Friday, July 08, 2011

Jutawan dalam DIAM...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ekonomi sekarang makin meruncing bagi mereka yang berpendapatan sederhana & rendah, jadi aku nak share 3 cara untuk korg semua menjadi JUTAWAN secara senyap2....

1. Industri Makanan [lower]

setiap hari manusia memerlukan makanan. Apa yang korg perlukan adalah sedikit keberanian untuk mencuba & kerajinan untuk berjaya. Tengok jer gerai kecik2 di bahu jalan yang jual nasik lemak & kuih2 dipagi hari..ramai yang nak pergi kerja singgah untuk membeli sarapan. Tu rezeki waktu pagi.... belum waktu balik kerja... sekitar pukul 3 ptg kite tengok pulak gerai2 di bahu jalan yang jual keropk lekor, pisang goreng & apam balik garing tu.. laku derr....
*bukak kedai burger depan rumah waktu malam2 pon boleh laku tahu??

2. Industri Pakaian [moderate]

setiap manusia memerlukan pakaian untuk menutup badan kn?? ade korg tengok manusia 24jam ber-BOGEL?? hari ini hampir semua pasangan suami isteri bekerja... bila musim raya datang ramai yang menghantar kain ke kedai2 menjahit tapi pernah ke kita terfikir untuk mengambil tempahan?? bagi suri rumah di Malaysia ni rugi kalau anda semua tidak mengambil peluang untuk berniaga dari rumah ni... bukan susah pun... kebanyakkan kedai jahit ambil tempahan baju raya biasanya tidak lagi menerima tempahan sebulan sebelum puasa jadi bagi mereka2 yang terlambat tu mungkin jadi rezeki anda?? dapat 50-60 pasang baju pon dah kire banyak taw...
*kalau aku ade duit komfom aku buat modal upah orang & beli mesin jahit

3. Industri Permotoran [high]

hampir 80% dari rakyat Malaysia ni menggunakan pengangkutan tidak kira persendirian atau awam. Logiknya lihat bengkel2 motor mahu pun kereta setiap hari ada sahaja motor mahu pun kereta rosak kn?? di sini aku melihat peluang untuk mereka2 yang tidak berjaya dalam akademik berjaya dalam hidup!!! (maksud aku, mereka2 yang lepasan IKBN, Giat MARA dan yang sama waktu dgnnya) 
pendek kata...

tak kira anda seorang pemandu bas ke...
tak kira anda seorang mekanik di bengkel motor/kereta ke...

anda telah pun melibatkan diri dalam industri yang menguntungkan....
*aku nak carik kawan yang terer repair kete sbb aku ni cerewet sikit pasal repair kete...

ade lagi jutawan2 yang senyap dari industri lain.. next entry aku akan ulas lagi industri seperti TOP-UP & PUBLISHING...
*apa yang membezakan KORG dengan SUPERHERO?? JAWAPANNYA DI SINI

1 da sign...anda???:

epaa chenta said...

nak jadi jutawannnnnnn! huhu

Pages

NuffX