Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

Soalan & Jawapan YANG BODOH [ST]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Soalan :

HUDUD Wajar atau Tidak??

Jawapan : 


*Hilang respek aku kat Heliza dengan jawapan dia yang macam tu...

*Iklan Blog* --> Blogger beri SEBAB girl yg CUN+COMEL single-mingle
*Jom tengok 5 YouTuber Malaysia paling femes...

Monday, August 29, 2011

Analisis Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kita semua masih bernafas di hari ini. Esok atau lusa seluruh umat Islam di dunia akan meyambut Syawal dengan air mata, air mata kegembiraan kerana berjaya mengharungi Ramadhan & air mata kesedihan kerana Ramadhan telah berlalu. Jom analisis Ramadhan -->

1. Solat terawih : 8 rakaat @ 20 rakaat?? tiap2 malam pegi x??

2. Al-Quran : khatam?? berapa juzuk habis?? lepas ni bace ke x??

3. Qiamullail : bulan x puasa buat x agak2??

4. Sedekah : lepas ni terus bersedekah x??

5. Mulut : lepas ni nak sambung mengumpat?? memfitnah?? mengata??

6. Aurat : lepas ni nak pakai seksi2 lagi ke?? bulan puasa je ke nak tutup aurat??

7. Solat : cukup ke x lepas ni?? on time ke x??

cukup la setakat ni. Entry ini adalah untuk memperingati diri sendiri & pesanan buat rakan2...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...

*Iklan Blog* --> Blogger ni bagi SOLUTION Basuh Berak kalau TANGAN PATAH...
*Semangat Merdeka ke Raya?? Pastikan Raya anda MERIAH dengan DJ ERA

Tuesday, August 16, 2011

Bila Fida jawab Isu peluk Iqram Dinzly

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida artis bertudung yang popular menerusi lakonan dalam drama Kasih Alia, ramai peminat meletakan Fida antara ikon muslimah sebaris dengan Wardina & Heliza. Namun semalam persepsi aku terhadap Fida berubah kerana kenyataannya pada akhbar Kosmo memang tidak boleh diterima. 


Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.
Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat.
"Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar.
"Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain," ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya. --> Kosmo
Jika Fida mengatakan yang adegan peluk bersama Iqaram tu spontan aku tak boleh nak komen apa2 sebab itu antara dia, Iqram 7 Allah s.w.t jer yang tahu tapi pasal hukum bersalam dengan bukan muhrim ni aku kesah.

nampak tak jawapan yang diberikan Fida?? bagi aku tiada istilah mengaibkan lelaki kerana kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam seharusnya artis lelaki yang beragama Islam tahu bahawa haram hukumnya lelaki & perempuan bukan muhrim bersalaman. Tambahan pula aku rasa bangsa-bangsa lain juga menghormati pendirian kita sekiranya tidak bersalaman dengan mereka. Tiada hadis Rasulullah s.a.w mahupun firman Allah s.w.t menyatakan boleh bersentuh lelaki & perempuan bukan muhrim melainkan keadaan darurat seperti peperangan atau perubatan.

Wardina & Heliza tidak pula bersalaman dengan lelaki bukan muhrim boleh berjaya dalam bidang masing-masing, jadi dimana perlunya bersalam dengan lelaki bukan muhrim?? Sesungguhnya aku pasti ramai peminat Fida kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Fida seolah-olah beliau memandang ringan hukum-hakam Islam. Memang kita kadang kala perlu menghormati pihak yang satu lagi tapi kita perlu bertegas kerana menjaga maruah diri sebagai muslim/muslimah.

Aku memuji Fida dalam membawa watak Kasih@Alia dalam drama Kasih Alia kerana perwatakan muslimah sejati yang menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki & perempuan bukan muhrim jadi mengapakah di dunia realiti Fida tidak boleh mengekalkan perwatakan sebegitu??

Aku bukan alim ulama untuk menentukan atau menjatuhkan hukum pada sesiapa namun aku meluahkan pandangan aku dari apa yang aku belajar semasa sekolah dulu. Aku percaya jika ustaz-ustaz yang lebih pakar pasti mereka mempunyai jawpan masing-masing berlandaskan hadis-hadis dan nas-nas yang sahih.

Aku harapkan Fida tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam seperti kes ini. Dan aku mendoakan semoga Fida diberikan hidayat & petunjuk dari-Nya... amin......

*aku harap Solihin Zubir & Izamir Ridzwan boleh ulas pulak hal ni...

Monday, August 01, 2011

Perkara yang aku BENCI time Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Meriah sambutan Ramadhan kali ni di-FB & blog2... mungkin sbb makin ramai rakan2 blogger... dalam kemeriahan menyambut bulan yg penuh kemuliaan ni terbit sedikit rase BENCI kepada perkara2 berikut -->

1. Budak2 time solat Terawih (umur dari 4 tahun - 9 tahun)

situasi yang paling aku BENCI bila mak bapak datang masjid bawak anak2 kecik ni... aku faham tujuan mereka membawa anak2 kecik ni untuk mendidik mereka TAPI kalau reti bawak TAPI tak reti jaga anak ape cer?? mak bapak solat anak buat bising kat belakang... main kejar2... gelak kuat2...
*ayah kena la tegas dlm mendidik anak

2. MERCUN(umur 6-yg dah tua pon main)

biase la bunga api/mercun mmg tak dapat nak dipisahkan dari perayaan2 kat Malaysia ni...aku x kisah pon korg nak main TAPI aku jadi kesah kalau korg main TEPI MASJID TIME TERAWIH pulak tuh!!! lagi2 10 malam terakhir makin kuat la bunyi mercun smpi tok Imam pon terkejut..
*naseb tok Imam xde Heart Attack...kalau ade silap2 solat jenazah laa...

3. TERAWIH EKSPRESS

bukan aku x suke solat terawih TAPI kalau terawih eksperss macam keretapi laju ape kes?? kan ke solat terawih tu maknenyer berehat2?? kalau dah bagi salam je bangun.. bagi salam jer bangun ape kes?? sbb tu kadang2 baik aku buat 8 rakaat kat rmh jer... sbb biasa yg buat terawih ekspress ni tok bilal yg dah tua2... maaf aku cakap mcm tu tp tu la hakikat yg x pernah berubah kat Malaysia ni... yang tua sentiasa pikir dorg jer btol even dalam bab agama sekali pun...
*jempot pelajar2 tahfiz buat 8 rakaat disusuli sedikit tazkirah lagi bagus...

4. Moreh

acara wajib lepas terawih ni...kadang2 aku makan kadang2 aku terus balik jer... aku bukan benci moreh TAPI orang yang datang SEBAB MOREH & orang yang melepak time moreh sambil gelak kuat2.. time Terawih x nampak pon muke time moreh muncul entah dari mane pon aku x tahu... yang makan pulak mesti la berborak2 & bergelak ketawa.. x salah nak berborak & gelak tawa TAPI benda tu jadi salah kalau ketawa kuat2 sampai kacau orang yang nk bertadarus/solat sunat dll...
*mak ayah aku org cakap sombong sbb selalu x join lepak2/makan2 walhal mak ayah aku xnk share dosa dgn org2 yg lepak2 smbl cakap2 kosong....

kalau korg ade adik2 or tergolong dalam golongan yang aku sebut tu tlg la ambil perhatian & same2 lah kite berubah kearah yg lebih baik....

*Iklan Blog* --> Blogger ni cakap cari JODOH kena DEMAND sikit...

Sunday, July 03, 2011

Kan bagus kalau ramai artis Malaysia macam ni.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa yang x kenal Heliza Helmi?? Bekas pelajar AF musim ke-5 ni cukup comel untuk men-cairkan hati mane2 lelaki bujang seperti aku (tapikan cantik tu berbeza pada setiap orang..) tapi bagi aku Heliza ni dah cukup comel sebab mak & makcik2 aku pernah ber-borak pasal artis2 yang bertudung nih... 

Makcik : lawa pulak si Erra nih bertudung.. --> time tuh dok tengok iklan Erra Fazira jadi duta tudung kat paper
Mak : kalau artis macam ni la jadi menantu...
Makcik : si Heliza tu pon ok jer bertudung...
Aku[dalam hati jer] : kalau la aku dapat ngorat si Heliza tu... fuyoooo....
comey kn?? sumber --> FB Heliza
tapi ape yang buat aku kagum kat Heliza nih bukan sekadar kecantikkan beliau tapi cara beliau cuba menyampaikan ilmu kepada peminat2 beliau... jom tengok video2 dari Heliza yang comel...

Video 3 - Hari Selasa warna PINK --> kaum Hawa suke laa tu...

Take Note :
Isnin - Putih
Selasa - Pink/Purpple
Rabu - Biru
Khamis -Kuning/Oren
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad -Hitam

bestkan?? Heliza bagi tazkirah tu... comel+klaka jer Heliza ni... antara artis lain yang selalu bagi tazkirah secara tidak langsung adalah Wardina Safiyyah. Kedua-dua artis nih aku follow kat FB & twitter... wa cakap sama lu derr... dorg mmg sempoi....

*kepada mat2 rempit kat luar sane jangan lumba haram kat atas jalan baik korg berlumba kat SINI....
**Handphone paling semart penah aku jumpe...

Saturday, July 02, 2011

Artikel Student UIA YANG SEBENAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ini aku terbaca pada blog Andyhowt pasal statement seorang student Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Bila aku habis jer bace aku terus share dengan member2 aku yang belajar di UIA, memandangkan aku ni bukan student UIA jadi lebih baik aku dapatkan penjelasan dari member2 aku yang belajar di sana. so jawapan mereka adalah seperti yang tertera di bawah : 

please read the whole of the stories.
bukn nk back up
tapi ni memng btol.
tak semue jaht.
tpi adt lah kn, tak semue orng tu baik. ade yng baik, ade yng tersasar skit.. yng pasl tutp aurat tu. tak setuju lgsng. mne ade yng free hair. tpi klu ko dtng cni. thn nmpk orng yng free hair. ko tnye lh die. die ni student ke tk? klu student, btol ke die islam.? klu bukn student means die visitor and they come in in IIUM becasue of work. talking about student non-muslim. memng diorng ade beljr kat sni.. dan dirong wajib menutup kepale. dah nme pon non-muslim. cmfm2 lh die tutup kple je. rmbut yng terkeluar mcm jambul tu memng ade lah..
- Amira Izzati

Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA???????langsung TAK setuju....sebab...bdk non muslim pun pakai tudung jugak...n ak tak rasa stdnt uia yg buat artikl ni
- Haida Hassan

Ade betulnye gak ape y penulis ni sampaikan.. tp xsemuanya betul n tepat.. cthnye, pameran rambut tu, mane ade merata2 free hair kat uia ni.. Pd aku dia ni ade la gak menokok nambah cerita2 psl uia...
- Raja Zhafri

xsemua perangai baik, xsemua perangai buruk... tp secara jujur, ada sstgh yg aku kuciwa sebab dalam kampus pakai tudung, keluar pintu pagar je terus free hair. *aku duduk gombak, selalu lalu depan uia, ada pasar malam hari rabu, jadi tengok ngn mata sendiri.. pasal kapel takat nih xpnah tgk lagi la student yg pegang2 tgn... =.="
- Zulhusmi [bukan student UIA]


aku bersetuju dengan Zulhusmi, bukan UIA jer tapi dari zaman sekolah lagi aku tengok benda ni. Zaman sekolah dulu semua wajib pakai tudung tapi bila outing?? bila time balik rumah?? sebelah kaki jejak keluar dari pintu pagar jer dah bukak tudung... tayang rambut yang berkarat2 tuh.. konon urban laa...

*kalau korg rajin jom la join kontest yang cam best kat SINI, SINI & SINI

Friday, June 17, 2011

Disebalik Kisah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ini merupakan kesinambungan entry lepas bagi sesiapa yang belum bace entry lepas sila baca dulu ye. Entry kali ini juga akan menerangkan kenapa aku buat entry lepas. Sebenarnya kedua-dua entry ni ada kaitan dengan entry mengenai Adinda Evans. Mesti korg tertanya2 kenape kan??
Kisahnya begini... masa kecoh pasal isu Adinda Evans, aku ade bertukar pandangan dengan sorg blogger ni dekat twitter. Sila baca dialog dibawah (dialog telah diubah suai mengikut kesesuaian) -->

Blogger X : x payah la nak nasihat Adinda Evans tu kalau solat pon x cukop...
aku : tapi x salahkan kalo nak nasihat gak??
Blogger X : terpulang laa...asalkan niat tu betol dah laa...
aku : emm..ok...
Blogger X : masing2 ade pendapat masing2...
*perbualan terhenti di situ.

selingan : layan video2 menarik ni --> Video 1Video 2 & Video 3

korg jelas dengan situasi kat atas & kaitan dengan entry yg lepas??
meh aku nak terangkan bagi mereka yagn kurang jelas...pada entry lepas aku dah cakap..pahala & dosa tu berbeza...x kire la korg solat lengkap ke..puasa penuh ke..tapi kalo korg berzina tetap berdosa...bermakna solat & puasa tadi bukan bermaksud korg boleh melakukan maksiat(dosa) macam tu jugak kalau korang banyak buat amal kebajikan(pahala) sekalipun tapi solat ditinggalkan tetap berdosa!!!

*contest menarik PELUANG ke HONG KONG

cuba kita kaitan dengan situasi kat atas tu...dosa meninggalkan solat & pahala nasihat menasihati tu berlainan so xde hal la korg nak bagi nasihat... ade yang kate Adinda Evans ade buat entry balasan dan benda tu aku perasan masa aku tgk analitik Nuffnang yang direct dari blog Adinda Evans tapi entry tersebut telah di-delete..

aku terbaca dari ENTRY NI menyatakan yg Adinda Evans dah mula berubah..alhamdulillah...entry kontroversi tu pon dah di-delete...

Wednesday, June 15, 2011

Ni la BUKTI ISLAM PADA NAMA...KAPIR LAGI BAGUS...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sebelum aku proceed dengan tajuk entry kali nih sape yg bace akhbar UTUSAN hari ni?? kalau korg bace komfom korg dah boleh teka ape yang aku nak story jap lagi...jom tgk pic dulu....
korg klik la untuk zoom secara melampau... dari pelukis smpi ke editor bawak ke pengarah semua same jer... aku berani cakap laa... KAPIR lagi bagus.. ni la manusia yang JAHIL ilmu agama...

SIAPA KITA NAK MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH S.W.T???

Pahala & Dosa tu berbeza....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
VS

merujuk kepada tajuk kat atas ni.. bagi setiap umat Islam pahala & dosa ni memang sedia maklum kot...aku bukan orang yg termasuk dalam golongan warak jauh sekali alim ulama. 

al-kisah...seorang murid bertanya pada seorang alim 

Murid : tuan guru, saya ada situasi yang ingin saya ajukan pada tuan...
Guru : cuba anda terangkan...

Murid : 

Situasi 1

ada seorang Pak Lebai. Hidupnya cukup sempurna ibadahnya, solat 5 waktu cukup berjemaah pula dimasjid.. ditambah pula dengan solat2 sunat, puasa sunat jarang ditinggalkan.. dipendekkan ibadahnya cukup sempurna. Tapi pada suatu hari seekor anjing kencing dihadapan rumahnya lalu diambil kayu dan dibaling pada anjing tersebut kerana marah..kayu tersebut kena pada kaki anjing itu lalu tempanglah anjing tersebut...

apakah hukumnya tuan guru??

Situasi 2

ada seorang doktor yang sangat baik..tiap hari merawat pesakit2 tanpa rungutan..tanpa meminta wang sebagai balasan..namun doktor ini tidak menjaga solatnya...

apa pula hukumnya...

Guru : 

bagi situasi 1 tadi...alangkah elok kalau Pak Lebai tadi dapat menahan amarah kepada anjing tersebut...berdosa menyeksa haiwan...

bagi situasi 2 pula...setiap kebaikkan si Doktor buat akan mendapat pahala tetapi alangkah baiknya jika dia menjaga solatnya kerana meninggalkan solat itu berdosa...


nampak x?? setiap kebaikkan yang kita lakukan akan mendapat pahala & setiap kejahatan yang kita lakukan tetap mendapat dosa....

entry ini akan bersambung...

Thursday, June 02, 2011

Apa nak buat dengan Manusia macam ni??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam aku dapat rasakan 'bahang2' yang membuatkan blogger2 se-Malaya panass.... ade 2 kisah yang membuatkan blogger2 panas dan kali ini aku nak berkongsi pendapat aku tentang kisah AdindaEvans yang sedang jadi trending kat twitter sampai Juliana Evans terpaksa buat announcement yang AdindaEvans tu bukan adik dia n xde kaitan pon dengan dia...
sumber : HALUSINASI
top 3 world trending
1st rank in Malaysia trending
sumber gambar twitter dari Syazwani Mazlan

bagi pandangan aku Adinda Evans ni sangat2 tidak tahu malu...benda ni bukan jer melibatkan diri sendiri tapi maruah keluarga...blog Adinda Evans bukan blog private maka kemungkinan untuk jiran tetangga baca amat2 la tinggi...bila jiran2 tahu maka kemungkinan mereka untuk membuat dosa mengumpat+fitnah amat2 tinggi...
*jangan nak salahkan orang lain mengumpat pasal kita kalau dah sendiri yang buat salah...terima je la walaupon pahit...

tu baru jiran tahu...kalau member2 lelaki tahu?? komfom2 Adinda Evans nih kena cop Bohsia...lagi bagus member2 tu tadi layan Adinda Evans tu macam pelacur murahan...
*lelaki pandang pompuan camni tok buat stok lepas nafsu jer....

tu baru member2 yang tahu..lagi buruk kalau mat2 rempit, penagih dadah dan yang seangkatan denganya tahu camne lak?? x kena kena kekah ramai2...dah la kena kekah...silap2 mengandung...lagi silap hari bulan dapat AIDS/HIV
*bukan salah lelaki jer kalau kes rogol...

Sewaktu aku di-Sliss dulu aku pernah dengar senior aku baca hadis or ayat Al-Quran yang maksudnya lebih kurang begini
"Allah MELAKNAT mereka yang telah melakukan maksiat dan sesudah itu mereka ber-BANGGA dengan apa yang mereka lakukan"
*aku x ingat potongan hadis or ayat Al-quran yang mana jadi siapa2 yang tahu tlg inform aku dengan segera 
nampak tu?? Allah s.w.t melaknat manusia yang macam ni...inikan pula kita manusia dah komfom2 kita akan mengeji tindakan sebegitu!!

Bagi Adinda Evans aku nasihatkan supaya bertaubat dengan taubat nasuha...selagi belum kiamat..selagi belum sampai nyawa di kerongkong..selagi itulah pintu taubat dibuka bagi seorang hamba Allah...

bagi mereka yang maki2 Adinda Evans tuh meh minum teh dulu...teh boleh membuatkan anda tenang...sambil2 tuh meh makan coklat...aku blnjer....

Wednesday, May 25, 2011

ade 4 jantina rupenyer.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin aku menonton program realiti Imam Muda kat Astro Oasis
tugasan mingguan yang diberikan oleh tenaga pengajar (mursyid) sangat2 menarik
tugasan Imam Muda adalah berdakwah dengan Mak Nyah
bukan memain wehh...siap ade pejabat persatuan lagi....
hebat Mak Nyah Msia nih...sebab tu boleh buat Pertandingan Ratu PONDAN....

berbalik pada tajuk asal...korg tahu x yang kita manusia ada 4 jantina??
nape?? x caye?? meh kire kat bawah

1. Lelaki
2. Wanita
3. Khunsa
4. Mukhannath

see?? ade 4 kn?? yang lelaki & perempuan tuh mungkin korg dah kenal...kalo x kenal xtaw la nak kate ape...agaknye korg dok kat alam mane la sampai lelaki dengan perempuan pon korg xtaw ape....
aku nak fokus pada KHUNSA & MUKHANNATH 

Makna

1. KHUNSA : ialah seseorang yang dilahirkan dengan 2 alat kelamin sama ada kedua2 nya boleh dipakai atau hanya salah satu sahaja yang boleh dipakai.

2. MUKHANNATH : lelaki yang ingin@menyerupai perempuan dalam erti yang lebih mudah PONDAN

Perbezaan

1. KHUNSA : mereka ini boleh memilih jantina mereka. Jika jiwa & perlakuan lebih kepada seorang lelaki hendakalah ibu bapa tadi membentuk anak itu menjadi seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

2. MUKHANNATH : tidak boleh memilih JANTINA

Pembedahan

KHUNSA : boleh membuat pembedahan sekiranya salah satu dari alat kelamin tadi memberi kesan kepada kesihatan (atas nasihat doktor).
--> TAPI kalau mengganggu jiwa@kehidupan sharian aku blom dapatkan kepastian

MUKHANNATH : tidak boleh menjalankan pembedahan penukaran jantina!!!

masalah golongan MUKHANNATH ini akan aku ulas lagi dalam entry akan datang...
sebelum aku mengundur diri aku nak ajak korg join aku kat SINI....
see u there!!!

Monday, May 09, 2011

Lu pikirlah sendiri...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

baru kejap td aku bace kt blog Nur Amalina Athman 
aku agak terkedu bila baca apa yg beliau cuba sampaikan...

point2 yg beliau sebut benar2 belaka....

bertudung TAPI 

1. berbaju ketat/nipis@jarang/singkat sampai nampak pusat
2. bersanggul tinggi macam bonggol unta
3. pakai legging@seluar londeh2 pulak....--> yg ni aku tambah sendiri 

mmg semua tu sah2 melanggar HUKUM SYARIAT 
tp apa yang aku nak tekankan kat sini
apa yang beliau cuba katakan dengan 

"ko tu bukan tutup aurat tapi tutup rambut. Welcome to the club...ko pakai pon kena laknat...same jeww...see u in hell.. yeah..."

aurat bagi seorang perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan 2 tapak tangan

1. maka rambut termasuk dalam AURAT seorang perempuan
bagi pendapat aku perempuan yg pakai tudung tapi tergolong dalam golongan yg aku mention kat atas tuh
masih berdosa sebab menayangkan apa yg x patot ditayangkan TAPI!!!
ade tapi nyer....dorg dah kurangkn sikit dosa dorg dengan menutup rambut...
setahu aku la setiap helai perempuan yang didedahkan kepada lelaki bukan muhrim adalah dosa...

2. statement beliau "see u in hell.. yeah..."
Ya-Allah... bawak mengucap derr... setiap kata2 tu doa... ape yg ko cakap tu dah macam ko tempah 1 bilik kat Neraka tuh... aku ni x alim jauh sekali warak tapi aku ade rase tanggungjawab sebagai seorang saudara se-Islam untuk menegur sesame kita....

ape pon aku harap korg semua bersangka baik...mungkin yang golongan yang pakai tudung macam yg aku mention kat atas tu ade yang baru nak belajar pakai tudung...

TAPI niat korg nak bertudung tu biar la betul....
jgn korg bertudung sebab bf@pakwe sbb bila break komfom korg free hair balik
jgn korg bertudung sebab korg nak ber-fesyen2 sbb korg x dpt pahala tapi penat & panas jer...

BERTUDUNGLAH KERANA ALLAH
http://kembarahidup.wordpress.com/2008/08/18/taubat-seorang-hamba/

kredit to :

Saturday, May 07, 2011

SAH !!! Dunia nak KIAMAT daa....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi sabtu yang indah...
lepas sarapan bersama Noh Hussin di kedai 'awek' depan rumah...('awek' tu xde lak arini)
seperti biase aku akan bukak beberapa paper online untuk dibaca..
kot2 ade berita menarik-tertarik kau mmg da-bomb...
sekali tgk berita kat Kosmo! Online

|
|
|

PELAJAR JUAL DARA bukan DARAH
ni bukan kali pertama aku baca berita macam ni...
x payah nak susah2 tengok kat negara luar..tgk jer dalam Msia ni....
student2 IPT kat Malaysia ni berapa ramai yang jadi part-time lover...
berapa ramai pulak yang mengandung anak luar nikah??

PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA : 

1. kurang didikan agama
2. kurang kasih sayang keluarga
3. masalah kesempitan WANG

kenapa aku bold-kn pada point ke-3?? isu tu aku akan kupas dlm entry akan datang...

Sunday, April 24, 2011

Mamat ni lg cool... setanding Matlutfi ok??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siyesly mamat ni cool....
aku tergerak tgk video mamat ni dari FB
tah sape yg post aku klik jer....
jom tgk video bawah nih -->


pergh.....kagum glerr.....
korg tgk sendirikan?? dia punyer speaking sgt2 fluent...
and bertambah2 kagum dia bagi nasihat yg jelas, terang lagi bersuluh....
 part paling best dia berikan contoh2 yg Islamik....

Saturday, April 23, 2011

Ni Hukuman kat Dunia...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dan janganlah kamu mendekati ZINA sesungguhnya ZINA itu adalah suatu perbuatan yang keji. 
Dan satu jalan yang keji. 
Surah Al-Israa, Ayat 32

kali ni aku nak cuba ulas paper yg aku sempat bace pagi td...


tu baru Allah S.W.T bagi hukuman kat dunia...belum akhirat lg...
benda yang Allah S.W.T dah larang nak jugak buat...kan Allah tarik balik nikmat(zuriat) tu...
semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah ini...

Dari korg pikir nak buat benda2 x berpekdah tu baik korg berbakti dgn Msia....

Thursday, April 21, 2011

Ade Udang Disebalik Maggi....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

korg bace x paper hari ini??
aku terlepas pandang tok bace paper on-line pagi2 td...
tapi baru jer lepas bace paper on-line dan salah satu berita utama


macam yang aku dah cakap pada 2 entry lepas --> SINI & SINI
sejarah menunjukkan segala campur tangan bukan dgn niat membantu sgt pun...
ape yang mereka inginkan adalah sumber kekayaan yang ada di negeri@negara tersebut
kalau dulu British menawarkan bantuan kepada Perak kerana bijih timah...
sekarang Perancis menawarkan bantuan kepada Libya kerana minyak....

pihak2 Barat hanya menangguk di air keruh
yang rugi kita...

*aku harap krisis di Libya boleh pulih dengan kadar segera tanpa campur tangan dr pihak lain lebih2 lagi pihak barat 

untuk pengguna@bakal pengguna BlackBerry ade plan terbaik tok korg --> klik SINI

Tuesday, April 19, 2011

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kali ni UBM bagi 1 lagi assignment untuk student2 UBM--> baru 2nd assignment laa...
isu kali ni menjurus kepada Islamik...


listkan 3 sunnah Nabi & terangkan dengan lengkap kebaikan kepada pengamalnya

1. Membaca Surah Al-Mulk & Surah As-Sajadah sebelum tidur

kebaikkan kepada pengamal : Surah Al-Mulk akan melindungi dirinya dari disoal Munkar & Nakir ketika di Alam Barzakh ---> maklumat lanjut di SINI

2. Puasa Sunat 6 hari di Bulan Syawal

kebaikkan kepada pengamal : memperingatkan diri yang ibadah puasa tidak semestinya hanya di bulan Ramadhan, tidak memberi kejutan kepada sistem pencernaan yakni makan secara berterusan

3. bersugi

kebaikkan kepada pengamal : menghilangkan bau mulut akibat makanan(petai, jering dan yg se-angkatan dgnnyer) atau tidur yg lama(air liur basi) selain itu bersugi turut membantu otak berfikir dgn lebih tajam.
--> maklumat lebih lanjut di SINI

aku bukan la ustaz jauh sekali ulama untuk memberikan penjelasan panjang lebar disertakan dengan hadis2...
tapi aku dah pun buat rujukan dengan ustaz2 yang aku kenal...
ape yang aku tulis kat atas tu semua aku dapat masa aku sekolah dulu...
untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut aku sarankan korg rujuk dgn ustaz2 atau org yang lebih pakar dlm bidang agama....
andai ada salah silap tlg tegur dgn kadar segera kerana takut tersalah sampaikan ilmu

Sunday, April 17, 2011

Tentera Ghaddafi guna Bom berangkai??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ini sekadar ingin mengulas berita semasa tentang keadaan di Libya
tentera Ghaddafi dikatakan menggunakan BOM BERANGKAI@Cluster bomb
penggunaan bom berangkai ini membahayakan kanak2 kerana mereka menyangka bom2 kecil yg jatuh adalah mainan...selain boleh mendatangkan collateral damage pada org awam....

seingat aku kanak2 adalah salah satu golongan yg dilarang dari dibunuh sewaktu peperangan...
sekiranya Muammar Ghaddafi mengambil kira perkara ini sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku...
adakah ini permainan pihak Barat yang ingin menjajah Libya??
berapa lama lagi krisis Libya akan berterusan??

semoga saudara se-Islam kita selamat di sana...

Sumber semakkan pantas ---> SINI

Wednesday, April 13, 2011

Kelebihan Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Surah Al-Waqiah, surah ke-56 dalam Al-Quran, Juzuk 27 
zaman skola dulu aku ustaz selalu cakap :

"siapa2 yg bace surah Al-Waqiah di waktu pagi (selepas subuh) Insya-Allah murah rezeki"

Link berkaitan dengan Surah Al-Waqiah :


bagi mereka yang sentiasa sibuk seperti student(macam aku)
aku ade tips terbaik supaya kita sama2 boleh amalkan surah ni : 

a. download mp3@video Surah Al-Waqiah
b. ambil wuduk
c. pastikan aurat tidak terdedah
d. play mp3@video tersebut & cuba ikot...senang jer...

semoga kita semua mendapat manfaat...
selamat beramal....

*ni ade rezeki nak share dengan korg --> Klik SINI

Monday, April 11, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni aku berkongsi mengenai Surah Al-Mulk
mase aku skola dulu aku taw 2 jer kelebihan Surah Al-Mulk ni..

1. Menjadi sunnah Rasulullah S.A.W membaca Surah Al-Mulk & As-Sajadah
2. Menjadi pelindung sewaktu kita disoal Munkar & Nakir di alam Barzakh

siyes mmg zaman skola aku taw 2 menda tuh jer..
tapi setelah aku selidik2 rupenyer banyak lg kelebihan membaca Surah Al-Mulk

korg boleh Klik kt bawah :


ade ustaz cakap sebelum tido tu baca Al-Ikhlas, An-Nas & Al-Falaq
even korg tertido mase baca surah2 tu korg tetap dikira membaca sehingga selesai
macam tu jugak dengan surah Al-Mulk..Surah ni panjang so bagi yang dah hafal korg boleh la baca sambil baring2...bagi yang belum hafal macam aku, amat2 digalakkan baca sebelum berbaring(melihat Al-quran).

bagi student macam aku ni aku bagi korg tips paling senang...

1. donlod mp3@video Surah Al-Mulk
2. Amek wuduk
3. pastikan korg menutup aurat
4. play mp3@video tu dan cuba ikot yer..surah ni senang jer


sumber video ni di-share oleh Heliza Helmi di Twitter
semoga entry kali ni memberi manfaat buat kita bersama

*andai ade salah info@ilmu tlg cepat2 tego kt ruang komen yer...

Pages

NuffX