Wednesday, January 26, 2011

Amalan mengelakkan sihir...

entry kali nih aku nk share sikit ilmu yg x seberapa....
benda ni aku dpt dari pengalaman aku sendiri...[klik sini]
ilmu2 mcm ni bukan senang2 alim ulama nk bg pd org2 biasa mcm kte nih...
aku dpt ni pon sikit2 jer...so aku nk share la sikit2 ngan korg...

1. makan tamar 7 biji setiap hari
barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu.

(Riwayat Al Bukhari)




2. minum madu dicampur dgn air suam
yang ni aku dpt sendiri dr org yg tlg aku mase aku sakit dulu...


3. berwuduk & bace surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas sblm tidur
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)


Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


4. bace ayat Kursi, surah Al-ikhlas, Al-falaq, An-nas bila smpi ke tmpt baru(sama ada berpindah rumah@siggah sebentar)
yang ni aku dpt mase aku blaja silat kat skola dulu...

Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)



5. mengamalkan al-Mathurat setiap Magrib & Subuh
dikatakn barang siapa yg membaca pd waktu Magrib nescaya Allah s.w.t melindungi dirinya dari waktu Magrib sehingga waktu Subuh. Dan barang siapa yg membacanya pd waktu Subuh Allah s.w.t akan melindungi dirinya dr Subuh hingga ke Magrib.

6. membaca doa ini 'Bismillahilazi la yadhurru ma'asmihi syai un fil ardhi wa la fissamaie wa huwas samiul a'lim'




Dalilnya :-


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : ” بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم “, ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
7. membaca zikir 'A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarima khalaq'


ertinya :
Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk


ape2 pon kita kne la buat benda ni secara istiqamah sbb kalo korg x amalkn benda ni secara istiqamah mmg korg xkn dpt rase kesannya....


*next time aku akan share lg..Insya-Allah..

2 da sign...anda???:

Muhammad Zulhusmi said...

steady steady.

thx 4 info

Fatra said...

Info yang bermakna... pertingkatkan amalan solih...Insya-Allah akan sentiasa dipelihara... Barkatalah (Berdoa) pada tuhan mu, Nescaya akan diperkenankan...Insya-Allah..

Pages

NuffX