Monday, August 22, 2011

Bahaya JIKA Membawa Penumpang/Muatan Berlebihan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni aku nak mengingatkan semua PEMANDU diluar sana bahaya jika anda membawa penumpang/muatan berlebihan. Biasanya jika pulang ke kampung halaman masing-masing, banyak buah tangan yang dibawa untuk kaum keluarga & sahabat handai. Perkara yang sama berlaku ketika anda mahu pulang ke rumah sendiri pastinya banyak bekalan atau buah tangan dari keluarga & sahabat untuk anda sekeluarga. Ketika ziarah menziarahi ada juga yang sanggup bersesak-sesak didalam satu kereta dengan alasan "nak jimat minyak...". Namun tahukah anda bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan?? jom tgk senarai bahaya sekiranya membawa penumpang/muatan berlebihan

1. Penyerap Hentakan a.k.a Shock Absorber

fungsi shock absorber adalah membantu pengendalian kereta & brek, selain memberikan pengasingan munasabah kepada penumpang dari bunyi bising jalan, bonggol & getaran agar selesa. --> SUMBER

sekiranya penumpang/muatan yang dibawa melebihi had, pemendapan shock absorber akan berlaku sekaligus mengakibatkan kenderaan tidak stabil

2. Tayar --> mudah panas & kemungkinan PECAH 80%

3. Kelajuan --> Sukar dikawal jika dipandu mlebihi 80km/j

4. Brek --> akan menghadapi masalah akibat momentum dari graviti terlalu tinggi

5. Stereng 

Sukar dikendalikan kerana BERAT & mudah hilang kawalan ketika mengambil selekoh
selain itu penumpang/muatan berlebihan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang berlebihan dari jumlah yang sepatutnya. Semoga perjalanan anda sekeluarga selesa & selamat!!! 

*Iklan Blog* --> Blogger ni nak berkongsi AKSI-AKSI di MESIN ATM [18SX]

13 da sign...anda???:

Aini Azman said...

so kena lah beli kereta besar bru boleh bawak brg bnyk skit balik kmpung,.=)

nice sharing,.=)

dhiera zainudin said...

good info ni~ tak pernah tahu pun before ni~

LiFe KaMi said...

betul tu, sebenarnya kita sendiri boleh rasa masa memandu bila muatan banyak..
semoga kita selamat ke destinasi yang dituju..

p/s: tgh planing nak beli MPV..huhu

Unknown said...

no 2 tu pernah alami la..
barang banyak rupanya punca jadi gitu..

PinKy MoMMa said...

hehehe kena timbang berat dulu la camni..spya tak lebih muatan ;p

slmt ari raya dik..maaf zahir batin!

Anonymous said...

konon nak jimat minyak, padahalnye menambahkan minyak ade laa >.< btw tanx for sharing :) baru tahu bahaye rupenye >.<

mrs kayrul said...

thanks untuk info yang berguna nie..mujur la family kecik jer..hehhe

Abu Huzaifah said...

so... berhati2 lah.. nak raya dah ni :)

Afiqa Dayana said...

selamat saya tak lebih muatan . haha :P

Taufiq Tiramisu said...

hehehehe. nice info bro. semua ni ada kaitan ngan inertia. hehehe. lagi berat muatan, lagi susah nak kawal kenderaan ;)

AnakPakZohar said...

beli bas je senang... ley angkut satu kampung.. ye dak? hehehhee

Anonymous said...

aku cari info ni sebab aku bengang. Kawan aku dekat uni ni ada kereta tapi pegi buat kereta sewa lepastu nak pergi kelas tumpang aku. Aku dengan housemate aku je da 3 orang gemuk pulak tu. Ni tambah dieorg 3 org. Keta aku viva je hoii. Bengang bengang. Bagi la sewa time berpatutan.

Thanks for sharing!

kaizen said...

Aini Norazman : kete besar kne sesuai dgn kapasiti enjin jgak.. kalo x sesuai jwbnyer minyak lg byk...

Life Kami : moge tercapai hajat tu yer...

Pinky Momma : LOL.. sila naik timbang b4 naik kenderaan msing2 hahahaha

Taufiq : haa aplikasikn ape yg blaja dlm physic, dynamics n statics ok??

Anon : mohon tunjuk kt kwn2... bkn kedekut tp safety... *mkin kerap la absorber ko kne tkr kalo dah cm sardin*

Pages

NuffX