Malaysia ni dah cukop bagus nape YB-YB kat Msia ni x wat Master@Ph.D kat Msia jer?? accept for hal agama la sebab negara kita x banyak lagi ulama nak datang...

antara pemimpin yang aku kagum : Ahmadinejad
ini hanyalah pandangan aku jer...
aku nak taw gak korgnyer ciri2 PM idaman korg...
sape2 yang rase nak buat entry pasal ni silakan
kalau dah siap jgn lupe bagi link korg kat aku...
aku akan backlink balik entry korg...
sampai sini dulu...
see u HERE!!

*kawan aku dapat gaji by minit?? x caye?? jom tgk SINI

Wednesday, May 25, 2011

ade 4 jantina rupenyer.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin aku menonton program realiti Imam Muda kat Astro Oasis
tugasan mingguan yang diberikan oleh tenaga pengajar (mursyid) sangat2 menarik
tugasan Imam Muda adalah berdakwah dengan Mak Nyah
bukan memain wehh...siap ade pejabat persatuan lagi....
hebat Mak Nyah Msia nih...sebab tu boleh buat Pertandingan Ratu PONDAN....

berbalik pada tajuk asal...korg tahu x yang kita manusia ada 4 jantina??
nape?? x caye?? meh kire kat bawah

1. Lelaki
2. Wanita
3. Khunsa
4. Mukhannath

see?? ade 4 kn?? yang lelaki & perempuan tuh mungkin korg dah kenal...kalo x kenal xtaw la nak kate ape...agaknye korg dok kat alam mane la sampai lelaki dengan perempuan pon korg xtaw ape....
aku nak fokus pada KHUNSA & MUKHANNATH 

Makna

1. KHUNSA : ialah seseorang yang dilahirkan dengan 2 alat kelamin sama ada kedua2 nya boleh dipakai atau hanya salah satu sahaja yang boleh dipakai.

2. MUKHANNATH : lelaki yang ingin@menyerupai perempuan dalam erti yang lebih mudah PONDAN

Perbezaan

1. KHUNSA : mereka ini boleh memilih jantina mereka. Jika jiwa & perlakuan lebih kepada seorang lelaki hendakalah ibu bapa tadi membentuk anak itu menjadi seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

2. MUKHANNATH : tidak boleh memilih JANTINA

Pembedahan

KHUNSA : boleh membuat pembedahan sekiranya salah satu dari alat kelamin tadi memberi kesan kepada kesihatan (atas nasihat doktor).
--> TAPI kalau mengganggu jiwa@kehidupan sharian aku blom dapatkan kepastian

MUKHANNATH : tidak boleh menjalankan pembedahan penukaran jantina!!!

masalah golongan MUKHANNATH ini akan aku ulas lagi dalam entry akan datang...
sebelum aku mengundur diri aku nak ajak korg join aku kat SINI....
see u there!!!

Tuesday, May 24, 2011

Review : Chuck Season 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Chuck?? sape yang x tengok rancangan ni kat AXN dulu?? mula disiarkan pada tahun 2004 dan sekarang telah pon memasuki musim ke 4...

sinopsis

Chuck & kawan baiknya, Morgan memulakan misi mencari emak Chuck yang dikategorikan M.I.A (missing in action) berdasarkan fail yang ayah Chuck tinggalkan di ruang bawah tanah rumah mereka yang lama. Musim ini Chuck telah ditugaskan mengendalikan Operasi Bartowski (nama pasukan Chuck) dibawah pemantauan terus Jeneral Beckman. Musuh kali ini ialah Volkoff. Kejutan demi kejutan dalam musim ke-4 ini dan sesuatu yang menarik dihujung episod musim ini.

musim ke-5 mungkin musim terakhir bagi peminat Chuck samalah kita nantikan bagaimanakah penyudah ceritera ejen perisik yang bernama Chuck Bartowski

from left  :
Adam Baldwin as John Casey
Yvonne Strahovski as Sarah Walker
 Zachary Levi as Chuck
Sarah Lancaster as Elleanor @ Ellie --> Chuck sister
Ryan McPartlin as Devon @ Awesome --> Ellie's husband
Joshua Gomez as Morgan Grimes --> Chuck best friend
aku x pasti season 4 ni dah tayang kat Msia ke belom sebab aku download secara mingguan setiap kali siri ni bersiaran mengikut waktu Amerika.

p/s : sape2 nak Chuck Season 4 nih boleh contact aku tapi subtitle xde laa...

Monday, May 23, 2011

Peugeot RCZ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kereta sport memang menjadi idaman setiap jejaka kat Malaysia nih...
sebut jer BMW?? Evo?? Porsche?? Lambo jangan cakap laa....
tu semua jenama kereta sport yang femes kat dunia...
tu belom masuk Pagani, Koenigsegg dll...

tapi kali ni aku nak citer pasal Peugeot RCZ yang baru je launch kat Msia kelmarin....
jom layan video2 kat bawah nih dulu...





Specification 
( Auto )                                                          
6-speed auto transmision                                
156hp                                                              
tork : 240Nm                                                
0-100km/h in 8.4 second                               
price : RM 218,888

( Manual )
6-speed manual
200hp
tork : 275Nm
0-100km/h in 7.5 second
price : RM 223,888                                        ---> SUMBER

kapasiti enjin 1.6 liter dengan turbocharge (manual & auto)
spoiler belakang boleh laras mengikut kelajuan kereta
dari segi design aku tgk memang memuaskan & stylo....

Sunday, May 22, 2011

Senarai Blogger yang boleh pergi jauh....[Part 1]

entry kali ni aku akan review beberape blog pilihan aku...
blog2 yang aku pilih ni adalah berdasarkan pandangan aku sahaja...
blog2 ini aku lihat mampu pergi jauh dalam dunia blog...
tapi jangan terkejut kalo dorg nih kurang menonjol kat group2 or x pergi langsung gath2 yg diadakan...
pe-nomboran tidak bermakna aku memberikan rank pada mereka...

salah seorang blogger UTHM. Nampak button LIKE kat bawah tu?? beliau yang tlg ajarkan kat aku...sangat mahir dalam bab coding2 nih..budak IT la katekan...---> kalo x salah laa....

juga salah seorang blogger UTHM, aku kenal beliau lepas dari Talk BroFramestone kat UTHM. Blog beliau membicarakan betapa KRONIKNYA DUNIA kita pada hari ini...selain sindiran2 terlampau penulisan2 beliau turut mengajak kita berfikir...

blog ni aku jumpe time blog-Jog... 2nd blog yang membicarakan segala maklumat tentang Jepun...tgk jer header blog nih... J-pop, Manga, J-drama, anime 

sampai sini dulu review blog dari aku....
Insya-Allah aku akan review lagi blog2 korg yg hebat2 tu....
yang x di-review x bermakna blog korg x hebat k??
p/s : sape2 rase nak blog di-review leh tgglkan komen kat bawah....

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

16 Mei cukup bermakna buat mereka yang bergelar guru atau lebih mesra kita panggil CIKGU


tahukah anda 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh 16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut telah dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. -- SUMBER

even dah terlajak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU
aku buat entry ni khas tok cikgu2 aku....
bukan bermakna aku x ucap Selamat Hari Guru kat cikgu2 aku....
aku dah pon sms kat cikgu2 (yang mane ade no je laa....)

kepada cikgu2 SK Merbau Sempak
TERIMA KASIH yang x terhingga kerana mendidik saya dari Darjah 1-6....
mengajar dari A sampai Z...
mengira 1 sampai 10...
tanpa asas yang kuat saya tidak mampu untuk skor dalam UPSR...
TERIMA KASIH CIKGU
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Asiah

kepada cikgu2 SMKA Simpang Lima
TERIMA KASIH tidak terhingga kerana telah memberikan didikan agama & mendisiplinkan diri ini
Cikgu Mutalabisin yang baik hati
Ustaz Rahim yang tegas tapi berhati mulia --> Ustaz mmg cool bila masuk bab KRS
Ustaz Baharudin yang x jemu2 mengajar Bahasa Arab --> Ustaz ni terer gak bab komputer
Ustaz Kamaruzaman & Ustazah Bunyamin yang bersungguh2 ajar Bahasa Arab kat saya
Ustaz Rizalman yang sedap azannye... --> selalu time subuh mmg cepat jer bangun kalo ustaz kejotkan
Ustaz Mohd Nor yang penyayang --> nasik lemak ustaz memang terbaik!!!
Teacher Zuraidah yang mengajar Bahasa Inggeris
banyak lagi cikgu2 yang telah berjasa dalam mendidik diri ini....
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Fauziah & Ustaz Subri
salah seorang hasil didikan SMKA Simpang Lima --> berita lanjut

kepada cikgu2 SMTKL@TIKL
TERIMA KASIH diucapkan kerana telah banyak membuka minda diri ini dengan lebih luas....
Cikgu Omar : luar keras dalam lembut jer....
Ustaz Kamal yang tegas bila perlu & senang berkawan dengan beliau
Cikgu Radziah yang ajar Add-Math mase form 4
Mr. Lim & Pn. Doren yang sempoi dalam mengajar Physics
Teacher Noresah dah macam mama kami kat sekolah...sgt cool....
*Al-Fatihah buat Tok Ban yang telah banyak berjasa pada TIKL..... 

kepada pensyarah2 UTHM 
TERIMA KASIH atas segala ilmu yang diberikan & mendidik saya ke arah yang lebih positif...
credit to Chad Cikun
disini saya ingin memohon sejuta kemaafan andai ada salah silap, terkasar bahasa dan lain2...
saya doakan kalian diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus mendidik anak2 bangsa &
semoga dilimpahkan rezeki yang halal
jasa kalian mendidik diri ini hanya Allah S.W.T yang mampu balas...tiada hadiah yang mampu diberi sebagai balasan dalam mengajar diri ini....

Senarai Blogger ex-T.I.K.L@SMTKL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kalau dulu aku senaraikan blogger2 UTHM
kali ni aku akan senaraikan blogger2 TIKL@SMTKL yang se-batch dengan aku & yang aku kenal

1. Fadhli
member aku time form 4 & form 5, mengambil jurusan Awam semasa zaman sekolah dan sekarang telah tamat diploma di Politeknik Sabak Bernam dalam bidang architecture. Fakta menarik tentang beliau merupakan ahli kumpulan WAKAKA!! 
(Showdown 2010 beliau x dapat join WAKAKA sebab belajar lagi)

2. Zulhusmi
member sekuliah aku merangkap housemate aku di UTHM. Blog dia nih lebih kepada pandangan peribadi(sindiran melampau) mengenai isu2 semasa. Beliau turut menggunakan blog untuk berkongsi ilmu2 agama.
PERHATIAN : kepada sesiapa yang terase dgn kate2 beliau bukan salah ibu mengandung ok??

3. Imran Nyambek
member sekelas aku mase form 4. Perangai yang giler2..korg boleh tgk sendiri penulisan blog beliau yang kurang lucah.
PERHATIAN : blog 18SX & 18SG !!
kanak2 bawah umur 13 tahun diminta untuk mendapatkan bimbingan ibu bapa

4. Ezhan
member skola aku. aku tahu pasal blog beliau ni pon melalui Zulhusmi, beliau seorang yg kreatif.

5. Edora Deon
junior sekolah aku. Pernah berselisih tapi x pernah bertegur sape time skola dulu...aku pon perasan dia time kawad KRS jer...

6. Haqim
junior sebilik dengan aku...selalu jugak lepak2 ngan aku dulu..blog yang menarik...

sampai sini dulu...
andai ade lg blogger2 ex-T.I.K.L sila inform diruang komen supaya aku boleh up-date nanti...
p/s : klik jer kat nama2 dorg tu tok terjah blog dorg...
*sejauh mana selamatnya rumah anda?? jom tgk SINI

Wednesday, May 11, 2011

DULU & Sekarang -- Blog, Ber-blog & Blogger

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

hari demi hari makin ramai yang memeriahkan dunia blog... SELAMAT DATANG kepada semua newbie2 macam aku dan aku harap korg semua ada sesuatu untuk dikongsikan selain enjoy ber-blog...

dunia blog dah x macam dulu...

kalau dulu harap orang datang blog dengan blog-Jog
sekarang nih ping jer kat mane2 group blogger kat FB....

kalau dulu x kenal blogger2 otai@femes
sekarang nih sumer da kenal kot.....

kalau dulu ber-blog sebab suka2...
sekarang blog dah mula berisi....main dgn SEO la katekan...

kalau dulu x banyak haters...
sekarang nih banyak giler kot haters....

kalau dulu x kejar traffic sgt....
sekarang aku pon kejar traffic gak...hehehe....

setakat nih je dulu...aku kekeringan idea wat mase ni sebab tu aku asek amek isu2 kat paper online n kupas sikit2 jer....ape pon aku enjoy ber-blog sebab aku boleh bace pengalaman korg semua....

SELAMAT BER-BLOGGING
sumber : google
*setiap blogger yang berjaya pasti ada rahsia disebalik kejayaan mereka
*anda sayangkan Malaysia?? undian anda amat berharga di SINI

Salah SIAPA?? Suami atau Isteri??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

macam biase....bangun pagi bukak paper online yang free...
bukak jer Metroll 
Forensik menemui kelonsong peluru

erk!? gler kentang...
tapi sape yang salah??
SUAMI ke ISTERI??

Think positive ye...kite x tahu ape yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
 "tapi dah sah2 si isteri tuh kantoi curang" kate suara2 orang ramai
aku : lekk luuu.....
bukan ape...bagi ruang untuk si isteri tu jelaskan perkara sebenar...kadang2 paper ni letak taruk gempak2 jer lebih tapi betol nyer x jugak.....

Tuesday, May 10, 2011

Terima Kasih Kerajaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

baru jer kelmarin aku tulis entry pasal kenaikkan rege(harga) minyak....
tadi waktu aku nak ping blog aku kat group2 kat FB tuh nampak pulak pasal


pergh....lepas nih student2 IPT semua pakat makan meggi, sardin & telur ayam je la tiap2 hari...
roti komfom akan naik harga...
dan selepas ni agak2 ape pulak yang menyusul untuk naik harga??
teh tarik?? milo ais??  nes ais??
dan kemungkinan kuih akan jadi 50sen seketul...xde lagi 3 seringgit...
peniaga2 di pasar malam atau di bahu2 jalan yang jual air pulak mungkin jual air 
dengan harga rm1.50 secawan/seplastik

sumber google
harap2 la Jus Ginah depan Tmn Kelisa tuh x naikkan rege air...

Jangan Burukkan gelaran CIKGU !!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi seperti biasa aku bersarapan dgn Noh Hussin tapi kali ni kami bersarapan kedai depan U ditemani Adnan...balik dari sarapan sebagaimana biasa aku akan bukak paper secara online untuk membaca berita2 semasa...yela...nak beli paper x mampu... so bace secara online laa... free jerr....

tapi yang buat aku ter-sentap bila bace berita kat Metro 


erk!? kenapa mesti cikgu??
aku x pasti sama ada berita ni sejauh mana kebenarannya
tapi bagi aku benda2 macam ni x patut berlaku...
mak ayah aku cikgu so aku tahu bagaimana seksa mereka dalam mendidik anak2 bangsa

kepada rakan2, senior2 dan semua yang bakal bergelar cikgu/guru aku doakan korg boleh menjalankn tugas dengan cemerlang serta menjaga gelaran CIKGU yang ada pada korg...

Monday, May 09, 2011

Lu pikirlah sendiri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

baru kejap td aku bace kt blog Nur Amalina Athman 
aku agak terkedu bila baca apa yg beliau cuba sampaikan...

point2 yg beliau sebut benar2 belaka....

bertudung TAPI 

1. berbaju ketat/nipis@jarang/singkat sampai nampak pusat
2. bersanggul tinggi macam bonggol unta
3. pakai legging@seluar londeh2 pulak....--> yg ni aku tambah sendiri 

mmg semua tu sah2 melanggar HUKUM SYARIAT 
tp apa yang aku nak tekankan kat sini
apa yang beliau cuba katakan dengan 

"ko tu bukan tutup aurat tapi tutup rambut. Welcome to the club...ko pakai pon kena laknat...same jeww...see u in hell.. yeah..."

aurat bagi seorang perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan 2 tapak tangan

1. maka rambut termasuk dalam AURAT seorang perempuan
bagi pendapat aku perempuan yg pakai tudung tapi tergolong dalam golongan yg aku mention kat atas tuh
masih berdosa sebab menayangkan apa yg x patot ditayangkan TAPI!!!
ade tapi nyer....dorg dah kurangkn sikit dosa dorg dengan menutup rambut...
setahu aku la setiap helai perempuan yang didedahkan kepada lelaki bukan muhrim adalah dosa...

2. statement beliau "see u in hell.. yeah..."
Ya-Allah... bawak mengucap derr... setiap kata2 tu doa... ape yg ko cakap tu dah macam ko tempah 1 bilik kat Neraka tuh... aku ni x alim jauh sekali warak tapi aku ade rase tanggungjawab sebagai seorang saudara se-Islam untuk menegur sesame kita....

ape pon aku harap korg semua bersangka baik...mungkin yang golongan yang pakai tudung macam yg aku mention kat atas tu ade yang baru nak belajar pakai tudung...

TAPI niat korg nak bertudung tu biar la betul....
jgn korg bertudung sebab bf@pakwe sbb bila break komfom korg free hair balik
jgn korg bertudung sebab korg nak ber-fesyen2 sbb korg x dpt pahala tapi penat & panas jer...

BERTUDUNGLAH KERANA ALLAH
http://kembarahidup.wordpress.com/2008/08/18/taubat-seorang-hamba/

kredit to :

Sunday, May 08, 2011

Minyak Naik Tapi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Harga minyak petrol RON97 naik lagi bermula 12.00 tengah malam 5/5/2011

merujuk kepada tajuk kat atas tuh...

harga minyak sentiasa naik tapi korg pernah fikir x ade benda yang x naik2??

Minyak naik tapi gaji x naik2...
Minyak naik tapi duit claim minyak x naik2...
Minyak naik tapi duit pinjaman pelajaran@PTPTipu x naik2 gak...
Minyak naik tapi subsidi x naik2 jugak...--> x kire la subsidi ape pon...

walaupon aku pakai minyak RON95 tapi aku jugak akan merase ke-naik-kan harga2 barangan...x kira makanan, barangan harian dll... sila teliti situasi seorang AYAH di bawah :

pembekal berkata kepada pemborong -->
"ini hali ayam naik halega 50sen aa...minyak naik"

pemborong berkata kepada peruncit -->
"Bang hari ni rege(harge) ayam naik 50sen taw...pembekal kate sbb minyak naik rege..."

peruncit kepada pengguna -->
"rege(harga) ayam hari ni rm8.20 sekilo ek..."

pengguna ---> speechless.... x beli anak2 kat rumah merengek nak makan berlaukkan ayam...

teliti pulak situasi seorang student -->

balik dari exam or test mmg malas nak memasak so kami singgah ke kedai tok proses menapow nasik berlaukkan AYAM

aku : eh?? kecik gler ayam nih...2-3 ari lepas besar jer...
member : rege(harga) naik lagi la tuh...
aku : ye ke?? --> smbil menuju ke kaunter
pakcik cashier : ayam 2 ketul ek?? air??
aku : aah..kecik la ayam nyer...bandung ais...
pakcik : ayam mahal skang ni dik...RM6.00 dik...
aku : ooo..yeke...--> bayar dgn paksa-rela

pembekal sengaja carik sebab untuk menaikkan harga...meh tgk equation kat bawah :

hantar ayam guna lori --> lori guna diesel --> 
ape kaitan harga minyak RON97 naik dgn harga ayam??

pelajar yang mengharapkan duit pinjaman@PTPTipu mmg x cukup untuk menampung kos hidup lagi2 area KL, JB & Penang. Atas sebab tu la ade PELAJAR JUAL DARA... kerana kesempitan wang maruah digadai begitu sahaja...benda ni bukan terjadi pada mahasiswi jer tapi mahasiswa pon ade yang jadi 'anak ikan' kepada isteri2 VIP,  VVIP or Dato'2, Datuk2...benda2 macam ni pernah dibongkar oleh Majalah Mastika.

Renung2 kan lah wahai mahasiswa/i sekalian...

*Jom join contest ni tok uji KEBERANIAN korg kat SINI
*nak IMPIAN korg jadi REALITI?? jom tgk SINI

Saturday, May 07, 2011

SAH !!! Dunia nak KIAMAT daa....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi sabtu yang indah...
lepas sarapan bersama Noh Hussin di kedai 'awek' depan rumah...('awek' tu xde lak arini)
seperti biase aku akan bukak beberapa paper online untuk dibaca..
kot2 ade berita menarik-tertarik kau mmg da-bomb...
sekali tgk berita kat Kosmo! Online

|
|
|

PELAJAR JUAL DARA bukan DARAH
ni bukan kali pertama aku baca berita macam ni...
x payah nak susah2 tengok kat negara luar..tgk jer dalam Msia ni....
student2 IPT kat Malaysia ni berapa ramai yang jadi part-time lover...
berapa ramai pulak yang mengandung anak luar nikah??

PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA : 

1. kurang didikan agama
2. kurang kasih sayang keluarga
3. masalah kesempitan WANG

kenapa aku bold-kn pada point ke-3?? isu tu aku akan kupas dlm entry akan datang...

Friday, May 06, 2011

INI BUKAN KONTROVERSI !!!! DUNIA BLOGGER DILANDA VIRUS !!!!

Assalamualaikum &Salam Sejahtera

sejak akhir2 ni aku memerhatikan dunia blogger dilanda VIRUS!!!
virus ape?? jom tgk situasi kat bawah dulu...

Situasi 1 
Pengumuman Blogger A : Blog ni akan di-DELETE untuk selamanya
aku : eh!? kenapa?? baru jer follow...baru nak selongkar2 entry2 awak...
Blogger A : atas sebab2 peribadi
aku : haters?? Cik ANON??
Blogger A : salah satu dr sebabnya....

Situasi 2
aku : eh!? nape nak berhenti ber-blog??
Blogger B : ade yang x suka penulisan saya
aku : tapi ramai jer yang follow...saya tgk tiap2 hari bertambah jer follower...
Blogger B : hmm...tgk la mcm mane nnt...
aku : harap2 awak terus ber-blog...

dan virus tersebut.......

|
|
|
|
|
|

VIRUS PUTUS ASA

ni la virus yang paling BAHAYA...
bukan jer menyerang blogger2 newbie macam aku...tapi turut melanda blogger2 otai...
Cik ANON & Haters dikatakan punca utama kepada virus nih...

kepada semua blogger2 x kire newbie macam aku 
yang otai xper..dorg da bese handle Cik ANON & haters2 nih...
aku harap korg semua boleh menghadapi semua serangan Cik ANON & HATERS
dengan tenang & waras...ingat...dorg jugak mempunyai kepentingan dalam dunia blogging

korg kena nilai balik entry@blog korg....
kot2 apa yang Cik ANON & Haters cakap tu betol...
kalau salah...perbetulkan...
kalau terkasar bahasa minta maaf cepat2...

Ape pon aku doakan yang TERBAIK tok korg semua...
Selamat Ber-blogging & ENJOY IT !!!!

Sem 6 di UTHM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

selesai menjawab paper terakhir tadi ( programming computer a.k.a C )
maka selesai sudah semester ke-6 aku di UTHM...
setelah hampir seminggu meninggalkan blog kini aku kembali...

ececeh~~..ayat mukadimah.... giler panjang.... selesai sudah pengajian peringkat diploma bagi rakan2 sekelas aku...aku?? blom lagi...aku akan extend untuk 1 sem bagi mengambil beberapa paper yang tertinggal disamping me-repair 1-2 paper lain...

esok kesemua student2 final year nih akan bergembira & makan2 di rumah seorang lecturer kami Cik Alish...kemudian kami akan menggila di sepanjang jalan Bandar Bt. Pahat....

JOM TENGOK LIST2 STUDENT FINAL YEAR WAJIB BUAT :

1. Sesi bergambar kelas
yang nih mmg wajib la kn?? dari skola rendah bawak ke skola menengah smpi ke IPT mmg wajib...memula gambar SKEMA then CANDID time!!!!
*zaman dulu terhad sebab pakai kodak n camera....zaman sekarang...member2 pon dah ade DSLR...

2. Jamuan Makan2
yang nih pon wajib jugak...kalo boleh tiap2 sem nak buat kn??? yelah lepas ni makan mungkin sendiri2...makan dgn rakan sekerja@bos...makan dgn suami/isteri 
(sape yg kawen awal ek?? same2 la kite tggu kad undangan....)

3. Lepak/Shopping bersama
benda biase tp lepas masuk ALAM PEKERJAAN nih korg ade ke mase tok lepak2 ngan member2 korg?? lepas tu fikir pulak member2 yg jauh2 cam Terengganu, Kelantan, Sabah & Sarawak mmg komfom la nak jumpa setahun sekali pon susah..nak harapkan reunion?? agak2 korg la...paling cepat bape tahun baru dapat buat reunion?? xkn baru 2-3 tahun dah nak buat reunion kn?? komfom2 la 2-5 tahun pertama korg kerja tuh korg nak MANTAPKAN kewangan korg & kedudukan korg...tu belom pikir nak buat anak lg (bagi yang dah berkahwin)....so paling cepat pon aku rase ade la dalam 5 tahun...baru la korg nak buat reunion....

ni la 3 benda WAJIB buat bagi student2 final year...
kalau ade yg kurang korg boleh la tambah2 kat ruang komen bawah tu...



Pages

NuffX