Assalamulaikum & Salam Sejahtera
Susulan dari entry lepas ramai yang memberikan komen & pendapat masing2 sama ada di group FKMP UTHM atau pun dari group2 lain. Kali ni aku nak bercerita tentang komen yg aku dapat tu...
komen dr kwn sekolah :
Klik untuk ZOOM secara melampau |
mesti anda semua tertanya-tanya ape pulak kaitan tajuk dengan komen di atas... baiklah... benda yang menjadi perbandingan sekarang adalah kerjaya pendidik (tidak kira guru sekolah rendah sampai la ke pensyarah) & pelajar kejuruteraan/jurutera a.k.a engineering student/engineer.
Untuk pengetahuan anda semua mak saya merupakan kaunselor sekolah vokasional & ayah saya merupakan guru pendidikan khas jadi saya memahami sedikit sebanyak kerjaya seorang guru & peranan mereka. Tujuan aku menulis artikel ini bukanlah untuk menunjukkan profesyen pendidik itu lebih baik daripada jurutera & sebaliknya... sebaiknya kita berfikir semula tugas & tanggungjawab kita baik pendidik & pelajar jurusan kejuruteraan/jurutera...
Imbas kembali entry sebelum ini, seorang pelajar merungut mengenai pensyarah yang kurang bersemangat semasa mengajar tetapi layak menjawat jawatan PENSYARAH hanya kerana keputusan akademiknya. Pada entry yang lepas juga aku berterus terang aku kurang minat dengan pensyarah yang mengajar straight n don't belok2 ni.
Sekarang sila rujuk kembali komen kawan aku kat atas tu... bukan bertujuan aku memalukan kawan tetapi sila fikirkan semula... engineering lebih fleksibel berbanding kpd pendidik ( terutama guru sekolah ) bukan bermaksud aku merendahkan taraf cikgu ( as i mention it before my parents are teacher ) tetapi kita tengok pada lumrah pekerjaan & pembelajaran.
Cikgu (semasa belajar di IPT/IPG) : apa yang dipelajari akan diajarkan kepada murid2/pelajar2
Cikgu (semasa kerja) : mengajar mengikut silibus yg ditetapkan kpd murid2 menggunakan buku teks dll
Pelajar Kejuruteraan (semasa belajar IPTA/S) : belajar hampir semua yang berkaitan dengan kejuruteraan
Jurutera (semasa kerja) : hanya mempraktikkan kira2 20-30% dari apa yg dipelajari lebih malang kalau bertukar bidang contoh : mekanikal ke awam... elektrik ke mekanikal dll (jurutera WAJIB belajar semula...)
Sementara PENSYARAH IPTA/S pula datang dari pelbagai latar belakang mungkin ada yang mengambil jurusan pendidikan.. ada yang dari industri... ada yang cemerlang dalam akademik lantas diberikan tawaran sebagai pensyarah...
Kawan aku cakap bukan senang nak melawak time mengajar, bukanlah aku maksudkan pensyarah perlu melawak untuk menarik perhatian pelajar, banyak cara lain yg boleh di buat untuk menarik minat pelajar untuk belajar (refer to my comment in reply to my friend).
Aku setuju apa yang kita nak dari pensyarah ialah ilmunya tapi tidak pula bermaksud melawak semasa mengajar itu salah... kita ambil contoh Ustaz Azhar Idrus, ada diantara pendakwah yang mengutuk cara penyampaian ceramah Ustaz Azhar yang lebih kpd gelak ketawa tetapi cuba perhatikan semula...dalam Ustaz Azhar berlawak (dengan loghat Terengganunya) terselit ilmu yg mana menarik perhatian anak muda & mereka lebih mudah ingat... sama juga dengan situasi pensyarah... tugas pensyarah adalah mendidik mahasiswa/i dengan segala ilmu yang ada pada diri masing2 & sudah tentulah masing2 mempunyai cara didikan masing2.
TETAPI pernah atau tidak para pendidik berfikir sejauh mana keberkesanan ilmu yang dicurahkan ke atas pelajar2 mereka?? adakah ilmu yang dicurahkan digunakan sebaiknya atau diajarkan kpd org lain?? jika YA Alhamdulillah kerana ilmu yang diajarkan tadi membolehkan pensyarah mendapat pahala selagi mana ia dipraktikkan oleh si pelajar dan org lain... jika tidak?? ilmu yg diberikan tadi seakan sia-sia...
Jika kawan aku kata pensyarah tak friendly dengan tu kritikan tidak membina i'm totally disagree... bila pensyarah mengenali seseorang mahasiswa/i secara tak langsung pensyarah boleh mengetahui keadaan mahasiswa/i di bawah didikannya & secara x langsung boleh mendidik mereka ke arah yg lebih positif...
Sekiranya anda sudah memahami tujuan entry lepas & entry kali ini anda boleh berhenti membaca entry ini TETAPI sekiranya anda masih blur-blur sila teruskan pembacaan anda... kita beralih kepada mod perkongsian pengalaman
Situasi lepas exam Engineering Mathematics 3 ( on call dengan mak aku )
Mak : boleh buat x td??
Aku : boleh jer.. tp x sure la betol ke x... (nada selamber)
Mak : abes agak2 skor x??
Aku : entah laa dapat C+ pon dah bersyukur...
Mak : (membebel)
Aku : Mak... math tu +,-,x, / jer... org paham konsep tp x nmpk pon kat mane nk guna time keje...
(perbualan selebihnya)
Jujur aku cakap sepanjang aku intern hujung tahun 2011 lepas aku x nmpk mane aplikasi engineering mathematics... antara subjek yang berkaitan dengan kerja aku semasa intern tu hanyalah Applied Thermodynamics, Thermodynamics, Air-Conditioning Design, Auto-CAD, Basic Electric & Electronics, Kemahiran Penyeliaan...
Pada pemerhatian aku pandangan most of academician terhadap pelajar Kejuruteraan(juga pada lain2 kos) adalah berdasarkan pada markah & gred semata2 ( isu ini akan aku bangkitkan pada entry lain )... tolong jangan judge pelajar kejuruteraan sesuka hati anda & don't expect to much on us... Kepada semua mahasiswa/i (tak kira bidang apa pun) kejayaan & kegagalan terletak pada diri sendiri... don't ever put the blame on someone else...
Cukup setakat di sini sahaja... mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku & mungkin ada yang bersetuju... sekiranya ada coretan kali ini yg mengguris hati kalian saya di sini memohon ampun & maaf... segala komen anda adalah sangat2 dihargai...
Jom undi Blogger COMEY nih
0 da sign...anda???:
Post a Comment