Monday, June 20, 2011

MASUM 2011 - Mesyuarat & Taklimat Pengurus Pasukan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam (Ahad) semua pengurus pasukan telah diberi taklimat untuk perjalanan program sukan masing2 & undian untuk perlawanan telah dilakukan. Malam semalam juga telah berlangung majlis perasmian Karnival Sukan Masum yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Omar Abd. Rahman. Menurut makluman Karnival MASUM 2011 ini disertai 20 IPTA & hampir 6000 atlit terlibat dalam 17 sukan yang dipertandingkan. 

Hari ini (Isnin) beberapa acara seperti Bola Tampar telah dimulakan. Pasukan Pencak Silat UTHM & Pasukan Olahraga UTHM telah memberikan sokongan pada pasukan Bola Tampar Lelaki & Wanita. Berikut adalah keputusan perlawanan :

Bola Tampar Wanita
UTHM 0 - 2 UMP
10 - 25, 19 - 25

UIA 2 - 0 UniZA

Bola Tampar Lelaki
UTHM vs UMK
(UTHM MENANG)

Sementara itu pasukan Badminton UTHM menjalani latihan rasmi.
Petang ni dijadual bagi perlawanan Pencak Silat dijangkakan siap dari urusetia wasit juri. Insya-Allah esok (Selasa, 21 Jun 2011) sukan Pencak Silat akan bermula mengikut jadual.

Sekian buat masa ini.
Entry terdahulu --> SINI

4 da sign...anda???:

Halusinasi said...

dh mcm pengulas berita ni^^

kaizen said...

nak berkongsi jer....

Miqa said...

All the best bro... Keep it up!

MIMIE AIZA said...

goodluck !

Pages

NuffX