Tuesday, July 05, 2011

Blogger UPAHAN atau PRINSIP??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*entry ini adalah pandangan peribadi semata-mata--> rujuk SINI

Akhabr Sinar Harian 4 Julai 2011, tajuk frontpage adalah mengenai blogger namun dikhususkan lagi pada BLOGGER2 POLITIK. Pada PRU-12 lalu dikatakan pembangkang berjaya menguasai 5 negeri (sebelum Perak dirampas oleh BN) adalah disebabkan rakyat merujuk blog-blog pembangkang yang dikatakan lebih telus menyalurkan maklumat. Maka selepas berjaya mengenal pasti punca kemenangan pembangkang maka kerajaan BN mula memberi perhatian serius terhadap penyampaian maklumat melalui laman sesawang. Namun apa yang aku nak ulas pada entry kali ini adalah mengenai tajuk frontpage itu sendiri.

Blogger UPAHAN
Blogger jenis ini kita boleh tengok berdasarkan pada entry2 mereka tidak mengira pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Sekiranya mereka cenderung kepada sebelah pihak mungkin mereka diupah akan tetapi cuba kita nilai semula pada content2 mereka benarkah mereka2 ini diupah??

Isu Memainkan peranan
kita ambil 1 isu, isu BERSIH aku pasti ramai blogger2 politik menulis yang pro-kerajaan pastinya terus menghukum perhimpunan BERSIH itu HARAM & perhimpunan yang dilakukan Perkasa dll itu tidak pula haram, manakala blogger2 pembangkang akan menjelaskan apa sebenarnya matlamat BERSIH dll.
*Berani kerana benar

Taksub
pada pandangan aku blogger2 jenis ini terlalu taksub pada satu2 pihak sehingga nampak mereka ini seperti diupah oleh pihak yang mereka sokong.

Blogger PRINSIP
blogger jenis ini mungkin lebih kepada pendapat peribadi kerana mereka mungkin menjadi NEUTRAL dalam sesetengah perkara. Bagi blogger2 prinsip ini mereka menulis berdasarkan fakta & semestinya mereka perlukan sumber2 dari kedua2 belah pihak (kerajaan & pembangkang).

Suara Rakyat
blogger jenis ini mungkin menyentuh isu2 yang memihak kepada rakyat seperti isu kenaikkan harga barangan, isu kenaikkan harga minyak, subsidi dll. Aku kagum dengan mereka kerana berani menyatakan hak2 rakyat.

Mereka tidak punya apa2
pada pandangan aku blogger2 jenis ini tidak punya apa2 kepentingan dalam sesebuah parti jauh sekali pangkat, yang mereka dapat adalah kepuasan kerana menyampaikan perkara yang sebenar kepada rakyat
*aku suke AmenoWorld tagline pon best!!!

apa pun mereka tetap blogger & aku sanjung tinggi mereka yang menyokong rakyat.

*contest2 menarik dengan hadiah2 menarik untuk korg join :
1. Contest untuk Band
2. Contest untuk Racer
3. Contest untuk X-Game player or who ever wanna try new thing!!!

3 da sign...anda???:

aQim said...

silapny masyrakat skrg bila fikiran dah dipengaruhi oleh stgh pihak. senang cite taksub. Smpaikn xboleh nk nilai sndri mne btol mne slh.

btol x?

Puan tia said...

ishh xde nafsu nak amik port psl politik sgt dalam blog..balik umah sembang2 ngan hubby psl politik baru best..huhuhuhu

kaizen said...

aQim :btol tu.. taksub sgt....

Puan tia : kne gak amek taw sikit2...

Pages

NuffX