Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Bahaya JIKA Membawa Penumpang/Muatan Berlebihan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni aku nak mengingatkan semua PEMANDU diluar sana bahaya jika anda membawa penumpang/muatan berlebihan. Biasanya jika pulang ke kampung halaman masing-masing, banyak buah tangan yang dibawa untuk kaum keluarga & sahabat handai. Perkara yang sama berlaku ketika anda mahu pulang ke rumah sendiri pastinya banyak bekalan atau buah tangan dari keluarga & sahabat untuk anda sekeluarga. Ketika ziarah menziarahi ada juga yang sanggup bersesak-sesak didalam satu kereta dengan alasan "nak jimat minyak...". Namun tahukah anda bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan?? jom tgk senarai bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan

1. Penyerap Hentakan a.k.a Shock Absorber

fungsi shock absorber adalah membantu pengendalian kereta & brek, selain memberikan pengasingan munasabah kepada penumpang dari bunyi bising jalan, bonggol & getaran agar selesa. --> SUMBER

sekiranya penumpang/muatan yang dibawa melebihi had, pemendapan shock absorber akan berlaku sekaligus mengakibatkan kenderaan tidak stabil

2. Tayar --> mudah panas & kemungkinan PECAH 80%

3. Kelajuan --> Sukar dikawal jika dipandu mlebihi 80km/j

4. Brek --> akan menghadapi masalah akibat momentum dari graviti terlalu tinggi

5. Stereng 

Sukar dikendalikan kerana BERAT & mudah hilang kawalan ketika mengambil selekoh
selain itu penumpang/muatan berlebihan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan dari jumlah yang sepatutnya. Semoga perjalanan anda sekeluarga selesa & selamat!!! 

*Iklan Blog* --> Blogger ni nak berkongsi AKSI-AKSI di MESIN ATM [18SX]

Tuesday, August 16, 2011

Tips Penjagaan Tayar Kereta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya yang bakal tiba x lama lagi aku nak berkongsi tips penjagaan tayar kereta. Penjagaan tayar penting bagi memastikan keselamatan perjalanan ketika panas & hujan.

1. Jangan gunakan TAYAR BERBUNGA HALUS

tayar sebegini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek & kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan basah, kenderaan mungkin terbabas atau melompat dari air ketika membrek & menyukarkan kawalan pemanduan.

2. Pastikan TEKANAN Tayar 

Tekanan yang rendah boleh menjejaskan kekuatan tayar manakala tekanan terlalu tinggi akan menyebabkan sesuatu di luar dugaan dalam kawalan. Periksa tekanan tayar 2x sebulan dalam keadaan sejuk. Tekanan tayar yang betul juga boleh mempengaruhi penggunaan minyak kereta.

3. Jangan GABUNGKAN tayar 

Jangan sesekali menggabungkan tayar dengan jejari & tayar tanpa jejari kerana pada kelajuan tinggi ia boleh menyebabkan ketidak stabilan & kenderaan hilang kawalan.

4. Skru tayar

Pastikan skru dipasang dengan betul & tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka dengan pembuka tayar biasa sekiranya skru diketatkan menggunakan mesin pembuka tayar udara.

Tayar gantian juga perlu diperiksa TERUTAMA bagi perjalanan jarak jauh. Selain daripada tips-tips diatas anda boleh rujuk di SINI untuk lebih lanjut. 

kalau korg ade tayar macam ni jer korg tak perlu risau... -- SUMBER
Jangan lupe Join SINI kalau nak DUIT RAYA
*Like Fan Page kalau sudi
*Iklan Blog* --> Blogger ni meluahkan perasaan bagi INSAN yang BERTUDUNG
*Servis PERCUMA dari Proton --> tertakluk pada terma & syarat2

Tuesday, August 02, 2011

Ape itu SPAM??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni aku nak bercerita pasal SPAM. Pada entry aku yang INI ada beberapa blogger menyatakan meletakkan link pada ruang komen boleh dianggap oleh Google sebagai SPAM, maka aku pon meng-Google ape itu SPAM..

Definition of SPAM 

SPAM is use of electronic messaging system (including most broadcast media, digital delivery system) to send unsolicited bulk messages indiscriminately --> SUMBER

makna SPAM (Versi Bahasa Melayu)

SPAM adalah 1 bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki --> SUMBER

dapat tak makna sebenar SPAM?? bermakna bagi korg sumer yg biasa letak link2 kat blog2 orang lain tu tak perlu risau sebab itu bukan SPAM. meh aku bagi CONTOH SPAM -->

korg pergi blog A then korg komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com

then korg blog walking ke blog B 7 komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com

pergi ke blog C,D,E,F still korg komen : singgah sini.. meh la dtg ke blog sy http://XXX.blogspot.com

itulah yang digelar SPAM dalam berblog... kadang2 kalau korg perasan korg dapat komen kat entry yang langsung tiada kaitan dgn entry... itu pon SPAM jugak...

Ada banyak cara untuk mengelakkan SPAM komen tapi cukup dulu setakat ni. Aku akan cari & kaji dulu cara untuk mengelak SPAM komen & kenapa blog di-remove oleh Google... sape2 yang ade pendapat boleh la share kat ruang komen tu ok??

*Iklan Blog* --> Blogger cun tapi dah Berpunya ni ade Tips TAMBAH follower dgn CEPAT!!

Sunday, July 03, 2011

Kan bagus kalau ramai artis Malaysia macam ni.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa yang x kenal Heliza Helmi?? Bekas pelajar AF musim ke-5 ni cukup comel untuk men-cairkan hati mane2 lelaki bujang seperti aku (tapikan cantik tu berbeza pada setiap orang..) tapi bagi aku Heliza ni dah cukup comel sebab mak & makcik2 aku pernah ber-borak pasal artis2 yang bertudung nih... 

Makcik : lawa pulak si Erra nih bertudung.. --> time tuh dok tengok iklan Erra Fazira jadi duta tudung kat paper
Mak : kalau artis macam ni la jadi menantu...
Makcik : si Heliza tu pon ok jer bertudung...
Aku[dalam hati jer] : kalau la aku dapat ngorat si Heliza tu... fuyoooo....
comey kn?? sumber --> FB Heliza
tapi ape yang buat aku kagum kat Heliza nih bukan sekadar kecantikkan beliau tapi cara beliau cuba menyampaikan ilmu kepada peminat2 beliau... jom tengok video2 dari Heliza yang comel...

Video 3 - Hari Selasa warna PINK --> kaum Hawa suke laa tu...

Take Note :
Isnin - Putih
Selasa - Pink/Purpple
Rabu - Biru
Khamis -Kuning/Oren
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad -Hitam

bestkan?? Heliza bagi tazkirah tu... comel+klaka jer Heliza ni... antara artis lain yang selalu bagi tazkirah secara tidak langsung adalah Wardina Safiyyah. Kedua-dua artis nih aku follow kat FB & twitter... wa cakap sama lu derr... dorg mmg sempoi....

*kepada mat2 rempit kat luar sane jangan lumba haram kat atas jalan baik korg berlumba kat SINI....
**Handphone paling semart penah aku jumpe...

Friday, May 27, 2011

Petua untuk Isteri2 & Suri rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali nih aku nak berkongsi tips bagi isteri2 & suri rumah kat seluruh Malaysia....
bagi yang bakal2 bergelar isteri pon boley....

1. Tips bagi ikan tidak busuk
ikan yang disimpan dalam peti ais mungkin busuk kalau elektrik terputus terlalu lama..jadi bagi mengelakakn ikan menjadi busuk anda boleh mencuba tips ini.

Ambil ikan yang telah disiang tadi (pastikan ikan yang telah disiang dicuci bersih) dan gaulkan dengan nasi sejuk & sedikit garam. Nasi hendaklah betul2 sejuk kerana nasi yang panas@suam akan menyebabkan ikan busuk. Kemudian ikan tadi hanya perlu disimpan seperti biasa --> cuci ikan seperti biasa sebelum masak 
*beras makin mahal ade ke yang nak try care nih??

2. Tembikai Tahan Lama
buah tembikai biasanya cepat busuk jadi bagi mengelakan ini terjadi anda mungkin boleh cuba tips ini

sapukan kapur makan di pangkal tembikai Insya-Allah tahan lama
*aku x penah try lg nih...

3. Elak Kutu Beras
nih masalah utama bila menyimpan beras...

ade 2 pendapat :
1. letakkan bawang putih dalam bekas simpan beras
2. letakkan cili kering dalam bekas simpan beras

*ade jugak yang kate letak kayu manis dalam bekas simpan beras...tapi yang mak aku buat letak bawang putih tu dan terbukti berkesan!!! -->kalau ade pon sikit2 jer....

samapi sini dulu perkongsian ilmu dari aku...sebelum aku lupe...dengar citer ade gath open kat Mid Valley hari Ahad nih... aku mungkin x dapt join gath tu tapi aku ade event lagi besar tok korg join....

Wednesday, May 25, 2011

ade 4 jantina rupenyer.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin aku menonton program realiti Imam Muda kat Astro Oasis
tugasan mingguan yang diberikan oleh tenaga pengajar (mursyid) sangat2 menarik
tugasan Imam Muda adalah berdakwah dengan Mak Nyah
bukan memain wehh...siap ade pejabat persatuan lagi....
hebat Mak Nyah Msia nih...sebab tu boleh buat Pertandingan Ratu PONDAN....

berbalik pada tajuk asal...korg tahu x yang kita manusia ada 4 jantina??
nape?? x caye?? meh kire kat bawah

1. Lelaki
2. Wanita
3. Khunsa
4. Mukhannath

see?? ade 4 kn?? yang lelaki & perempuan tuh mungkin korg dah kenal...kalo x kenal xtaw la nak kate ape...agaknye korg dok kat alam mane la sampai lelaki dengan perempuan pon korg xtaw ape....
aku nak fokus pada KHUNSA & MUKHANNATH 

Makna

1. KHUNSA : ialah seseorang yang dilahirkan dengan 2 alat kelamin sama ada kedua2 nya boleh dipakai atau hanya salah satu sahaja yang boleh dipakai.

2. MUKHANNATH : lelaki yang ingin@menyerupai perempuan dalam erti yang lebih mudah PONDAN

Perbezaan

1. KHUNSA : mereka ini boleh memilih jantina mereka. Jika jiwa & perlakuan lebih kepada seorang lelaki hendakalah ibu bapa tadi membentuk anak itu menjadi seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

2. MUKHANNATH : tidak boleh memilih JANTINA

Pembedahan

KHUNSA : boleh membuat pembedahan sekiranya salah satu dari alat kelamin tadi memberi kesan kepada kesihatan (atas nasihat doktor).
--> TAPI kalau mengganggu jiwa@kehidupan sharian aku blom dapatkan kepastian

MUKHANNATH : tidak boleh menjalankan pembedahan penukaran jantina!!!

masalah golongan MUKHANNATH ini akan aku ulas lagi dalam entry akan datang...
sebelum aku mengundur diri aku nak ajak korg join aku kat SINI....
see u there!!!

Wednesday, April 27, 2011

APE YANG PENTING???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kali nih aku nak share camne yang
bukan blogger pon boleh carik side income via internet
ade 2 company pengiklanan jer yang aku tahu setakat nih
dan aku sendiri dah cuba...

1. Churp2


dibawah naungan Nuffnang tetapi cara untuk mendapat duit adalah berbeza.
Jika Nuffnang bergantung pada traffic@CTR(Click through Ratio) tetapi Churp2 nih just perlu org klik 
pada iklan2 yang diberikan....
*Churp2 aku lg banyak dari Nuffnang kot....

2. Says.my

Says ni pon same dan yang paling penting lagi cepat!! sebab setiap kali orang klik jer iklan tu earning korg akan terus naik kat dashboard korg...
*Says nih mmg TERBAIK....

APE YANG KORG PERLU ADA...

1. Emel --> yelaa...kalo xde emel camne korg nak ade FB, Twitter dll kn?? selain tu korg jugak boleh emelkan link2 ke kawan2 korg kat YM, gtalk, MSN dll....
2. Facebook --> copy jer link2 yang diberi tu and post kat wall member2 or tag sesape saje...
3. Twitter --> mention la member2 korg yg follow...
4. Blog (Optional) --> kalau ade korg boleh selit2 kn iklan ni kat ujung2 blog korg...

MACAM MANA NAK JOIN??

1. Klik --> Churp2
2. Klik --> Says.my

UNTUK PERHATIAN!!!

1. Churp2 sedang menjalankan CONTEST@RACE yang menarik dan HADIAH2 yang disediakan adalah iPad 2, BlackBerry dll
2. Says.my pula buat LUCKY DRAW dan tinggal beberapa hari lg...tp korg semua masih ade PELUANG!! HADIAH2 yang disediakan seperti Canon 600D, iPhone 4, iPad 2, Macbook Pro dll

KALAU ADA INFO2 YANG SALAH HARAP TEGUR & DIMAAFKAN...
so... APE YANG PENTING.....USAHA!!!!

Sunday, April 24, 2011

Tips Driving Jauh2 [style aku]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin aku tlg hantarkan awek senior team silat aku ke rumah dia kat Melaka...
penat?? xyah cter laa...mmg penat giler kot....
ni kali ke-2 kot aku buat maraton...aritu wat maraton balik KL
(7mlm grak dr Bt. Pahat & 6pg smpi Bt Pahat balik)
so aku nak share sikit tips bagi driver2 untuk jalan jauh


yang ni benda pertama sekali korg kena check kalau x camne nak jalankn?? Check minyak hitam, minyak brek, minyak power steering dll..yang kat part enjin tu. Check tayar (angin & bunga) & last but not least tools tok repair kereta kot2 la rosak tetibe kn?? tayar spare tgk ok ke x... *sediakan payung sebelum basah lenjun...

sumber : google

2. Pakaian

jangan ambil mudah benda nih...pemakaian korg haruslah bersesuaian mengikut selera masing2. Contohnya, korg sensitip dgn kain jenis cotton so korg jangan la gatal2 pakai baju dari cotton pulak..pakai la baju jenis Adidas-ClimaCool tu ker..baju Cheetah-Cool-Fit tu ker..selain tu masa juga memainkan peranan, kalo siang pakai la baju nipis sikit(sebab panas)...dan kalo malam lak pakai la tebal sikit(sebab malam lg sejuk kot)...namun ini semua bergantung pada thermal comfort individu ok?? 
---> masuk subjek air-cond sbb bru pas study skit...

sumber : Google

3. Makan & Minum

Pastikan korg alas perut korg sikit supaya ada tenaga untuk drive. ELAKKAN makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak!! nanti korg ngantok pulak... standby la kekacang atau kerepek-mepek untuk dibuat kunyah2 semasa driving. Minuman ber-caffeine seperti kopi dikatakan membantu driver2 untuk terus drive tanpa rasa mengantok tetapi ini pon bergantung pada individual kerana ade yang alah pada kopi@nescafe dan yang sekaum dengannya... bagi yang alah dengan kopi@nescafe tu sediakan la air mineral dalam kereta ok??

snickers nih wajib aku makan kalo nak jalan jauh

4. Masa & Cuaca

masa & cuaca juga memainkan peranan penting bagi driver2 di Malaysia ni...ade sesetengah driver hanya boleh drive waktu malam sahaja kerana waktu siang(terutamanya dari tengahari smpi ke petang nak2 petang tu panas terik and angin sepoi2 jer...) buat mereka mengantok dan sebaliknya...
*ini bergantung pada individu ok??
sumber : google

5. GPS@Maps

Bagi yang dah ade system GPS dlm kete tu x payah la riso..tp bg org yg pakai kete lelame cam aku n then xtaw hala tuju pulak baik korg standby GPS or korg boleh beli handphone INI MACAM untuk gunakan sebagai compass... kot2 la sesat kan?? *malu bertanya x jumpe jalan balik la jawabnyer....

itu je kot yang aku rase aku ade untuk share dengan korg...
pesanan terakhir buat driver2 se-Malaysia korg
jangan sesekali nak race atas jalan tu...
kalo nak race jom race kat LITAR NI...

*kalo ade lg  tips2 tu boleh share kat ruang komen k??

Monday, April 11, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni aku berkongsi mengenai Surah Al-Mulk
mase aku skola dulu aku taw 2 jer kelebihan Surah Al-Mulk ni..

1. Menjadi sunnah Rasulullah S.A.W membaca Surah Al-Mulk & As-Sajadah
2. Menjadi pelindung sewaktu kita disoal Munkar & Nakir di alam Barzakh

siyes mmg zaman skola aku taw 2 menda tuh jer..
tapi setelah aku selidik2 rupenyer banyak lg kelebihan membaca Surah Al-Mulk

korg boleh Klik kt bawah :


ade ustaz cakap sebelum tido tu baca Al-Ikhlas, An-Nas & Al-Falaq
even korg tertido mase baca surah2 tu korg tetap dikira membaca sehingga selesai
macam tu jugak dengan surah Al-Mulk..Surah ni panjang so bagi yang dah hafal korg boleh la baca sambil baring2...bagi yang belum hafal macam aku, amat2 digalakkan baca sebelum berbaring(melihat Al-quran).

bagi student macam aku ni aku bagi korg tips paling senang...

1. donlod mp3@video Surah Al-Mulk
2. Amek wuduk
3. pastikan korg menutup aurat
4. play mp3@video tu dan cuba ikot yer..surah ni senang jer


sumber video ni di-share oleh Heliza Helmi di Twitter
semoga entry kali ni memberi manfaat buat kita bersama

*andai ade salah info@ilmu tlg cepat2 tego kt ruang komen yer...

Sunday, April 03, 2011

copy-paste [pandangan aku]

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

baru2 ni aku ber-Blog-Jog untuk mencari idea/menghilangkan tension
dan dalam aku joging kat alam maya(blog) korg sumer...
aku tertarik dengan tajuk or isu pasal COPY-PASTE...
ade 2-3 blogger yang memberikan pandangan masing2...
ade yang bagi pro&con, ade yang buat x kesah, ade yang marah2...

ape yang aku nak citer kat sini hanyalah pada pandangan aku sahaja...
jgn korg nak marah aku lak yer...
pada blogger2 yang dah buat pasal topik ni aku harap korg sudi bace...

COPY-PASTE@plagiat
bagi aku benda ni x salah pon...
perlu diingat segala ilmu pengetahuan kat dunia ni bukan milik kita ianya milik Allah S.W.T
kita xde hak untuk mengahalang ilmu tu disebarkan pada semua mahkluk...

Backlink@penghargaan@mention
bagi aku...blogger yang picisan habes nih...mmg la dok mengharap org len backlink kat blog aku...
tipu la kalo aku kate aku xnk kan? kan?? kan???
sape yang xnk free backlink lagi2 kalo blogger femes@otai cam Taufiq Helios
tp bila difikirkan balik bab kongsi ilmu ni aku x mengharapkan sangat pon....
*aynayoub minx izin untuk entry ni --> Silent 

Gambar+watermark
semestinya ramai blogger2 letak watermark pada gambar2 mereka...
sebagai langkah berjaga2 & untuk menunjukkan bahawa gamabr tu asli hasil usaha mereka...
dalam hal ni terpulang pada masing2...
aku sendiri banyak meletakkan gambar dari internet yang di-gugel...
aku hanya letak watermark pada gambar di entry --> Tutorial Myeg
yang lain aku mmg xde letak ape pon...kalo ade pon aku edit guna Paint jer...
*siyes aku x reti+x kreatif

ape pon ni sumer hanyalah pandangan aku saje...
sape2 rase nak marah aku boleh buat sedemikian kat ruang komen...

*rasenyer byk sgt aku letak link dlm entry nih...korg klik2 lah yer....

Friday, April 01, 2011

Tutorial Myeg-Renewal CDL [ payment via FPX / e-Debit ]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

tutorial kali ni pasal Myeg...
bagi korg yang malas nak beratur panjang kat Pejabat POS@JPJ Myeg adalah penyelesaian terbaik buat korg!
aku pon baru jer try buat guna Myeg ni disebabkan kekangan masa untuk beratur panjang kat Pejabat POS@JPJ

berikut adalah langkah-langkahnya :

1. tekan url Myeg : http://myeg.com.my/ [malas?? aku dah linkkan pon...tekan jer..]

2. tgk sebelah column sebelah kanan ade tulis Quick Shortcut tgk bawah tu ade tulis "DRIVING LICENSE RENEWAL" --> klik
klik untuk zoom secara melampau
3. akan keluar page untuk anda semua isi butir-butir@info yang diperlukan bagi proses renew license

4. buat pilihan untuk KAEDAH PENGAMBILAN : Penghantaran/Delivery [isikan butir-butir@info yang berkaitan] 
->anda juga boleh memilih untuk menghantar ke rumah ataupun ke pejabat [pastikan alamat yang diberi BETUL!!! jangan lak korg nak minx anta ke opis tp korg bagi alamat rumah...mmg nak kena lempang lelaju laa..] 
->waktu penghantaran juga boleh dipilih dari 9pg ke 5ptg maknanye kalo korg ade kt rumah pukul 9-2ptg[katekan ptg tu ade meeting@kuliah] korg tekan kat situ 09:00AM - 02:00PM mengikut kesesuaian masa masing2 ok??

5. sebelum menghantar segala butir-butir@info tadi pastikan anda memilih cara pembayaran FPX / e-Debit --> klik butang hantar selepas pilih cara pembayaran
klik lg tok zoom secara melampau

6. selepas klik butang hantar akan keluar page yang menunjukkan butir-butir@info untuk proses renewal license yang anda semua masukkan tadi untuk semak semula serta jumlah pembayaran. DAH CONFIRM BETUL baru klik Submit/Hantar
semak betol2 ye..
sekali lagi klik untuk zoom sesuki hati anda...
7. akan keluar page untuk memilih cara pembayaran --> klik pada FPX (Financial Process Exchange)
klik untuk membesarkan gambar

8. akan keluar page untuk anda semua pilih bank mana yang anda pakai. Contohnya, aku pakai Maybank2u so aku pilih Maybank2u dan klik button "Agree and Continue"
klik untuk tgk lebih jelas....

9. lepas klik tu akan keluar New Tab@page untuk ID & password untuk transaction mengikut bank pilihan masing-masing
klik lagi untuk lebih jelas...

10. akan keluar page yang akan minta TAC(Transaction Authorisation Code) yang mana anda semua wajib berdaftar dengan bank bagi mendapatkan TAC [TAC hanya boleh digunakan sekali bagi setiap transaction dan akan berubah-ubah]
-TAC akan dihantar ke handphone secara percuma(ikut bank masing2)
tengok henset masing2 ok...

11. RENEWAL LICENSE SUCCEED!!! anda boleh print resit dari page bank@Myeg sebagai bukti sekiranya lesen anda tidak sampai
print dari Maybank2u

print dari Myeg

12. tunggu jer abg posmen anta smpi depan rumah@pejabat
selamat sampai mengikut masa yang ditetapkan
Cadangan :

pemilihan cara pembayaran hanya sekali - korg perasan x berapa kali cara pembayaran tu kena buat?? 2x kn?? sepatutnya x perlu ulang cara pembayaran..sgt melecehkan...


*sape2 nak minx aku watkan boleh jugak...tp blnjer la mekdi ke...kepsi ke...hahaha..guro jer..blanjer mkn pon da cukop....
*selamat mencuba!!!

Credit to :
1. NOH

*sape2 sudi ajar aku camne nk buat watermark?? please watkn tutorial tok aku...
*kalo dah ade tlg tgglkn link kt ruang komen
*kalo bleh care plg snang skali...



Thursday, March 31, 2011

Tips hilangkan Nervous@Gemuruh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni nak share dengan korg mcm mane nak control nervous@gemuruh
bagi yang masih bergelar student mcm aku nih ujung2 sem mcm ni mesti banyak presentation..
so bagi mereka yg cepat gemuruh boleh la try cara2 kat bawah ni...

1. Buat persediaan awal

biasenye lecturer akan inform bila & dimana korg akan buat presentation, so korg be prepare....kalo last2 minit mmg la korg akan rase tertekan sekaligus nervous/gemuruh korg bertambah2....


2. Buat note/point2 penting

buat note@listkn point2 penting ape yang nak korg presentkn tu....

3. praktis depan cermin

korg penah tgk budak debat trening depan cermin?? haa...camtu laa...mesti korg nak kate "giler kot nak buat cam dorg...." tapi caye la cakap aku...mmg cara ni berkesan giler....

4. makan+minum ala kadar

makan+minum untuk tenaga biler ade tenaga baru korg present dengan penoh semangat...jgn korg bantai makan+minum melebih2 pulak sbb takot korg nk terkencing/terberak sbb takot sangat....

5. bagi yang beragama Islam

a. banyakkan berselawat
b. baca Al-Inshirah [Alam nashrah]
-baca ayat pertama & sapu ke muka
-baca ayat ke-2 & sapu ke tangan kanan
-baca ayat ke-3 & sapu ke tangan kiri
-baca ayat ke-4 & sapu ke dada
habiskan surah & sapu ke seluruh badan

6. pandang tepat ke mata pendengar/lecturer & rakan2

ada sesetengah org boleh buat cara ni & ada yang x boleh....bergantung pada tahap keyakinan individu

7. anggap pendengar sebagai patung atau apa2 sahaja

bagi yang x boleh buat step no. 5 korg boleh try cara ni...korg anggap jer yg dengar tu sumer orang-orang kat sawah padi ker...donald duck ker...ape2 laa...

Messi


*selamat mencuba & bonne chance dans toutes les presentations!!

Monday, March 28, 2011

Silent doesn't make you....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

1. Silent doesn't make you weak
berdiam tidak bermakna kita lemah, berdiam itu lebih baik bagi meredakan keadaan yang tegang..bila dah reda baru la kita bercakap.

2. Silent doesn't make you guilty
berdiam tidak bermakna kita bersalah, berdiam itu lebih baik bagi menjelaskan sesuatu perkara dalam keadaan yang tenang & akal fikiran yang waras.

3. Silent doesn't make you idiot
berdiam itu x bermakna kita bodoh dan yang banyak bercakap x semestinya bijak pandai.

orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap

4. Silent doesn't make you immature
berdiam itu x bermakna kita tidak matang, berdiam itu menunjukkan kematangan seseorang mengikut situasi.

5. Silent doesn't make you poor
berdiam itu x buat kita miskin pun, sebab dalam diam kekayaan pahala datang...

kata-kata hikmah : jika berdiam itu lebih baik, maka diamlah. Tetapi jangan sampai PENYAMPAIAN agama itu terbantut kerana "DIAM"nya anda..

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya"

prinsip : aku berdiam menunggu masa untuk.....

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour Datang lagi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Earth Hour datang lagi buat kali ke-5...
Earth Hour anjuran WWF(World Wide Fund for Nature) sejak 2007 semakin mendapat perhatian...
semua ini dilakukakn bagi meningkatkan kesedaran mengenai penigkatan suhu dunia yang mengakibatkan peningkatan paras air laut, pencairan Iceberg di Kutub Utara dll...
ketahuilah bahawa tiada kerugian yang ditanggung oleh pihak TNB(Tenaga Nasional Berhad), kerana dengan bergelap selama sejam bukan sahaja suhu dapat dikurangkan tetapi penggunaan bahan bakar bagi menjana elektrik juga dapat dikurangkan...

jadi pada 26 Mac 2011 jam 8.30-9.30 malam 
marilah kita menyokong Earth Hour dengan mematikan lampu sebagai tanda sokongan...

anda bosan bergelap??
di bawah adalah list perkara yang anda boleh buat ketika Earth Hour...

1. nak tahu lebih lanjut?? Klik SINI
2. x suka idea kat atas?? cas handphone korg penuh2 then pasang kuat2 time bergelap tuh...leh ajak member2 karok skali...
3. Cas laptop penuh2 then layan lagu@video
4. Sape2 yang ade gitar tu boleh la main sambil ajak member2 nyanyi...
5. Makan malam romantik...bagi yang taraf2 couple jgn gatal2 dating tempat gelap!!
6. Bagi para blogger boleh la korg fikirkan pro & kontra Earth Hour ni...kot2 korg nak buat entry pulak kn...

Aamir Khan pun sokong Earth Hour...

*sekian buat mase ni...
*tq sudi baca..ade salah cepat2 tego kt ruang komen ok??

Thursday, March 24, 2011

Media mmg cmni ker??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry ini nak share pasal Anime VS Hentai
sebab apa??
sbb nih :
KLIK sini..
memang ter-SENTAP aku bace nih....
mula la org pandang serong kepada peminat-peminat anime macam aku...
jom kita tengok definisi ANIME & HENTAI

dah bace??
bagus...kepada peminat anime macam aku tak payah bace pon dah tahu...
kenapa sekarang baru timbul isu ni??
kenapa game macam The Sims x pulak dirampas??
seakan-akan media ingin memburuk-burukkan ANIME...
reporter yang tulis artikel tersebut x buat kajian dulu ke??
apa maksud ANIME dan apa maksud HENTAI??

bagi peminat anime sememangnya isu ini akan membuatkan mereka berasa marah...
perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku....
sesungguhnya kami peminat-peminat ANIME sangat kecewa....

memandangkan isu kali ini sememangnya sensasi+hot
aku bukak 1 lagi segmen

Syarat-syarat :
1. letak tajuk segmen : Media mmg cmni ker??
2. copy Gambar kat atas tu...
3. creditkan kepada Fahmi Hud & entry ni
4. beri pendapat korg tentang isu ini ataupun kesalahan media yg seakan-akan isu ini..
5. letak link entry yg dah siap ke ruang komen

*credit to Fahmi Hud
*harap semua boleh bagi idea....

Thursday, March 17, 2011

Lelaki VS Perempuan [Part 1]

Assalamualaikum & Salam sejahtera

entry kali nih aku nak share beberape perbezaan Lelaki & Perempuan
tanpa membuang byk masa jom tgk kt bawah nih...

1. berbual

lelaki : biase berbual mengenai kerja/masalah2 setempat/kereta & moto dll
perempuan : gossip+mengumpat artis/rakan sekerja/jiran tetangga selain menabur fitnah(yela..dr mengumpat tu la timbul fitnah)


2. cara panggilan/nada perbualan

lelaki : kasar dan penggunaan kata2 kesat adelah biase..kecuali yg jenis2 nyah/sutun dan yg same jenis dgn nyer...

perempuan : lemah lembut smpi kdang2 x dengar bler dorg pggl/bersuare...kecuali tomboy/pengkid dan yg sekaum dgnnyer....


3. kerja (asignment/homework)

lelaki : lebih simple dan selalu berpegang pd prinsip "asal siap"
perempuan : lebih teliti+kreatif


4. shopping

lelaki : x memilih sgt...prinsip membeli "murah & selesa"
perempuan : cerewet sgt....prinsip membeli "cantik/cute+kaler pink menjadi keutamaan...harge pikir kemudian"


5. membeli kereta

lelaki : memikirkan byk aspek seperti kereta mengikut kegunaan(jarak jauh/jarak dekat), kos petrol(petrol makin mahal bukan makin murah...), keselesaan, plg penting KESELAMATAN!!
perempuan : yg plg kiut menjadi keutamaan...


6. servis/repair kenderaan

lelaki : kalau boleh dorg nk repair sendiri jer....
perempuan : sikit2 "Hello...kete i rosak bla bla bla....." pastu...tow truck mari.....


7. aksesori

lelaki : spek hitam, kasut, jeans, kdang2 t-shirt yg brand sket....
perempuan : tudung/shawl, baju xyah cter laa...kasut berpasang2 rantai, gelang, jam tangan yg kiut-miut

8. keluar dating/hangout

lelaki : aksesori kt atas tu+minyak rambut/gel+deadorant kasi wangi skit jer
perempuan : aksesori kat atas tu di-doublekan+make-up 2-3 inci...

9. berbelanja

lelaki : bab kewangan nih lelaki mmg fail..sbb tu lelaki bujang ujung bulan jer makan mee segera/telur goreng/sardin....

perempuan : dorg maybe terer bab pem-bendahari-an nih tp....dorg kalah dgn nih 


10. apabila tercetus masalah/isu

lelaki : berfikir secara logik
perempuan : berfikir dengan emo nyer...
logic vs emo

*setakat ni dulu penilaian aku...
*sape2 nk tmbh boleh komen kt bawah....
*minx maaf kalo ade salah silap...



Sunday, March 13, 2011

Kalau lelaki gaduh dengan perempuan..siapa yg lebih menyimpan dendam??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni nak bercerita pasal gaduh & dendam...
sebenar nyer aku dpt idea ni dari blog RED-Kamikaze...
beliau jugak yg mencadangkan supaya aku untuk buat entry nih..
kisahnye mcm ni...aku ber-Blog-Joging kt SB...
then aku nmpk link RED-Kamikaze nih...
aku skroll entry bulan Mac tetibe aku nmpk tajuk yg menarik minat aku..
"Perempuan suka berdendam?" tajuk entry tu...
aku pon klik laa...abes bace aku berbalas komen dgn tuan punyer blog..
korg boleh bace komen antara aku dgn tuan blog kt ruang komen entry tu ok??
hasil dari perbincangan dgn tuan punyer blog...maka tuan punyer blog buat 1 segmen...
"Segmen Debat Blogger" kalo korg nk join...wajib korg bace entry yg kat atas tu dulu ok??

ok berbalik pada tajuk kat atas..
entry RED-Kamikaze lebih merujuk pada kaum Hawa yg bergaduh/bertekak...
tp RED-Kamikaze ade jgak merujuk pada kaum Adam...
namun aku nak tulis kali nih kalau kaum Adam bergaduh dgn kaum Hawa...
agak2 sape lagi yg kuat menyimpan dendam??

bagi aku lelaki ke..perempuan ke..same jer...
sebab ape aku kate same?? jom tgk....

LELAKI

kaum Adam ni jenis yg direct berbanding kaum Hawa sebagai mana yg RED-Kamikaze kate...laki2 ni biasenye setel problem dgn buku lima jer...setel on the sport lepas 2-3 hari ok la...paling2 lame pon seminggu dua jer...tp itu pon mengikut keadaan dan permasalahan...biasenyer kalau laki2 berdendam adalah disebabkan prinsip/maruah selain ego...perlu diingat laki2 mempunyai ego yang sgt3 tinggi so x hairan la kalo lelaki gaduh dengan perempuan kemungkinan untuk si lelaki td memohon maaf kpd si perempuan WALAUPUN dia yg bersalah adalah 0.00001%!! tapi kalau perepmpuan mencabar prinsip/maruah lelaki dengan sengaje kemungkinan lelaki untuk berdendam dengan perempuan tersebut amat2 tinggi...

PEREMPUAN

kaum Hawa ni pulak mmg x menggunakan fizikal untuk bergaduh..selain penggunaan lidah mereka jugak jenis yg memendam perasaan..dari memendam perasaan tulah yg membawa ke lidah untuk mengumpat selain mereka-reka & menokok tambah cerita asal tu la punce mereka ni lebih kuat berdendam..kaum Hawa lebih suka membuat andaian dari apa yg mereka dengar dari orang lain berbanding mereka mendengar sendiri perkara tersebut maka mereka mmg akan berdendam tanpa mengetahui cerita yg sebenar.....

ape pon sebab/punca lelaki & perempuan berdendam terlalu banyak pandangan...
korg pernah dengar ayat ni :

"sekuat-kuat manusia adalah manusia yang dapat menahan marahnya"


sampai sini jer ulasan aku..

*sape2 ade lg idea nk tmbh boleh komen
*minx maaf kalau ade salah silap..tlg tego ok??

Carik idea untuk blog [ style aku ]

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

kali ni aku nak share care2 aku dpt idea dlm penulisan blog....


ni sumber utama aku untuk menulis..korg kena ingat yang berbloging ni ramai tp yg follow setiap blog tu bukan semua org..korg boleh amek idea dari blog2 yang menarik..tp jangan pulak korg tiru sebijik2..kalau korg rase korg nk amek sebijik2 minx la izin dulu dr tuan punyer blog..tinggalkn pesan kt shoutbox ke...kt komen ke...

*bg aku x salah pon org nk copy cat ni sbb ilmu tu bukan milik kita....

2. Isu semasa

ni sumber ke-2 aku untuk tulis entry blog. biasenye aku bace dlm surat khabar, tgk berita utama, berita semasa, dgr berita kt radio dll. Biasenye lepas dengar berita2 tu aku akan buat kajian sikit dari internet kemudian baru tulis n post.

*ini kena la dtg dari sumber2 yang sah

3. pengalaman

ni sumber ke-3 aku untuk menulis. Tapi yg ni kena pandai olah ayat supaya follower x bosan membace. Jangan korg dok cter pasal bf/gf korg jer...mmg follower naik muak kose doploh la kn....

*Ingatan pada semua newbie mcm aku, kite ni follower x seberape jadi nk tulis pasal diri sendiri ni kena la beringat sikit...

4. Kontroversi

yang ni jarang2 aku nk jadikan sumber penulisan aku. Yelaa....xkn tiap2 hari ade kontroversikan?? kontroversi ni boleh melibatkan artis/orang2 politik/blogger dll...

*jgn korg pulak cipta kontroversi sudah...

5. tutorial/tips dan yang same waktu dengannya

bab ni aku kurang sket..al-maklum laa...aku ni bukan mat moto...bukan jugak mat kereta jauh sekali blogger otai..tp aku berpegang pada hadis Rasulullah S.A.W yg bermaksud "sampaikanlah dariku walau satu ayat"..x kire la ilmu agama ke..ilmu duniawi ke...yg penting kita kongsi...ingat harta benda x membantu kite di alam yang satu lagi..hanya amal jariah yang berterusan, anak yang soleh & ilmu yang bermanaafaat membantu kita di alam barzakh...

ni jela sumber2 aku untuk menaip kt blog aku yg x seberape nih...
yang mane baik korg boleh ikot..
yg x baik tu korg tlg tego aku ok??

*tlg tambah mane2 yg ptot ok...
*harap2 blogger otai tlg tambah lg...
*ade cabaran dari blogger otai untuk buat entry baru
nntkn yer....

Sunday, March 06, 2011

Manga ke Anime ke Live Action mana logik nyer??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

entry kali ni aku nk share sikit psal Manga, Anime &; Live Action...
dan b4 aku pergi lebey jauh meh tgk definasi Manga, Anime & Live Action

Manga : consist of comic and print cartoon(sng cter komik Jepun laa..)
Anime : refers to style of animation originating in Japan, heavily influence by manga(Japan comic)
Live Action : utk maksud Live Action kt sini..ia lebih merujuk kpd filem yg diadaptasi dari manga/anime/game yg mana watak2 ilustrasi/animasi diterjemahkan ke bentuk org sebenar...

cukup2 la intro kn..

mesti korg sumer penah bace manga@komik Dragon Ball karya Akira Toriyama...
dan mesti jugak korg penah tgk Anime Dragon Ball ni kn...
dan seharusnye korg tgk Dragon Ball Evolution filem Live Action adaptasi dr Dragon Ball..
ape yg korg nmpk??

manga & anime Dragon Ball mmg jadi HIT kn??
mcm mane pulak Live Action?? GAGAL!!!
punca2 gagal :

1. watak 
hero & heroin mmg memainkn peranan penting dlm sesebuah cerita. Mcm tu jugak dlm situasi ni..dlm cter Dragon Ball Evolution watak Son Goku mmg berlainan gler kn?? Chi Chi pon same..watak ayah Chi Chi xde dlm filem tu...byk lg watak2 yg xde...

2. jalan cerita
korg perasan x jalan cerita kt filem Dragon Ball tu dah diubah sepenuhnya?? mesti la korg perasan sbb korg sumer hebat+pandai..melainkn korg x penah bace manga & tgk anime Dragon Ball tu...story yg menarik pd asalnye diubah suai smpi penonton rase BOSAN...sesuke hati pengarah2 tu jer nk ubah jalan cter...last2 filem tah hehape...

3. kekangan masa(duration utk filem tersebut)
ni la punca kedua2 problem kt ats..kebanyakkan director filem yg buat live action berhadapan dgn masalah masa utk dipertontonkn kpd penonton...duration filem yg terlalu lama akn buat org bosan tp kalo jalan cter menarik org xkn bosan(contoh : Armageddon)...tp bler jalan cter bosan mula penonton dok tgk jam kt tgn tu 5 minit skali...contoh cam filem 2 ALAM baru 10 minit da ade yg keluar wayang...dr segi watak pulak byk watak2 sampingan yg xde sbb nk pendekkan cter...
*agak nyer kne swoh Steven Spielberg or James Cameron jadi pengarah kot baru real cter tu...

3 perkara ni jer yg aku rase kesalahan plg berat n menjadi punca utama knp filem live action gagal..
namun x semua filem live action gagal...
berikut adalah senarai filem live action yg berjaya & gagal...

BERJAYA

1. Spiderman
2. Iron Man
3. Hulk
4. Superman
5. Batman

GAGAL 

1. Dragon Ball
2. King of Fighter 2010
3. Tekken 2010
4. Street Fighter the Movie
5. Popeye (live-action)

sekadar menyebut beberapa filem...
korg boleh tmbh lg sendiri list yg berjaya & gagal tu...

*sape2 nk kongsi idea lg boleh komen2 kt bawah...
*agak2 kalo Keluang Man tu wat Live Action ok x??

Thursday, March 03, 2011

x perlu jadi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

minx maaf sgt2 kpd semua....
3-4 hari ni x berkesempatan nk update blog..
1st sbb demam+selsema
2nd sbb kepenatan melampau akibat driving Bt. Pahat-KL-Bt. Pahat...
ok done with excuses....

td bru jer blog-jog ke blog Terompah Caring yg entry bru nih...
aku terpanggil nk wat entry A.S.A.P...even aku dlm keadaan yg x brape sihat ni...
korg da bce?? bagus2...
persoalan ni senang jer...
btol kate pembace yg menyoal tuan punyer blog & jwpn tuan punyer blog :

Soalan,

Salam saudara, terima kasih sebab beri saya kefahaman tentang entry ini (sebelum ini). Bagi saya, semua perempuan yang ketawa terbahak-bahak, dan ketawa mengilai tu, tak semuanya jahat. Saya ada je kawan yang ketawa terbahak-bahak, tapi selalu tolong saya masa saya susah. Selain itu, isu pengkid tu tak usahlah dipebesar-besarkan, kalau diorang nak berubah, diorang akan berubah. Dan kita tak perlu nak masuk campur. Mungkin satu hari diorang akan jadi ahli syurga. Kita tak tahu kan?

Jawapan,

Salam wahai wanita yang dikasihi Allah. Aku bukan seorang ulama, jauh sekali seorang ustaz yang boleh menghukum seseorang itu sama ada masuk syurga or neraka. Aku pun macam korang yang suka huru hara dan jaran g berfikir tentang kebaikan membuat kebaikan. Walla~ So, aku bergegas tanya persoalan ini dengan orang yang lebih pakar dalam bidang agama. dan aku campur adukkan menggunakan logik akal supaya perempuan macam kamu dapat berfikir dengan bijaksana.

sebenarnye aku nk ulas benda2 yg aku gariskn jer..

1st, kpd yg menyoal : KALAU diorang nak berubah, diorang akan berubah.
aku nk soal balik kpd yg menyoal : KALAU diorang x berubah??
x ke nnt kiamat dunia ni(kiamat itu pasti)...bayangkn dunia yg sedia ade nih da cukop ramai pompn and then 1/2 dr populasi(pompn) ni convert jdi laki(pengkid) yg ke terbalik dunia?? budaya lesbian merebak & pelbagai problem sosial bertambah2...

2nd, juga kpd yg menyoal : MUNGKIN satu hari diorang akan jadi ahli syurga.
yg ni aku nk jwb direct jer...setiap umat Islam akan masuk ke Syurga selagi dia tak murtad...sebesar mane pon dosa2 umat Islam selagi dia tidak murtad maka dia akan ditempatkn di syurga.(cuma yg membezakn setiap umat Islam adalah berapa lama hukuman masing2 di Neraka sblm di angkat utk di tempatkn di Syurga) so x wujud perkataan MUNGKIN utk situasi ni...

dan sememangnya kita tidak tahu siapa yg ditempatkn di Syurga atau Neraka tetapi suka untuk aku ingatkn byk tanda2 seseorang itu akn ditempatkn sama ada di Syurga atau Neraka namun kita haruslah berfikir secara logik..jika cara hidup(ambil contoh pengkid) yg melanggar hukum syariat Islam tidak ke dia(pengkid) td akn ditempatkn ke dlm Neraka dahulu melainkn dia mati syahid...

sesungguhnya kita sbg saudara se-agama ada tanggungjawab utk menegur saudara Islam yg lain & jika bukan kita yg menegur maka kita turut berkongsi saham dosa dgn si pelaku dosa(dlm kes ni pengkid)

Aku bukan seorang ulama, jauh sekali seorang ustaz yang boleh menghukum seseorang itu sama ada masuk syurga or neraka.

jwpn yg menarik dr tuan punyer blog...ustaz mahu pun ulama tidak ada kuasa utk menghukum seseorg itu ditempatkn di Syurga atau Neraka akn tetapi..kita ambil politik negara kita..bila nasihat ulama kpd seorg pemimpin tidak diendahkn maka apa yg boleh dilakukan ialah ulama boleh berdoa supaya Allah memberikn petunjuk pd pemimpin tersebut(keadaan ini bergantung pd keadaan & sejauh mana kezaliman pemimpin tersebut). Ingat...zaman kita ni ulama la tmpt kite merujuk bab2 agama tp bila pendapat ulama ditolak kita nk dgr ckp siapa??

tp ketahuilah bahawa tuan punyer blog ni hanya menjalankn tanggungjawab sbg umat Islam. Tuan punyer blog xnk dia dipersalahkn oleh kaum pengkid kerana tidak menegur(saham dosa) mereka semasa di dunia...x rugi pon kita tegur org even org tu xnk dgr...




[1]

Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



nmpk x?? manusia sentiasa dlm kerugian kecuali mereka yg beriman & beramal soleh & mereka yg berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan dgn kesabaran...


x perlu jadi ustaz/ulama/cikgu dll utk menyampaikn ilmu tp yg penting ilmu itu perlu berdasarkn sumber2 yg sohih

*aku minx maaf krn menggunakan ayt2 yg kasar...
*ni sumer ilmu yg aku dpt zaman skola dulu..
*andai ade salah dan silap tlg tego yer...
*aku x sokong sape2 ok??

Pages

NuffX