Monday, April 09, 2012

mansuh PTPTN??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Akhir-akhir ni kecoh pasal politikkan?? lagi-lagi isu pemansuhan PTPTN. Ni aku nk buat survey secara tak rasmi... Siapa sokong PTPTN dimansuhkan?? dan siapa tak sokong PTPTN tidak dimansuhkan?? korg boleh jawab secara langsung di ruang komen or korg boleh jawab dalam hati jer...

Secara kasarnya aku berani kata yang seluruh mahasiswa/i IPT di Malaysia menyambut baik idea pemansuhan PTPTN. Tak kire la mahasiswa/i IPT tadi cenderung ke arah kerajaan atau pun pembangkang mahasiswa/i IPT mmg sokong pemansuhan PTPTN. Tapi disebalik idea baik ini ada pula pihak-pihak yang berkata IPTS akan gulung tikar... mahasiswa/i akan terlalu senang... IPTA tak mampu tanggung kos operasi dll... byk lg soalan (lebih kepada tuduhan aku rasa) untuk menghalang idea ini dilaksanakan...

Jom teliti 2 alasan yang tak masuk akal :

1. IPTS akan GULUNG TIKAR

IPTS kebiasaannya menjadi pilihan setelah permohonan kemasukan mereka ke IPTA tempatan ditolak, dan kebiasaannya kebanyakkan pelajar IPTS merupakan anak-anak lord... bukan semua tapi hampir 70-80% betulkan?? jadi bagi aku tidak timbul persoalan IPTS akan GULUNG TIKAR kalau PTPTN dimansuhkan.

2. IPTA tidak mampu tanggung kos operasi/pentadbiran

Sememangnya diketahui umum IPTA diberikan bantuan oleh kerajaan, namun kerajaan sedar atau tidak yuran pengajian di IPTA (UTHM/UniMAS/UMS/UM/UKM/USIM/UMP/UniMAP/UTM/UPM/UUM/UIAM/UPSI/UPNM/UMT/UMK/UDM/UTeM) amat tinggi berbanding UiTM yang berada dibawah MARA?? adakah MARA lebih kaya berbanding kerajaan?? dan jika hendak dibandingkan lagi yuran diploma di IPTA yang bertaraf UNIVERSITI lebih mahal berbanding POLITEKNIK (dengan alasan prasarana & lain-lain)

3. Isu mahasiswa/i lupa diri dll

Terdapat juga beberapa pendapat peribadi dari kawan-kawan sekelas & kawan-kawan online :

a. mahasiswa/i akan ambil mudah tentang pelajaran dan tidak bertanggungjawab

ada diantara kawan-kawan aku yang berkata bila PTPTN dimansuhkan ramai mahasiswa/i tak bertanggungjawab sebab bila graduate langsung tidak berhutang dengan mana2 pihak sekaligus mereka mengabaikan pelajaran.

b. mahasiswa/i berhutang pandai bayar balik liat
situasi -->

kawan A : dah pinjam...joli sane2 xnk byar balik... lemak ahh
aku : yg tang joli tu ak xleh kate ape laa...

buat peminjam2 PTPTN yang mcm ni korg perlu ingat hutang tetap  kena bayar....

Aku menyokong idea pemansuhan PTPTN ini namun beberapa perkara perlu diambil kira seperti 

1. wujudkan 1 sistem baru bagi menggatikan PTPTN kerana kebanyakkan peminjam PTPTN menggunakan wang pinjaman bagi menampung kos sara hidup sepanjang sesi pembelajaran

2. pembayaran balik pinjaman kos sara hidup tadi diberikan diskaun berdasarkan CGPA sewaktu graduate (macam pinjaman MARA)

3. Yuran pengajian dan perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan

4. Elaun buku untuk pelajar setiap semester

kepada semua peminjam PTPTN kalau korg ade idea lagi silalah tulis di ruang komen...


korg boleh baca pendapat Raja Shamri a.k.a Abg Raja motivator terkenal mengenai pemansuhan PTPTN

*buat penganggur terhormat anda boleh mencuba nasib di SINI untuk mencari kerja
*buat yang minat dengan LOMO jom tgk LOMO

6 da sign...anda???:

syAzAnA said...

syaz tak sokong pemansuhan ptptn, tapi, buang unsur riba' dalam pinjaman tu. kalau mansuh ptptn, pelajar akan naik lemak. sangat. especially melayu.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

setuju. tp kalau takmo mansuh, apa kata kurangkan unsur2 riba', service caj merapu tiap2 bulan tu tak payah, and beri diskaun mengikut result. hehe.

nurshamila said...

em depends on individu la.ada yg guna untk study but still rmai gk yg slhguna pnjman tu

Fafa Adnan said...

yerp.kurangkan riba' yg konon nye dikatakan kos pentadbiran. huh! riba' tu bg free je kt ak tok beli tiket blik kn lg best. huhu

Liyana Izzati said...

First sekali benda free memang semua orang suka. Tapi of course setiap benda tu ada pros and cons dia kan?

Anonymous said...

Aku ader degree...sbb PTPTN. Pointer aku tak sampai pun 3.0. mane nak dapat biasiswa mcm tuh...nak buat cane, tak rajin belajar and tak berapa nak pandai. Tapi Alhamdullilah berkat ijazah aku...dapat la kerja sebagai pemegang ijazah. Gaji pun boleh la bayar balik PTPTN.

Sekarang korang nak semua FREE!...

Kalo aku bagi ko RM1k...free2 aje setiap bulan agak2 ape keje ko nak buat?...kalo aku dok umah aje la..orang bagi duit free. Buat ape nak keje lagi kan.

Tapi kalo takder org nak bagi 1k bulan2...aku kene kerja la.

Merepek malam2 nih best gak kan...sekian.

Pages

NuffX