Tuesday, August 16, 2011

Bila Fida jawab Isu peluk Iqram Dinzly

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida artis bertudung yang popular menerusi lakonan dalam drama Kasih Alia, ramai peminat meletakan Fida antara ikon muslimah sebaris dengan Wardina & Heliza. Namun semalam persepsi aku terhadap Fida berubah kerana kenyataannya pada akhbar Kosmo memang tidak boleh diterima. 


Apa yang pasti, jika pernah mengenali dan berjumpa dengan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini, dia agak terbuka jika dibanding dengan aktres muda muslimah yang lain. Fida tidak kisah untuk bersalaman dan bergambar rapat bersama lelaki.
Menjawab persoalan tersebut, Fida yang ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini menjelaskan, pada pendapat dirinya, apabila seseorang menghulurkan tangan untuk bersalaman, jika kita menolak ia ibarat mengaibkan lelaki itu di hadapan orang ramai yang terlihat.
"Memang perkara seperti itu tidak patut berlaku, namun bagi pendapat Fida, banyak lagi perkara lain yang kita perlu ikut dan rasanya ini bukanlah perkara besar.
"Ini kerana, banyak lagi perkara berat yang kita perlu dititikberatkan. Cuma, jika perkara sebegini berlaku, janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain," ujar Fida jujur mengakui perkara yang dilakukannya. --> Kosmo
Jika Fida mengatakan yang adegan peluk bersama Iqaram tu spontan aku tak boleh nak komen apa2 sebab itu antara dia, Iqram 7 Allah s.w.t jer yang tahu tapi pasal hukum bersalam dengan bukan muhrim ni aku kesah.

nampak tak jawapan yang diberikan Fida?? bagi aku tiada istilah mengaibkan lelaki kerana kita tinggal di Malaysia yang agama rasminya Islam seharusnya artis lelaki yang beragama Islam tahu bahawa haram hukumnya lelaki & perempuan bukan muhrim bersalaman. Tambahan pula aku rasa bangsa-bangsa lain juga menghormati pendirian kita sekiranya tidak bersalaman dengan mereka. Tiada hadis Rasulullah s.a.w mahupun firman Allah s.w.t menyatakan boleh bersentuh lelaki & perempuan bukan muhrim melainkan keadaan darurat seperti peperangan atau perubatan.

Wardina & Heliza tidak pula bersalaman dengan lelaki bukan muhrim boleh berjaya dalam bidang masing-masing, jadi dimana perlunya bersalam dengan lelaki bukan muhrim?? Sesungguhnya aku pasti ramai peminat Fida kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Fida seolah-olah beliau memandang ringan hukum-hakam Islam. Memang kita kadang kala perlu menghormati pihak yang satu lagi tapi kita perlu bertegas kerana menjaga maruah diri sebagai muslim/muslimah.

Aku memuji Fida dalam membawa watak Kasih@Alia dalam drama Kasih Alia kerana perwatakan muslimah sejati yang menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki & perempuan bukan muhrim jadi mengapakah di dunia realiti Fida tidak boleh mengekalkan perwatakan sebegitu??

Aku bukan alim ulama untuk menentukan atau menjatuhkan hukum pada sesiapa namun aku meluahkan pandangan aku dari apa yang aku belajar semasa sekolah dulu. Aku percaya jika ustaz-ustaz yang lebih pakar pasti mereka mempunyai jawpan masing-masing berlandaskan hadis-hadis dan nas-nas yang sahih.

Aku harapkan Fida tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam seperti kes ini. Dan aku mendoakan semoga Fida diberikan hidayat & petunjuk dari-Nya... amin......

*aku harap Solihin Zubir & Izamir Ridzwan boleh ulas pulak hal ni...

40 da sign...anda???:

Cik Ila said...

Dia sepupu Siti Nurhaliza kan??huhu

*singgah sini jap,jumpa kt innit td..

Pinky Pixie said...

patutnya yg lelaki pun taw xleh salam dengan pmpan kan, mngkin betul kita mcm aibkan lelaki, tp tentu laki tu paham knape xboleh salam. ekceli nak salam boleh tp guna pelapik kain kalau takot aibkan yg lelaki tu, *melalui pbacaan la*

pena rozie said...

Memang x boleh....

suhailaselaginella said...

ntah la erk si fida tu..mmg nak aibkan org tu x boleh..tapi bersalamn tu sememangnya tak boleh..yg aku terfikir tu..ai..boleh plak g peluk si iqram tu an...haish..sabo jela~~~~

nurul lalala said...

aku pon memula terkezut gak tgk..
biasa la retis..bila da pemes, lupa hukum hakam Allah, pastu bagi jawapan bangang! *marah ni*

nur amalina athman said...

macam tuu pulak..mungkin fida belum faham sepenuhnya apa itu aurat dan aib.wallahualam.

Aisyah Ahmad said...

betul2..kalau si laki2 nk bersalamam.ckp je la.sorry kita bukan muhrim.even pm kita sekali pun.dia tetal lelaki bukan muhrim.

Puan tia said...

dh trg islam cakap bukan muhrim xleh bersentuhan..pelikla aku ngan dia ni..

meaw said...

tulah perasan gak,huhuhu....




p/s: kita dah buat dah tips tu,tapi tatau berkesan ke tak...faham ke tak?huhu....tak faham tanya lah naa :D

http://letopkeypad.blogspot.com/2011/08/tips-mengurus-rumah.html

MaiZATuL ASniDA said...

terkejut jugak. tpi kalau tgk dr segi penampilan. fida dlm filem @ drama pun memg berbeza dgn wardina n heliza. so, mereka nmpak serupa tpi tidak sama. hehe. i think la.~

japierah said...

cian nyer ke dia. isk..isk...isk....

Solihin Zubir said...

err... nk kena ulas jugak ka ni? haha.. rsa dh muak dgn artis ni..
kalau dh nma artis, halal jd haram.. haram jd halal.. mcm2 ayat diorg putaq belit..
nk tegur dia ni sorg pun, yg lebih teruk lg berduyun2.. yg x pkai tudung, seksi, berpeluk2, kis2, pun byk.. penin aku..

Fathiah Hamim said...

erm erm erm....aibkan lelaki ek.
tapi rasanya memang suma tahu hukum bersalam dengan bukan muhrim.
takda la sampai mengaibkan kot kalo tak salam laki. hummm

BeloG MTT said...

Hmm hmm hmm mungkin juga dia ada cara dia yang tersendiri kan..Kita tak tahu,memang sedia maklum hukum bersalaman dengan muslim tu dah tertulis..

Biarlah itu antara dia dengan yang berada di atas sana.. :)

Kadang kadang kita sesama manusia ni bila terlalu leka nak cuba mendapatkan kepastian dalam kita tak sedar kita dah aibkan yang lain.. :)

Elmoluya WutWut said...

peringatkan dia tentang hukum kalau dia lupa.

FARAH IZWANI RAMLI said...

semoga diberikan hidayah.
amin. :)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

erm,mcm2..

xbrape minat dia =)

BeloG MTT said...

Typo ! Adehhh , *bukan muhrim

Saiazuan said...

adakh dia seorng yg hipokrit memakai tudung?

Finaz Jaafar said...

tiba2 agk trkejut sbb xtau pun psl hal ni..tp ntah ek, mngkin sbb dy artis brtudung bnda2 mcm tu mmg nmpk la salah..tp klo artis lain brpeluk bgai kte cm tak kisah sbb dorg xbrtdung..walhal bnda tu ttap salah..

Diyana said...

Perghh jawapan dia

rasanya tak ada kena mengena tak nak salam dgn jatuh kan aib seseorang

syazu said...

mcam2 la artis neh

Sarah Mohd Saleh said...

itu dinamekan blaja agama xabes..aku pon terkjut ade adegan plok.tp bile bos die nak salam die tawu plak xnak slam.grrr

Izamir Ridzwan said...

sependapat dengan komen solihin zubir

Mrs. Farhan said...

nama pon artis. biasa la tuh.

btw,aku penah nampak dia free hair. no wonder la kalo dia boleh jawab mcm tu.

*susayangzaki * said...

hurmmm...fida nie mmg lain mcm jer...sanggul dia dah la mak aii mmg mcm bonggol unta...dari segi pemakaian dia punbuat aku frust!

Anis izyan Abd Rahman said...

ade care kalao nak bersalaman pon, kene berlapik kan~

Eyra. said...

Lain orang lain pendapat. Apa-apa pun kita buat kita kena sentiasa ingat pada Allah yg satu.

Tasha said...

dah jd pelakon, terjadi la cm ni...

Jue said...

urm mungkin itu jwpan yg dia rs terbaik dpt bg sbb xtau nak jwb pe kot
xpe, sama2 lah kita mendoakan dia 'bgerak ke arah yg sepatutnya' =)

syuE said...

tak tahu p0wn kisah ni.. ta tgk melodi.. tp crius alasan die tak boleh diterima.. sengal gak die ni rupe nye ;p


thanx visit my blog :)

Hanie_Dew said...

tu la kadang artis ni nak bagi pandangan tak nak pikir dulu.

lagipun diorang sebagai public figure harus la jadi contoh yang baik.

respect sangat kat heliza ngan wardina.

Farhana Jafri said...

jawapan org bodo macam tu la..

miss raihan said...

sbnrnya jawapan taknak aibkan tu biasanya bila benda2 kerja cam bizznez dengan klien yg bkn beragama islam.yelah, lepas setel meeting nak beredar dorang salam2la..kalo beragama islam dorang kene paham2la takkan nak hulur salam kat pompuan bertudungkan.tapi kalo omputih ke dorang tatau terus hulur salam.tapi tu pon still boleh elak dengan senyum dan xplain to them.

taksepatutnya jd topik kot.cuma terspontan peluk tu yang pelik...

miss lyzeer said...

haram sentuh lelaki ajnabi. full stop =)

Clara said...

Kalau nak slaam pown, berlapiklah dgn tudung..

Mcm cousin ak, dia salam ngan lelaki dia akan lapik ngan tudung..

Klu lelaki tu hulurkan tgn mmg dia akan salam..

Tapi, klu lelaki tu tak hulurkan tgn, dia tak akan salam..

Si MaTa BulAT said...

"janganlah kita terlalu ingin menjaga maruah dan tatasusila sehingga mengaibkan orang lain,"
Ooo kena jaga aib org lain walaupun maruah tergadai? pelajaran baru utk hari ini.




(blog ditutup sementara waktu)
^____^

W.R said...

suka dia menghalalkan apa yg haram hihihi..nk cover pun agak2 laa...:)

Anonymous said...

untuk pengethuan korunk dia ni mmg cm ni..xde le alim @ tahu batas2 agama sgt..dia nya rahsia lam kocek aku je..xheran la dia boleh jwb cm 2 ye seolah2 apa yg ustz n ustazah ajar kt skolah dolo x msuk pikiran..

cici tembikai said...

-_-'' adoiyai janganlah kita terlalu menjaga maruah -_- okay. hahah

well kalau pasal issue bersalam tu aku yang tak bertudung ni pun tak selesa nak menyambut huluran salam. tapi sometime kalau taknak menyegankan org tu aku sambut jugak tapi kalau org tu tak hulur , macam lepas kenalkan nama cpat2 aku blah. hahah. ada yg kata aku menggelabah , tapi entah sbb tak selesa kan.

siap ada yg cakap lagi ,' ada kita sbg org islam kene bersalam-salaman' and jawpn ku,' bukan adab seorang muslimah utk bersalam dgn mereka yg bukan muhrimnya' . ha amek kau -_-

Pages

NuffX