Thursday, May 26, 2011

Perdana Menteri Idaman aku.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan suasana politik hari ini aku yakin x lame lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan berlangsung. Dari keadaan sekarang aku berani kata sesuatu yang besar mungkin berlaku. Tidak kira sama ada diperingkat Negeri (Adun) atau Persekutuan (Parlimen). Namun entry kali ini aku nak share ciri2 Perdana Menteri Idaman aku...jom tgk kat bawah :

1. Islam
kalau ikut perlembagaan Malaysia Perdana Menteri haruslah berbangsa Melayu, TAPI bagi aku yang penting adalah agamanya. Kerana ISLAM ITU ADIL. Sekiranya PM itu fahami Islam dengan mendalam Insya-Allah dia boleh memerintah dengan baik. 
*contoh terbaik Tok Guru Nik Aziz & MB Kedah sekarang Ustaz Azizan Razak

2. Boleh jadi IMAM
yang ni PENTING!!! aku nak PM yang boleh meng-imam-kan solat...meng-imam-kan bacaan Yaasin & Tahlil...mengetuai dalam peperangan...bukan duduk kat belakang membiarkan orang lain meng-IMAM-kan....itu baru KHALIFAH --> pemimpin kena yang faham maksud KHALIFAH dulu baru boleh memimpin...
*kalau dulu Tun Abdullah (PM ke-5 Malaysia) boleh jadi IMAM nape PM lain xleh??

3. Melaksanakan Undang2 mengikut HUKUM SYARIAT
undang2 sedia ada adalah HUKUM yang ditulis & berlandaskan fikiran manusia, hukum yang manusia buat boleh dipertikaikan tapi HUKUM ALLAH S.W.T kite x boleh pertikaikan.
*member aku cakap : "walaupon kite ni x la baik sgt tapi aku nak tgk HUKUM ALLAH tu ditegakkan"

4. Sistem Ekonomi mengikut ISLAM
ekonomi yang bagus perlu berlandaskan pada hukum syariat. Pinjaman berlandaskan hukum Islam (bukan riba). kalau ekonomi rakyat terjamin xde la timbul cetak rompak, barang tiruan dll...
*Kerajaan Kelantan perkenalkan dinar emas tapi dipandang sepi padahal itu sistem Islam...

5. Perdana Menteri berpendidikan Malaysia
berpendidikan Malaysia kat sini bermaksud dari tadika sampai ke Ph.D belajar kat Malaysia & dibawah sistem pembelajaran Malaysia. Ini kerana aku nak PM tu tahu macam mana rasanya belajar dalam sistem Malaysia ni. Bagaimana rasanya bila student dijadikan bahan eksperimen dengan penukaran bahasa Melayu ke bahasa Inggeris kemudian nak tukar balik ke bahasa Melayu...buat banyak kursus2 baru kat IPT2 Malayisa tapi MQA x iktiraf kursus tu...x payah nak cakap kursus ape...korg boleh check sendiri kat MQA nyer website
*kalau pendidikan Malaysia ni dah cukop bagus nape YB-YB kat Msia ni x wat Master@Ph.D kat Msia jer?? accept for hal agama la sebab negara kita x banyak lagi ulama nak datang...

antara pemimpin yang aku kagum : Ahmadinejad
ini hanyalah pandangan aku jer...
aku nak taw gak korgnyer ciri2 PM idaman korg...
sape2 yang rase nak buat entry pasal ni silakan
kalau dah siap jgn lupe bagi link korg kat aku...
aku akan backlink balik entry korg...
sampai sini dulu...
see u HERE!!

*kawan aku dapat gaji by minit?? x caye?? jom tgk SINI

2 da sign...anda???:

MIRA :) said...

harap2 ape yg di idamkan dpr :)

Unknown said...

iran? bkn negara syiah ke tu? baca2~

Pages

NuffX