Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

16 Mei cukup bermakna buat mereka yang bergelar guru atau lebih mesra kita panggil CIKGU


tahukah anda 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh 16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut telah dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. -- SUMBER

even dah terlajak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU
aku buat entry ni khas tok cikgu2 aku....
bukan bermakna aku x ucap Selamat Hari Guru kat cikgu2 aku....
aku dah pon sms kat cikgu2 (yang mane ade no je laa....)

kepada cikgu2 SK Merbau Sempak
TERIMA KASIH yang x terhingga kerana mendidik saya dari Darjah 1-6....
mengajar dari A sampai Z...
mengira 1 sampai 10...
tanpa asas yang kuat saya tidak mampu untuk skor dalam UPSR...
TERIMA KASIH CIKGU
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Asiah

kepada cikgu2 SMKA Simpang Lima
TERIMA KASIH tidak terhingga kerana telah memberikan didikan agama & mendisiplinkan diri ini
Cikgu Mutalabisin yang baik hati
Ustaz Rahim yang tegas tapi berhati mulia --> Ustaz mmg cool bila masuk bab KRS
Ustaz Baharudin yang x jemu2 mengajar Bahasa Arab --> Ustaz ni terer gak bab komputer
Ustaz Kamaruzaman & Ustazah Bunyamin yang bersungguh2 ajar Bahasa Arab kat saya
Ustaz Rizalman yang sedap azannye... --> selalu time subuh mmg cepat jer bangun kalo ustaz kejotkan
Ustaz Mohd Nor yang penyayang --> nasik lemak ustaz memang terbaik!!!
Teacher Zuraidah yang mengajar Bahasa Inggeris
banyak lagi cikgu2 yang telah berjasa dalam mendidik diri ini....
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Fauziah & Ustaz Subri
salah seorang hasil didikan SMKA Simpang Lima --> berita lanjut

kepada cikgu2 SMTKL@TIKL
TERIMA KASIH diucapkan kerana telah banyak membuka minda diri ini dengan lebih luas....
Cikgu Omar : luar keras dalam lembut jer....
Ustaz Kamal yang tegas bila perlu & senang berkawan dengan beliau
Cikgu Radziah yang ajar Add-Math mase form 4
Mr. Lim & Pn. Doren yang sempoi dalam mengajar Physics
Teacher Noresah dah macam mama kami kat sekolah...sgt cool....
*Al-Fatihah buat Tok Ban yang telah banyak berjasa pada TIKL..... 

kepada pensyarah2 UTHM 
TERIMA KASIH atas segala ilmu yang diberikan & mendidik saya ke arah yang lebih positif...
credit to Chad Cikun
disini saya ingin memohon sejuta kemaafan andai ada salah silap, terkasar bahasa dan lain2...
saya doakan kalian diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus mendidik anak2 bangsa &
semoga dilimpahkan rezeki yang halal
jasa kalian mendidik diri ini hanya Allah S.W.T yang mampu balas...tiada hadiah yang mampu diberi sebagai balasan dalam mengajar diri ini....

0 da sign...anda???:

Pages

NuffX